Thursday, November 12, 2009

BUDI apa ?

Di suatu perjalanan masa dari parut luka,

Tersingkap kesedaran luka yang berdarah,

Ibarat pasir digenggam dalam lautan,

Ibarat air menyimbah daun keladi,

Tiada manis harus disimpan kerna yang tinggal..

Hanya sepah untuk dibuang..


Bagaimana harus Vie mula dengan coretan ini ? kerna pangkalnya bukan tercipta 1 tapi lebih dari itu Cuma yang Vie pasti penghujungnya adalah satu, iaitu “kosong”. Keadaan ini ibarat seorang insan yang melangkah berpuluh tahun di bumi dengan kaum keluarga dan akhirnya pergi sebagai 1 hamba.


BUDI apa ? tatkala kita menabur benih di atas bumi untuk menyemai rasa riak, sombong dan bongkak dunia kepada apa-apa kebaikan yang kita lakukan sedangkan asalnya kita boleh mendapat ganjaran yang lebih besar daripada sasaran kita sendiri iaitu rezeki, redha dan keberkatan Allah SWT.


BUDI apa ? ketika bersedekah menghulurkan dua tangan yang diiringi dengan niat kanan untuk mengunjuk dan kiri untuk menghebohkannya perbuatan kita, sedangkan lebih baik memberi dengan tangan kanan yang seolah-olah tangan kiri tidak mengetahuinya.


BUDI apa ? ketika kita susah menumpang hidup pada yang mampu, dia menyambut baik kedatangan kita namun mengadu-domba dan berwas-was buruk dibelakang kita sedangkan lebih baik berterus terang daripada menjadi manusia yang munafik... hanya baik di depan mata tetapi betapa kedana dan laknatnya kita dibelakang mereka.


Dari Ummur Ra'ih dari Salman ibnu 'Amir r.a, dari Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya bersedekah kepada orang miskin itu pahalanya satu sedekah dan sedekah kepada sanak keluarga pahalanya dua kali sedekah, pahala sedekah, dan silaturrahim."

(Hadis Sunan An Nasa'iy Jilid 3. Hadis Nombor 2442)


BUDI apa ? berbuat 100 perkara baik lalu meninggalkan 1 kesan kotor yang menjatuhkan maruah, harapan dan kepercayaan sedangkan jika benar berdiri dengan keikhlasan maka tidak sesekali akan mencemarinya."Buat baik berpadah-padah, buat jahat jangan sekali" Jangan menjadi islam yang 1000 tahun menegakkan agama tetapi menjadi hamba yang murtad dipenghujungnya... Nau’dzubillahimin zaliqh...


Dari 'Aisyah r.a., katanya Rasulullah saw. pernah ditanya orang: "Amal yang bagaimanakah yang paling disukai Allah?" Jawab beliau, "Amal yang dikerjakan secara tetap walaupun sedikit.

(Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0755).


BUDI apa ? Bila kita diberi kelebihan, kekuatan dan kesempatan untuk membantu kepada mereka yang memerlukan dan menjadi bahan 'ungkitan'. Apakah yang kita panggil sebagai 'Budi' sedangkan segalanya tidak lagi bererti dari seribu pahala yang kita cari akhirnya berakhir dengan sebuah dosa ?


Mewartakan kepada kami Muhammad bin Yahya, mewartakan kepada kami Abu Nuaim, mewartakan kepada kami Israil dari Al-Hakam, dari Abu Juhaifah, dia berkata: Rasulullah SAW. bersabda: "Barangsiapa yang bertindak dengan tindakan yang baik, kemudian diamalkan tindakan tersebut setelahnya, maka baginya mendapat pahala serta pahala amal mereka tanpa terkurangi sedikitpun pahala-pahala mereka." Dan barangsiapa yang bertindak dengan tindakan yang buruk, kemudian diamalkan tindakan itu setelahnya, maka baginya memperoleh dosa serta seperti dosa-dosa mereka tanpa terkurangi sedikitpun dosa-dosa mereka sama sekali." Dalam Az-Zawaid: Isnad hadis ini Daif.

(Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 1. Hadis Nombor 0207)


BUDI apa ? Dihiasai dengan dosa mengungkit, dosa riak, dosa sombong, dosa fitnah, dosa bohong dan akhirnya bergelar manusia munafik ! Hanya melewati hidup yang penuh KESEPIAN dari RIUHAN mulut kita sendiri ?, TANGISAN yang kita cari dari hilai KETAWA kita sendiri ?, dan dari himpunan GUNUNG pahala lalu terhakis menjadi sebuah tanah RATA kosong yang digali untuk KUBUR kita sendiri ?

Mungkin kita lupa, setiap orang yang berbudi berada nun di atas kerana ketika itu roda kehidupannya sedang berada di atas sana dan akan tiba harinya roda itu bakal berpusing meletakkan dia di bawah ? kerana dunia tidak ada janji kekalnya...


”Tuhan mencipta kita dengan dua pasang tangan, satu untuk memberi dan satu lagi untuk menerima”

Bak kata orang tua dahulu kala... ”orang berbudi kita berbahasa”

11 comments:

mags said...

Sangat best! ;)
kak vie, u should write a book next time..

sangat menyentuh perasaaan!

-mags-

Anonymous said...

Assalammualaikum wr wb

singkap kembali makna keikhlasan dengan doa Rabiatul adawiyah..

dengan ikhlas tidak wujud perkataan budi sebab hadirnya perkataan TIDAK ikhlas maka lahirlah perkataan budi..

insan ikhlas tidak mendamba apa2 hatta tidak mendamba pahala. :)

ikhlas terlalu subjektif untuk dinilai dengan mata kasar kerna yang punya hak menilai ikhlas hanya Allah

kita sebagai manusia hanya mampu husnuzhon yakni bersangka baik :)

moga pemergian kita ke negeri abadi dalam husnul khatimah dan moga dijauhkan su'ul khatimah :)

Unknown said...

Jom join Blog4FT Blogging Contest dan Menang Peugeot 308! http://www.blog4ft.com/

Anonymous said...

cepat2... nak baca post yg baru pulak...

eMmY_Lya RamLi said...

pleasent to read those sis..
cant wait 4 da next post (^_^)

farhana karim said...

assalamualaikum..
k.vie,nak minx izin link blog ni leh ye..coz smuer post cm best je...cara menulis n penyampaian yg lembut dan memotivasikan diri..menyedarkan hati yg lalai tentang kebesaran Allah dan betape kerdilnye diri...harap akk xjemu2 utk berkongsi pengalaman dan smuer ilmu2 motivasi..

good job kak..moge segale urusan dipermudahkan Allah..
*peace..* ^__^

crocsmarche said...

Hi Kak Vie,

nice entries u have here! very talented :)

feel free to visit my blog too.. 100% Original Crocs Shoes for sale at a CHEAPEST price in town!

Visit http://crocsmarche.blogspot.com or call 010-2477939.

Thanks~

Anonymous said...

To add up,
2 bnda yg manusia tidak dapat menilai tetapi seringkali manusia membuat andaian iaitu ikhlas dan riak. Kita tidak boleh menuduh orang riak atau mempertikaikan keihlasan seseorang atau merasakan diri kita Ikhlas. Hanya Allah sahaja yg mengetahui keihklasan atau riak di dalam hati. Syaitan sering memerangkap manusia dlm hal ini. Semoga kita dilindungi oleh Allah S.W.T

Vie Shantie said...

terimah kasih kepada setiap kata2 semangat yang kalian telah beri pada diri ini.. sesungguhnya bukan niat untuk berlagak pandai atau hendak mengaibkan insan lain.. Tapi sekadar ingin berkongsi pengalaman kepada mereka2 yang selalu berpatah hati supaya tidak tunduk menangis meratapi nasib SEBALIKNYA bangkitlah untuk memulihkan kembali kerugiaannya.. :)

to Anonymous : Betul hanya Allah sahaja yg tahu apa yg terbuku dihati setiap HAMBANYA.. bagi Vie, Ikhlas itu datangnya dari diri sendiri & niat kita.. hanya kita & Allah sahaja yang mengetahui.. Setiap perbuatan kita didahului dengan niat,jika ikhlas niat kita pasti niat itu akan sampai begitu jugalah sebaliknya.. dari GAYA, PERCAKAPAN & BERBUATAN kita boleh menilai sesorang itu 'RIAK' ataupun memang Ikhlas.. Sebab itu Allah SWT kurniakan kita akal & hati bagi menilai segalanya yg baik dan buruk... Wallau'alam...

Anonymous said...

Mohon Share

Vie Shantie said...

boleh.. tapi, please letak my name on it... takut org ingat Vie copycat pula... tq :)