Wednesday, July 29, 2009

26 Julai 2009

26 Julai 1986, tarikh bersejarah bermulanya hidup bagi seorang insan.. yang memberi sinar untuk seseorang yang bergelar ibu.. Menatap wajah anaknya yang kecil dan mungkil.. Tangisan bayi itu umpama satu nada yang merdu tiada tandingannya bagi si ibu.. Sekian bulan telah berlalu, bayi merangkak, berjalan dan berlari..


26 julai ini telah datang kembali, memberi satu ruang kepada seorang insan untuk merasa alam kanak-kanak.. Namun hidup tak selalunya indah, amat susah untuk menggambarkan hidup pabila zaman itu telah dirampas oleh keadaan dan desakan.. Jika dalam 'sepuluh' perkara orang merasa zaman itu namun insan ini hanya merasanya 'satu'..


26 julai datang seperti sediakala, yang pasti menukar era tentang apa yang dikenali sebagai remaja.. namun sesuatu yang sukar terus dilalui oleh insan ini. Pelbagai derita dan sengsara menjadi permainan hakiki sehingga telah merampas ukiran senyuman dan bunga-bunga gurauan.. namun dengan pertolongan ALLAH SWT, insan itu gah berdiri. Jatuh bangun dianggap sebagai GURU dalam menggorak langkah perjalanan hidupnya. Tidak pernah mengeluh atas apa yang menimpa sebaliknya derita itu dianggap sebagai pelangi kehidupan.. yang datang hanya seketika tetapi mewarnai hidup sebagai pengalaman...


Cuma pada 26 julai kali ini amat berbeza, lagi berseri dan bahagia.. Hidup yang ditemani seorang insan yang membawa cinta serta satu lagi insan yang lahir sebagai permata.. Kedua-duanya sangat tidak ternilai.. Menjadi tiara yang bertakhta di hati dan sanubari.. Menjadi penawar kala racun merebak memakan diri dan menjadi bintang yang menyerikan nasib dimalam hari.. Mungkin insan ini mula mengerti apa yang diiktiraf sebagai janji, kasih dan cinta..


Insan ini akan terus yakin bahawa 26 julai yang mendatang akan tidak pernah lagi kusam dan muram kerana pelukis dan pewarnanya ada disisi menemani... Mungkin seseorang masih mencari tetapi insan ini telah menemuinya dalam perjalanan panjang yang penuh liku, onak dan duri.. Ya, benar sabda Rasulullah SAW ''kemenangan bagi orang-orang yang bersabar''...

Insan yang dimaksudkan adalah diri ini sendiri... Vie Shantie bte Harun...

12 comments:

Nurul 'Izzah Zulkifli said...

salamm..

hepi besday k.vie..

smoga bahagia selalu dgn EY n VZ..

dugaan bukan pendorong untuk jatuh.. tetapi kekuatan untuk bangun mengorak langkah menongkah arus..

pray for ur happiness..

Anonymous said...

salam vie..

vie,

apa yg kamu nyatakan disini sama seperti dgn apa yg berlaku pd diriku, justeru itu saya sgt gembira dan terharu membaca note ini..

dgn ini saya doakan kalian bahagia utk selamanya dgn cinta, kasih sayang yg xkan hilang selama2nya..

semoga ALLAH sentiasa melindungi kamu sekeluarga..amin..

AISHAH
( DUBAI, UNITED ARAB EMIRATES)

shahirahkhairudin said...

happy belated birthday Vie..
semoga panjang umur, murah rezki
berbahagia selalu disamping hubby & doter terchenta..
semoga terus cekal dalam menempuhi hidup..

C-I-K-I-N-T-O said...

happy bday sis!

i just noticed that you are a year younger than me.but your idea was 10 years elder!

keep up the good work and keep on writing k.

send my regards to your hubby and a sweet kiss to zahra.

i personally adore your hubby's skill in acting and i pray for his success.

*^*bUbbLeNArdz*^* said...

slm...
kak vie aepy belated bufday...

pas nie blh r kte smbut bufday same2 kn...
hihihihi
bufday kak vie sme gan sye....

pe2 pn smoga pnjg umo n dmurahkn rezeki...

Anonymous said...

love u vie..u amaze me
-your sis..tasha.h

45IL4H D.K.K said...

SALAM...

Sesungguhnya Allah Maha Mendengar rintihan Vie saban malam ketika Vie derita dulu.

Dan...

Nahh...hari ini Dia mengembalikan semula senyum tawamu yg bertahun2 disimpan-Nya untuk menguji keimanan Vie. Mujurlah Vie melaluinya berbekalkan sekeping hati yang sabar...

Vie..
Bersyukurlah..
kerana hidup ini adil, walau pada mulanya kita tidak dapat melihat di mana kah keadilan itu...

Bergembiralah...
kerana hadiah dari Allah telah tiba,
nikmatilah sebelum ombak lain datang menguji...

SELAMAT HARI LAHIR =)

D'Rimba said...

Salam pejuang seni sekalian, di sini saya ingin meluahkan sesuatu yang sedikit menyayat hati tentang bahasa kita bahasa Melayu. Saya secara peribadi amat kecewa dengan penggiat seni tanah air apabila bahasa Melayu diperkotak-katikkan diam seribu bahasa....Sedangkan karya seninya banyak dalam bahasa Melayu..Kenapa tidak bersama pejuang bahasa mempertahankkan bahasa Melayu itu sepenuh jiwa.....

Vie Shantie said...

Terima kasih yang tidak terhingga sekali lagi buat kawan2 bloger yang sentiasa mengikuti perkembangan hidup vie... Insya'Allah biar yang jahat di bayar tunai dan yang baik diperkekalkan bersma..

To my sis Zeah & Anonymous,
Ubat penawar buat orang-orang sebegini adalah senyuman... sesungguhnya apa yang dicerminkan oleh insan seperti mereka adalah peribadi mereka sendiri.. "TINGGI & RENDAH SESEORANG BUKAN KERANA PENCERITAANYA, TETAPI MELALUI KEPERIBADIANYA" :)

mrs khairul said...

hai vie..or can i call u shan? (it remind me of my long lost friend)

it's nice to read ur words dear..aniway heppy belated birthday..may joy & happiness be urs..

Anonymous said...

salam vie... saya da baca beberapa tulisan vie ini, bagus la buat begini untuk mengisi masa lapang kannn... keep it up!!

Cuma nak bagi tahu kat vie... jangan kecil hati pasal orang tak percaya vie pernah jadi QS dll. Untuk makluman vie, kami yang terlibat dalam industri yang memerlukan QS juga sukar mempercayainya, untuk menjadi seorang QS bukan semudah yg vie tulis itu. Tapi kalau ada bakat, tak salah cumanya tetap tak boleh jadi QS yang sebenar. Saya rasa QS yang vie maksudkan more to mengira kuantiti sahaja, maaf kan saya vie. Saya dan beberapa kawan membaca blog vie ini, dan kami ada komen2 la pasal ini. "somebody" tu mungkin ambil kesempatan dari kesilapan kita, dan kita pula tersilap mengintepretasi kerja yang ditawarkan.

Apa apa pun, vie kalau ada bakat sebegitu, vie ambil belajar luar secara sambilan... memang ijazah tak boleh bawa ke syurga, tetapi ilmu tak kira apa jenis ilmu yang baik2, memang boleh bawa kita menuju kejayaan dunia dan akhirat. Vie kuat semangat, teruskan semangat begitu terutama untuk keluarga. Buktikan! Pembuktian bukan untuk kita sombong tetapi untuk kepuasan diri tanpa menyusahkan orang terutama 'somebody' yang terlebih 'busy body' tu. Lain kali, vie hati2 dalam menyatakan fakta... musuh memang menanti kesilapan kita...

ooo cakap pasal poligami yer, he he he, jangan mintak mintak baaa... sakit wooo!! berdoa la yang terbaik buat diri dan keluarga kita. Bukan tak setuju poligami tetapi dalam era kehidupan zaman kini rasanya dari dimadukan adalah lebih baik kita undur diri. saya doakan semoga perkahwinan vie dan EY berkekalan dan tambah rakyat lagi...

wokay... maaf kalau susunan kata-kata saya ni menyentuh hati vie, salam dari saya untuk vie dan keluarga. Last but not least... happy birthday... semoga pertambahan usia lebih membawa kebaikan kepada vie... -HANIE-

Vie Shantie said...

Thank u so much to MRS KHAIRUL & HANIE for the wishes :)

Hanie, Its ok my dear...
i know semua orang pun akan tertanya2 macam mana Vie boleh duduk seganding dengan level QS di tempat vie bekerja dulu... Sebenarnya, Vie punya cerita panjang disebalik itu... Vie pernah belajar ambil QS suatu masa dulu tapi tak sempat habis diatas sebab2 tertentu... Sebab itulah Vie tau buat kira2 dan mentafsir plan... InsyaAllah tidak lama lagi Vie akan habis buat sesuatu yang akan menutup mulut dan sekaligus mengunci kata2 semua org yang terlalu busy body nie :) Tunggu ya... dan terimah kasih kerna beri vie peluang untuk membela diri vie...