Friday, February 27, 2009

Siapa Kita Untuk Menilai Orang Lain

Erm.. kenapa perlu celik akal?. Allah SWT menciptakan manusia dan binatang dengan otak namun, yang membezakan antara manusia dengan binatang adalah akal. Sebab tulah Vie pilih celik akal sebagai 'pencuci mulut' buat santapan minda kita. Bagi Vie, semua manusia itu mempunyai akal namun hanya sebilangan sahaja daripada kita yang benar-benar menggunakannya. Tahukah kamu bahawa otak kita merupakan bahagian tubuh yang sangat penting dan sebagai pusat pengatur dari semua kegiatan manusia. Otak terletak di dalam rongga tengkorak kepala, beratnya lebih kurang 1/50 dari berat badan 'Popper K.R. and J.C. Eccles 1977'. Tapi, bagaimana pula kita hendak mengukur akal? Itulah salah satu kuasa Allah Azza Wajallah Maha Besar.

Sejenak diri ini memikirkan tentang manusia yang bijak menggunakan akal untuk merosakkan hidup orang dengan menabur fitnah, mencaci, menghina, dan sebagainya demi untuk memuaskan nafsu dan kepentingan diri sendiri. Meningkatkan diri sendiri dengan hasil daripada kejatuhan orang lain untuk mendapatkan perhatian masyarakat dan mengecapi kesenangan dengan mengambil kesempatan kotor atas nama penipuan dan penindasan. Menutupi kelemahan dan dosa sendiri sedangkan bersenang-senang bercerita tentang hal orang lain dan menuding satu jari menandakan 'kau yang melakukan segalanya' sedangkan empat jari memantul balik ke arah diri sendiri, bijak kan? Mungkin ini yang mereka belajar di dalam hidup mereka dan mereka membawa bukti bahawa inilah NILAI diri mereka dan keadaan ini juga membuktikan bahawa mereka sebagai Lawyer Buruk... Tahu kenapa? Sebab secara tidak langsung mereka sudah melakukan sikap negatif, yang suka menghukum dan menghakimi orang lain.

Jika kita insan yang waras, kita akan sedar bahawa tugas yang seberhaknya menghukum adalah urusan Allah SWT kerana Dia yang menciptakan kita dan padaNya lah tempat kita kembali kelak. Bukankah Dia yang Maha Mengetahui atas segala perkara? Siapa dan apa hak kita untuk menghakimi kehidupan orang lain? Sesuci manakah diri kita sehingga menghina orang lain dan mulia sangatkah kita apabila bergelar penghina? Jika kita tidak dapat mencerminkan 'siapa' diri kita yang sebenarnya, sekurang-kurangnya renungilah sejarah silam tentang apa yang pernah kita lakukan dulu. Maka dengan itu mereka akan sedar bahawa 'ludah' mereka yang sememangnya berbau yang selama ini hanya asyik 'meludah' ke arah orang lain. Buktinya sudah ada 'apabila sering mengata dan mencari kelemahan orang lain' dan sesekali tanyalah diri kita sendiri, 'baik sangatkah aku nie?' Kesimpulanya disini, marilah kita fikir mengunakan akal kita sebelum hati kita menjadi hitam akibat jauh daripada mendapat hidayah daripada Allah SWT.

'Tinggalkan apa yang meragukan kamu kepada apa yang tidak meragukan kamu. Sesungguhnya kebenaran adalah ketenangan dan pembohongan adalah keraguan' (Riwayat al-Tirmizi dan Ahmad)...

6 comments:

Anonymous said...

masya'Allah.. indah sungguh Vie menyusun ayat dan menterjemah kata-kata dari hati Vie.. susah kita nak jumpa org yang menulis mengunakan akal tapi bukan hati.. tahniah Vie keatas kejayaan ini !!
-Norizah hassan_

Anonymous said...

its gud...
keep it up..!!

in psychology called 'sport light effect'...
"what we see is not what we see"...

Josephine Delgado said...

Bravo Vie!
This is good! Like your sis says "Keep it up" I love reading your blog. Every time I read your blog, there is something interesting or new that we can learn. Like I have said in your first blog that I will be an ardent fan of yours! ;p

Anonymous said...

salam vie
satu kupasan yg menarik lagi... betul orang menag mudah utk menilai kita sedangkan diri sendiri itu dinilai terlebih dahulu ataupun tidak. Walau bagaimanapun ada juga kebaikan nya jika penilaian seseorang itu adalah dr sudut kebaikan. Cuma tidak ramai yg ikhlas dalam menilai diri seseorang, apa yg penting vie diri kita seniri perlu "dimuhasabah" agar kita sentiasa akan menjadi lebih baik dari masa ke semasa. Manusia itu bukannya sempurna sentiasa tidak lepas daripada melakukan kesipan namun kita boleh berubah dr masa ke semasa melalui penilaian (muhasabah) yg kita lakukan terhadap kelemahan diri sendiri...

~happy sunday to vie zaara muah !!!

Vie Shantie said...

thank u again guys for ur support,huGs!

Anonymous said...

salam..vie..
erm msti kmu lupa suda smaa aku ne...halisah malisah bdk smp dulu..
ermm br sy tau story life ko cam tue..
ermm..mau tya ne..
lps ko bhnti tgkt 4 ko pi mna?smbg mana??
sbb sthu aku..tym ko msuk smp pun ndak lama kn..
tp ada juga dgr yg dl ko kwin gn cucu TYT..
lpas tue lg tkjt tau ko kawin gn..ezlan yusof..
wa..memang campin ko ne..
hehhehe..
ada mida cakp juga..bkn ko bkwn gan ur husband d sutra habour ka?
just asking la..
apapun..
jgn marah gn kata2..sbgai kwn tym sek menegah..ne..
sbb aku ndak pnah lupa tym mula2 ko d smp..then...jd ktua pbsm..
dan aku sbgai patuh pada arahn ko ja..lucu ba tym tue..
emm.. this is my blog spot..
invite u..here..

www.purestudent.blogspot.com
stu lg..
www.purestudent.forumotion.com...
yg ne kna rgster dulu..
..
lastly..masi smpat g..may say..
tahniah..kt ko..
sudah jd istri baik..
...
masa remaja..d tglkn kn..fokus on ur family...now..k..daaaa..