Monday, February 8, 2010

Dari Mata Yang Kita Lihat & Dari Mulut Yang Kita Dengar

"MUNGKIN APA YANG KITA LIHAT TIDAK SEPERTI YANG KITA LIHAT DAN MUNGKIN APA YANG KITA DENGAR TIDAK SEPERTI YANG KITA DENGAR"

Kehadiran blog ini bukanlah dicipta untuk menjadi propaganda yang mengaburi mata orang 'siapa kononnya aku ini' atau dengan kata lain 'berlagak suci' tapi kehadiran blog ini adalah 'menjadi wakil kepada diriku untuk bersuara bagi membela diriku sendiri yang mana sering disalah-ertikan oleh insan-insan yang jahil kerana baru mendengar deru petir dilangit habis semua air ditempayan dicurahkan. Kita cuci baju kerana mahu baju itu bersih begitu juga dengan diri aku sendiri. Hadir blog ini sebab mau mencuci mulut-mulut kotor diluar sana yang lebih kenal diri aku melebihi tuan punya badan.

Kenapa aku sering menyimpan hadith ? kerana hadith adalah satu hujah yang terang dan nyata untuk menjadi senjata 'penyokong' kepada kata-kataku yang sering dianggap 'kosong', agar para jahiliah ini tahu bahawa hadith adalah 'tungkat' kepada setiap perbuatan yang kita perlakukan dan bukannya aku cuba menunjukkan bahawa kononnya aku ini adalah alim dan tersangat suci. Fikirlah ! bukankah hadith itu turun untuk menjadi panduan atau sekadar perhiasan saja (kalau tidak digunakan) ?

Aku tidak akan seberani sekarang jika tidak kerana 'pembohongan' yang tersangat banyak berlaku ke atas ku untuk menindas dan mendurjanakan diriku. Mungkin insan diluar sana tidak peka dengan apa yang menimpa diriku tapi di suatu masa mereka juga akan mengetahui dengan merasainya kerana ini adalah 'lumrah-karma' dunia. "Kekadang kita berada di bawah dan kekadang kita berada di atas", Ada ketikanya kita menjadi 'kegemaran' ada ketikanya kita menjadi 'kebencian' orang.. Tapi apa yang aku pelajari dari kehidupanku adalah 'bukan tugas kita untuk puaskan hati semua orang' tapi cukup sekadar kita tidak mengacau hidup orang lain supaya sama-sama merasa ketenangan.

Bukan aku cuba menunjukkan bahawa ku ini orang yang 'bijak pandai' atau terlalu 'sempurna' tapi setiap ungkapanku adalah dari apa yang aku pelajari melalui kitaran cerita hidupku sama ada berlaku ke atasku, mahupun orang lain. Allah SWT memberikan kita 'akal' untuk melihat duna dari perspektif kita sendiri.. "MUNGKIN APA YANG KITA LIHAT TIDAK SEPERTI YANG KITA LIHAT DAN MUNGKIN APA YANG KITA DENGAR TIDAK SEPERTI YANG KITA DENGAR". Sesungguhnya Allah swt itu maha, maha dan maha menegtahui dan maha besar. Dia akan membalas setiap perlakuan kita, 'Tunai' di dunia dan menjadi 'hutang' untuk kita menebusnya diakhirat kelak. Fikirlah...

Apa bala yang menimpa ke atas kita adalah dari sisa-sisa perbuatan kita sendiri. Pernahkah kita terfikir 'kenapa setiap "kecacatan" dipertengahan kehidupan kita yang aman itu boleh berlaku kepada kita kalau tidak kerana bersebab ?'. Allah swt tidak akan menguji hamba-Nya di luar kemampuan kita. Hanya orang-orang yang jahil saja berfikir sejengkal untuk mempercayai cerita sejengkal dari fikiran 'seorang katak' yang baru keluar dari tempurungnya, walhal dunia ini luas untuk diterokai sebelum menyokong teori 'katak' tadi.

Betul ! kalau kita sering balas-membalas antara kita maka hidup kita tidak pernah merdeka dari peperangan ataupun mungkin kita mahu menyamatarafkan 'hero' kita dengan bangsa israel yang suka menyerang kaum palestin ? Dimana pula nilai 'islam adalah bersaudara' itu sendiri ? Patutlah Rasulullah SAW berhijrah dari Mekah ke Madinah kerana diserang musuh yang dianggotai Abu Lahab untuk memusnahkan baginda dan para pengikut-Nya. Maka dengan itu baginda telah membuka lembaran baru kepaa kaum Muhajirin dan Ansar untuk bersatu memerangi musuh melalui 'perjanjian Madinah'. Dikehidupan kita sebagai insan biasa kita patut berhijrah dari pemikiran dan perwatakan kita sendiri agar kita 'merdeka' dari kekotoran batin yang kita miliki. Lihatlah dulu diri kita sebelum kita menggali lubang kehidupan orang lain. Suci sangatkah kita ni ?

Jangan terlalu DEGIL, RIAK dan SOMBONG dengan hati dan kepercayaan sendiri kalau tidak kita yang mahu bantu diri kita siapa lagi ? oh ya, maaf aku terlupa satu perkara yang paling penting dan mungkin pembaca juga terlupa iaitu ALLAH SWT BERSAMA-SAMA ORANG YANG BENAR DAN SABAR !! sebab itulah Rasulullah saw boleh berjaya menegakkan islam. Jadi, jikalau kita berdiri dengan niat yang bersih.. InsyAllah, hidup kita dalam keberkatan Allah swt.

Fikirlah, jangan pula guna hati yang kotor tapi gunalah akal kerana akal itu adalah kudrat yang paling ajaib dari Allah swt...Wallahua'lam...

19 comments:

Ratnariz said...

nicely written sis..hehe...bah add la bah kak punya blog inside yours...heheh...sampat lagik..see you soon sis...send you sms but no reply...huhu.same number ka?

Shamzie74 said...

salam...
buat vie....tersentuh dgn kata2 vie dlm blog kali ini...
suker baca...
background pun chantek..i like.....

Wan Masrina said...

vie...kata-kata mu itu amat memberikan satu petunjuk utk sentiasa sedar akan siapa diri ini. it was so meaningful.....keep it up sis.....it was great!!!! i really adore you...

RJ said...

You seems to be a very beautiful person inside out. Nice knowing you and hope that you'll be happy alwayz. By the way, Zaara is so so cute.

Faezah said...

im always love to read ur blog dear friend...^-^

wirdaAS said...

Vie,
semua penulisan vie dlm blog ni mmg menarik.
tersentuh hati bila membacanya.
jika dilihat dari umur vie, ramai yg x sangka vie melalui pelbagai pengalaman pahit dan manis.

dengan kata-kata yg terlalu bermakna, terserlah kecantikan vie luar dan dalam.

semoga berbahagia selalu.

jed_biru said...

keep it up sis.. always be happy k.. cheers!!!!

Vie Shantie said...

Tq so much for always supporting me guys.. HuGs!

Anonymous said...

Salam Shantie , apa bha blog OOP tuh ? Maw jgk bca pembohongan dia tuh ...

Ijah Jumai

Anonymous said...

Salam....
Vie..suka membaca tulisan vie di dalam blog....semoga Vie terus tabah dalam mengharungi hidup ini.Memang kita x boleh memuaskan hati semua orang...yg.penting kita tahu apa yg.kita buat x menyalahi LaranganNya...semoga Vie terus bahagia bersama suami dan anak tercinta. Teruskan menulis....

Vie Shantie said...

Amin.. semoga setiap kata2 dari sahabat2 sekalian di perkenankan ALLAH SWT.. terimah kasih ya.. love

Scarletish said...

dear Vie,

whatever ppl talk behind u... just ignore them.. u r what u r.. nobodys perfect.. but compare to them u r 101% more lucky then where they stand right now...

jatger said...

makasih dah share artikel ini.. bermanfaat mbak

ziah said...

lama sdh aku mau komen ni page tapi aku lupa dan sgt buzy...

Shantie, aku setuju dgn semua kata2 kau.. sekurang2nya kau telah membuktikan TEMPAT kau di mana daripada sesetengah orang yang BERLAGAK SUCI TAPI SEBENARNYA HIDUP PENUH DGN HARAM !!!... kadang2 mau juga aku bentak2 dorg ni tapi aku pikir balik SIAPA JUGA DORG ??

apa2 pun, kau tetap bertuah.. semakin org ckp kau semakin kau baik drpd mrka yg mengata tu.. kesian jua aku... ndu bah... sana-sini MENJAJAH NAMA...

OH YA AKU SUKA KATA2 DIA "KK NI KECIK.. SATU ORG YG CAKAP SEMUA ORG DAPAT TAU"... akhirnya TERJILAT JUGA DIA DGN LUDAH YG DIA BUANG SDRI.... kenapa boleh jadi begutu ah ?? SENANG JA JWPNNYA... "ALLAH SWT ITU MAHA ADIL !!!!" KAN TERKENA BATANG HIDUNG SENDIRI...

lucu dan menggeramkan...

apa2 pun SABAR kerana Allah SWT bersama2 org yg sabar.. (insyAllah)!!

Nina D said...

Salam Vie,

nicely written... ayat2 yang sungguh cantik susunannya.. sungguh indah untuk dijadikan renungan...air muka vie mengambarkan kebersihan diri vie...jgn peduli apa orang nak cakap, sememangnya kita tiada upaya untuk menutup mulut orang tapi percayalah Allah mengetahui apa yg tersurat dan tersirat di dalam hati kita...

keep it up the good work! :)

julz said...

ohhh Ini pulak Blog vie.....1st time baca..well thanks for sharing..:P

Mommy Stephanie Liah And Daddy Remy Rizal said...

nice one babe,keep on writting!usah dilayan mulut2 longkang yg benci melihat kebahagiaan org.be strong!

Maryam Izza said...

Salam Vie!
long time not comment on ur entry always be a silent reader :)
gud n3 sis! keep on writing...
hugs to zaara frm Maryam Izza~

Sachi Asukai said...

salam kak vie..nice writing n i'll always keep on supporting ur life..kak,mcmane klau org 2 senang je nak judge dri kita,walhal kita da berupaya nak beri dia side yang positif utk mengenali org i2?ttp die ttp bdegil utk membenci kita...what's ur comment sis...need ur advice...