Thursday, October 8, 2009

ZIA Dan VIE

Kami ibarat,
Sepasang tangan antara kiri dan kanan...
Hubungan yang erat seperti nyawa dan badan..
Hidup pada satu hati dan satu impian..
Kerana kasih kakak dan adik akan kekal sepanjang zaman..
1 tahun 2 bulan beza usia kami..
Namun jalan cerita hidup yang hampir sama..
Kerana kami membesar bersama..
Jika,
Satu tangan jatuh, maka satu tangan akan memimpin..
Satu air mata jatuh, maka satu akan menjadi penawar..
Satu lemah, maka satu akan menjadi kekuatan..
Satu kekurangan, maka satu akan menjadi kelengkapan..
Mutlaknya ! kami tetap bersama..
Kerana duka antara kami adalah duka bersama..
Kerana tawa antara kami adalah tawa bersama..
Vie,
Kini pembawa puteri comel untuk Zia..
Kehadiran Zaara turut melengkapkan hidup Zia sebagai
'Mama Pinjam'..
Zia,
Telah memperlihatkan Vie pada keadaan..
Bagaimana bijak seorang anak membahagi masa.
Bagaimana besar pengorbanan seorang pelajar bergelar isteri..
Bagaimana kuat semangat seorang kakak memberi harapan kepada adik-adiknya..
Dan yang amat membanggakan Vie..
Anak, pelajar, isteri dan kakak itu adalah Zia.. kakak kesayangan Vie..
Terima kasih kepada Kak Zia,
Kerana membuka ruang semangat dan kebanggaan kepada keluarga serta Vie...
TAHNIAH ! diatas anugerah....
IJAZAH SARJANA MUDA PSIKOLOGI DENGAN KEPUJIAN
(PSIKOLOGI KAUNSELING),
Dari UNIVERSITI MALAYSIA SABAH pada Majlis Konvokesyen yang ke – 11..
Selepas 3 tahun berperang dengan buku dan komputer..
Kali ini,
Zia telah melengkapkan..
Impian Ibu dan Ayah..
Serta memberi semangat dan harapan..
Adik-adik untuk berani mengerjar cita-cita..
Kali ini juga,
Telah sekali lagi mencipta sejarah..
Zia telah membawa anugerah terindah kepadaku apabila melihat kejayaannya..
Vie pula melihat anugerah kedua dalam kandunganku..
Terima Kasih Ya Allah (SWT)..
Engkau telah memberi cahaya yang gemilang dalam hidup kami berdua..

26 comments:

Josephine Delgado said...

Ziah! Congratulations to you and my all your dreams come true! You have a wonderful sister and I am happy for both of you. Actually I should say congratulations to both of you! Have a great graduation, Ziah and I know your family are so proud of you so don't let them down. Vie, you take care and come back to KL soon wanna see you and Zaara! Cheers! ;p

Vie Shantie said...

Thank u so much my dear Jossie..
will do, i miss u :)

queenlyana said...

Err.. salam singgah..!
baru jew terjumpa blog nih..
teruskan menulis yeh..!

wirda said...

So sweet.
Congrates vie n zia :-)

NurMeL said...

SaLaM,

Hai Vie ;) Akhirnyer u update jgk ur blog ehehhehe...

Congrats dear 4 ur 2nd pregy baby take care nice to see u :) bye.

Anonymous said...

bertuah kamu vie, ada kakak seperti ziah..saya pun ada kakak..tapi kakak saya tak sayang pada saya..dia selalu buat saya sedih..sometime saya rindu kan kasih syg seorang kakak...tapi kakak saya tidak seperi seorang kakak..dia seperti seorang musuh..dia bencikan saya..saya pun tak tau kenapa???....

Anonymous said...

Salam Vie & Ziah, memang begitulah sebaik-2 hubungan antara kakak dan adik...sentiasa bersama dikala suka dan duka. Syukur kepada Allah kerana dengan izinNYA kamu berdua mengecapi kebahagiaan dan kejayaan. Puisi Vie sangat indah dan dalam maknanya. Tahniah Ziah & Vie!!! =)

Riena C.

Vie Shantie said...

Tq so much for the compliment guys.. Syukur alhamdulillah..

Alya said...

so touching...time baca tu cam nak nangis plak dgn lagu NO MATTER WHAT lagi..hihihi...congrat to kak ziah n kak shantie for second child...may allah bless alwayzz..

Anonymous said...

Bertuah sungguh ibubapa kamu mendapat anak yang bersatu hati & ada sikit pun perasaan dengki..

Vie, setiap kata-kata dari vie tersangatlah bermakna... sedikit sebanyak dapat membangkitkan perasaan yg tengah dalam kesedihan.. harap vie tidak pernah jemu untuk selalu mengUPDATE blog Vie ini..

Zia, congratulation ya..
jadilah seorang kakak yang sabar menasihati adik-adik zia sampai bila-bila..

(A)

Anonymous said...

Congrats to both of u..

Dengar-dengar kak zia ni pelajar paling pintar d uni ? betul ke ?

-Zira-

Anonymous said...

P.O.W.E.R !!!

Anonymous said...

Vie,
sebagai wanita kamu sangat lengkap dan itu yang buat orang banyak cemburu pada kamu.. kamu punya budi bicara & pertuturan yang sangat mendalam.. sehinggakan kadang2 kata-kata kamu mampu membuatkan saya bermain dengan perasaan saya sendiri.. Semoga kamu akan mengekalkan apa yang ada pada kamu sekarang.. tahniah buat your sis Zia.. Saya tumpang bangga pada ikatan pertalian yang sangat erat antara kamu..

SHELA RAMLAN.

Unknown said...

Terima kasih dgn penghargaan ini wahai adik ku, Vie.

kejayaan ini adalah milik kita bersama. dulu kalau tidak kau yang bayar yuran aku mungkin aku tiada chance masuk uni.. segala kelengkapan aku semua kau yang tanggung..

hidup kita indah kerana kita saling sayang menyanyang antara satu dgn lain..

semoga sajak ini juga menjadi pengajaran buat semua betapa ruginya kita jika tidak menghargai adik-beradikkita sendiri sedangkan hidupkan hanya seketika...

"bersatu kita teguh bercerai kita roboh"...

;)

i love so very much sis !!!

Shamzie74 said...

Salam Buat Vie & Zia...
tahniah buat uolz berdua....
terharu i baca yg u mempunyai sifat yg begitu sesama uolz....syabas dear.....

Anonymous said...

congratz akak, seronok lh zaara nnti dpt adik. do take care ur self akak..

Mommy Elsy Elissa & Daddy Melchizedek said...

Congratulations to both of u!!
Luv the poem!!!..Meleleh air mata tengok kebahagiaan adik dan kakak ni!!..Semoga kebahagiaan milik kalian sepanjang hayat! amen!!

Love,
Mommy Isaac

Anonymous said...

aiya Vie..i tot Vie tua dr Zia..sorry la dek..apa2pun,two of u mmg lawa..n regards to Zia,CONGRATS to her..

Anonymous said...

salam shantie..nice blog..cograts..so,ziah is the best student in her course,right?well done!!

dayao said...

kakak vie.

i adore ur style sgt2 :') i wonder, kenapa kulit kakak boleh jd flawlesssss sgt2. aww suka tau tengok :') pakai product ape ye? hehe.

mea said...

congratulations to kak zia...n kak vie jugak...terharu baca catatan k.vie..air yg di cincang tdk akn putus..:)

Anonymous said...

salam...sama2 cun :) leh sy tau lbh lanjut mengenai ibu tumpang yg puan maksudkan?

Vie Shantie said...

ibu tumpang tu maksudnya si ZIAH menganggap zaara tu seperti anak kandungnya sendiri.. walaupun itu anak saya tapi ziah pun sayang zaara sebagaimana saya... hehhehe...

Julz said...

wow geeyah, during graduation time...bestnya!

BOleh sudah psycho org

adahunny said...

salam kak vie..tumpang lalu ye..dulu saya pernah belajar di UMS untuk satu sem sebelum bertukar universiti. Banyak kali jugak terserempak dengan kak zia. Ada tu yang paling i ingat waktu sama2 beli kepak ayam madu kat kampung E. MasyaAllah, kak zia memang cantik sangat. tak puas mata ni memandangnya. Sama lah dengan kak vie. Korang berdua beruntung diberikan anugerah ini dari Ilahi. Semoga kak vie bahagia selalu. Sangat mengagumi kecantikan kak vie dan kak zia. Wassalam

TC Venture said...

Salam Zia n Vie..
1st of all, syukur syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah atas rezeki yg dikurniakanNya n congrats to both of you..
To be frank, sy tersentuh bila baca hasil tulisan Vie ne..n so impressive with kecantikan semulajadi yg Allah anugerahkan kepada kamu..punya family yg akrab n anak2 yg comel dan cantik..
Actually, pnh terjumpa vie n zya..memang cun n peramah pula tu..
Apapun bersyukur atas segala nikmat daripada Allah...Alhamdulillah...semoga bahagia selalu dan teruskan berkarya..May Allah bless all of us...