Wednesday, January 5, 2011

Hati Dan Perasaan Insan Yang Bergelar Isteri ?

Vie terpanggil untuk menulis satu tugasan yang agak penting yang telah menyetuh hati Vie untuk membincangkan hal ini dan menjadi santapan mata hati buat para pembaca yang sudih memberi ruang pada Vie kali ini untuk sama-sama saling ingat-mengingati antara kita. Kisah yang bakal Vie kongsikan ini dipetik dari pengalaman yang Vie dengar dari insan-insan yang berada di sekeliling Vie. Moga menjadi panduan mahupun iktibar untuk kita semua. Insyallah…

Biarlah Vie berbicara bagi pihak seorang sahabat Vie yang telah menjadi isteri dan sering merasa bahawa kehadirannya bagaikan hanya untuk melengkapi kehidupan si suami sedangkan si suami selalu mengabaikan dan memandang remeh terhadap perasaan dan hak isterinya.

Kita kebiasaannya terlepas pandang tentang apa yang kita ertikan sebagai ‘keluarga’. Bagi kita bernikah itu cukup untuk dianggap sebagai keluarga sedangkan ‘keluarga’ itu diibaratkan dua dunia yang bersatu dan bersedia untuk sama-sama memikul apa saja tanggungjawab, tugasan dan permasalahan yang bakal kita hadapi di masa akan datang bersama-sama dengan pasangan kita (baik ia datang dalam bentuk yang positif ataupun negatif). Bak kata pepatah 'ringan sama dijinjing, berat sama dipikul' begitulah yang diumpamakan dalam konsep kekeluargaan yang sebenar.

Allah SWT Berfirman :
'Di antara tanda-tanda kebesaranNya, diciptakanNya bagi kamu pasangan suami isteri dari diri kamu untuk kamu merasa ketenteraman di antara satu sama lain dan dijadikannya kasih sayang dari belas kasih antara kamu, sesungguhnya dalam hal itu menjadi ketenangan bagi orang yang berfikir'..


Kita selalu diingatkan tentang tugasan seorang isteri tentang bagaimana untuk menjaga hati, hak dan amanah suami kita dan amat jarang bagi kita melihat bagaimana penegasan hak dan amanah kepada seorang isteri yang wajib diadakankan oleh suaminya (mengikut kemampuan masing-masing). Memang benar, nafkah zahir dalam islam itu adalah si suami kena memberi tempat teduh (tempat tinggal), makanan serta pakaian yang cukup kepada isterinya, manakala nafkah batin yang selalu difahami adalah nafkah seks semata-mata sedangkan batiniah ini berkaitan dengan hati, perasaan dan naluri wanita yang mahukan perhatian, belaian dan kasih sayang.

Vie tidak mahu menyentuh panjang soal tanggungjawab seorang suami kepada isteri ataupun tanggungjawab seorang isteri kepada suami kerana bagi Vie kita sudah terlalu matang untuk mengetahui hal itu, dan cukuplah Vie menyentuh soal ‘hati’ dan ‘perasaan’ seorang isteri kepada suaminya dalam topik kali ini memandangkan hati Vie betul-betul terbuka untuk berkongsi satu teladan kepada kita semua.


Wahai para suami, dengarlah leteran isteri kamu kerana leterannya itu adalah sesuatu yang keluar dari jiwanya ketika dia merasa kosong dan tidak mampu lagi untuk berbuat apa selain cuba untuk menerangkan sesuatu kepada kamu. Bukankah isterimu itu asalnya dari kaum yang dilahirkan dengan membawa sifat kelembutan untuk mendidik anak-anakmu nanti ? dan bukankah kaum dari isterimu itu yang memberi ketenangan kepada jiwa dan penyejuk di hatimu. Mengapa mesti kau abaikan apa yang sepatutnya kau berikan kepada dirinya sekalipun melapangkan pendengaranmu untuknya?


Wahai suami, usah memandang remeh pada keluhan hatinya, walaupun pada dasarnya hati itu Cuma seketul daging yang tertanam dalam jiwanya. Dari keluhan itulah hatinya akan mudah rapuh, menangis, kecewa dan merasa binasa jika sering kali kau goreskan permukaannya. Bila hati telah ternoda maka yang seputih jernih pun akan kelam jadinya kelak. Dan ketika hal itu telah berlaku, jangan pula disalahkan dirinya tapi jawablah pada suatu persoalan yang kau bina sendiri dari setiap kali kau mengabaikan persoalan pada kelukaannya.

Wahai suami, tidakkah kau merasa bersalah dan berdosa apabila setiap kali kau membelai jemarinya yang bersedia untuk mempersiapkan apa saja tugasan sehariannya sebagai isteri untukmu lalu engkau sewenang-wenangnya membiarkan saja dia tercari-cari dan ternanti-nanti ketulusan sebenar kehadirannya dalam hidupmu ? apa sebenarnya dia untukmu ? siapa dia dihatimu ? dan apakah kehadirannya benar-benar memberi kebahagiaan kepadamu ? atau adakah dia sekadar hiasan dalam hidupmu ? atau sekadar pelengkap kepada kemahuan hatimu, impianmu dan cita-citamu ?

Ketahuilah ! bukan wang ringgit semata untuk memberi kebahagiaan, atau mempersiapkan kehebatan dirimu untuk menjadi keagungannya dimata masyarakat tetapi naluri seorang wanita adalah semata-mata mengharapkan belaian, sokongan dan perhatian untuknya. Bukankah kaum seperti kami ini sudah ditakdirkan menjadi pedampingmu, pengubat laramu, dan amanah Allah SWT kepadamu. Sesungguhnya hawa seperti kami mempunyai hati yang mudah rapuh, perasaan yang lemah dan jiwa yang lembut. Dan semestinya kami senantiasa menuntut hak kami untuk dibelai dan dimanja dari sedetik masa yang berputar. Jangan salahkan perasaan ini, sebagaimana kami kaum isteri akur bahawa kami bersedia mentaatimu dan sebagaimana kami maklum bahawa kamu wahai kaum suami yang Allah SWT ciptakan sebagai pemimpin, ketua yang menjadi pelindung dan tempat teduhan kepada kami.

Kita takkan mampu bernafas jika cinta itu telah hilang dari tempat letaknya hak si pencinta kepada tuannya. Maka peliharalah apa yang telah dihamparkan dan diriwayatkan kepadamu. Sedang kita asyik mengutip kerang ditepian pantai, lalu kita lupa bahawa mutiara yang berada digenggaman kita telah jatuh dari celahan jemari kita. Usah biarkan ini terjadi. Jagalah hati isterimu, kerana dia telah ditakdirkan untukmu.

Sesungguhnya cinta itu adalah anugerah yang terbesar Allah SWT beri kepada hamba-Nya. Jika cinta itu tidak dijaga dengan baik maka ia akan ditarik balik lalu diberikan kepada yang lebih berhak dan sudih untuk menghargainya. Jika sesuatu perkara buruk berlaku kepada kita akibat kealpaan kita sendiri maka jangan salahkan sesiapa kerana semasa mula kita memilikinya, kita yakin bahawa dia adalah pilihan muktamat yang terbaik untuk kita dan jika suatu masa ia akan hilang, hilangnya kerana keegoan kita sendiri. Bak kata pepatah 'Nak seribu daya, tak nak seribu dalih'.

Syukur alhamdulillah kerana Vie tergolong dalam individu yang paling bahagia. Vie telah melalui hidup yang terlalu sukar pada suatu masa dulu, menjadi individu yang sering kali mati sebelum ajal menemui jasad Vie dan kali ini, Allah SWT memberikan kebahagiaan yang berlipat kali ganda untuk dinikmati. Ya Allah SWT, betapa indahnya cinta suamiku EY yang rela berkorban zahir dan batin untuk kebahagiaan Vie. Vie ingin dia tahu bahawa kehadirannya adalah ANUGERAH TERBESAR DALAM HIDUP INI. Syukur sekali lagi, kerana Vie mengenal apa itu bahagia setelah mendapatkan ANUGERAH (EY) dari Allah SWT dalam hidup ini.

Vie harap, tidak keterlaluan untuk Vie katakan bahawa kehidupan Vie amat sempurna dengan adanya Eizlan Yusof dalam melengkapi dan menutupi setiap kekurangan diri pada Vie Shantie.

22 comments:

Anonymous said...

salam kak vie.. subhanallah...
indahnya kata2 mu...
terusik benar hati ini..
walau pun diri ini masih belum mendirikan rumah tangga.. tp tetap terpanggil utk membaca warkah indah nan ikhlas ini..
love u always kakak syg!!

keep it up.. i know how i feel..
love u...

Eda al firdausy <3

Nurul Says said...

penulisan yg best

conan said...

salam...vie...skrg sushnya nak cr suami yang betul2 menyanyangi isteri dia,saya akui semua tu sbb berlaku dpn mata saya sndr,sanggup si suami biarkan si isteri menangis stp hr,selama berpuluh thn,xprnh seklipun wanita tersebut merasa bahagia,mungkin sesaat dia merasa bhgia,tp lbh 20 thn dia sengsara,prkr yg semua org takkan prcy apa yg tlh dilakukan si suami,vie...demi allah...btpa skitnya hati sy mlihat wanita tersebut berendam air mata stp hari...bukn duit yang dia minta,cuma secebis ksh syg suami,dia prnh berpsn pada sy,sbr ni sbnrnya xde had,sbb nabi muhammad tidak pernh mnghadkan sabarnya utk umatnya...mmg kita semaksum nabi muhammad,tp slhke klu kita cuba utk brsbr spt beliau?

Julie Shahril said...

kata-kata yg indah!semoga para lelaki terutama suami dpt memahami maksud kata2 indah ini...

MRS. AJ said...

Salam Vie. I agree with you. Kadang kala seorang suami mudah terlupa tentang halusnya perasaan seorang isteri.

Anonymous said...

kata-kata Vie ni sangat benar. Hanya segelintir suami begitu, tetap yang segelintir inilah yang membunuh kehidupan para isteri sebelum ajalnya.

Siapa yang mahu sengsara dalam perkahwinan? Tak ada siapa pun mahu. Saat kita diijabkabulkan, hati para isteri tentunya mahu disayangi dan dilindungi suami, dan sedaya upaya mahu membahagiakan rumah tangga dengan melakukan apa saja untuk suami dan anak-anak. Malangnya jika hanya kita sahaja yang berusaha, suami mengabaikan... alangkah sedihnya.

Alhamdulillah, saya juga antara yang bertuah kerana dikurniakan suami yang sangat baik dan kasihkan saya. Namun saya sedar, diluar sana masih ramai isteri yang tak bernasib baik. Hanya doa yang mampu saya titipkan semoga mereka terus tabah dan suami mereka sedar akan kesilapan mereka.

Insyaallah. Jika kita bersabar, Allah akan janjikan balasan syurga buat para isteri yang teraniaya.

NrlAidaHml said...

Alhamdulillah..semoga bahagia sentiasa mekar dan harum di dalam hidupmu sis!!
Setiap kata-katamu amat memberi erti kepasa sy yg menjadi Isteri buat sang suami..semoga suami-suami disana lebih mengerti selepas ini...InsyaALLAH...

Unknown said...

SubhaAllah..mesti abg eizlan terharu mendengar lauhan hati k'vee serta betapa luhurnya hati k'vee dlm menuturkan bait2 kata.

InsyaAllah, semog rahmat ALlah itu sentiasa bersama k'Vee sekeluarga.

salam
elly Hamzah

conan said...

salam..vie..sy nak btulkan ayat sy,kita mmg tak semksum nabi.tapi slh ke klu kita cuba brsbr spt beliau??komen sy yg dulu tu trslh tulis (kita semaksum)..maaf...hrp lps ni klu ada yg trslh tulis,awak tgur la ye...

Anonymous said...

Assalamu'alaikum vie..

kamu buat sy menitis air mata.. sbg ibu tunggal, sy pernah lalui apa yg tertulis di dalam entry vie kali ini.. tp sy redha.. insyaAllah, sy yakin dgn Allah.. ada yg lebih baik menanti pd masa akan dtg.. harap2, lelaki di luar sana baca entry vie yg ni.. dgn izin Allah.. all the best to you vie.. smoga berbahagia dgn keluarga vie insyaAllah sampai di syurga.. ameen~

Vie Shantie said...

salam buat semua,
terima kasih sekali lagi buat semua yg tidak pernah putus untuk sentiasa menyokong penulisan Vie dari masa ke semasa dan tidak pernah jemu untuk meluangkan masa membaca setiap coretan Vie..

Memang sebagai seorang isteri kita tidak pernah meminta sesuatu yg mustahil atau pun di luar kemampuan suami kita.. tapi sebagai insan biasa kita jumpa butuh waktu untuk d beri perhatian dan ingin setiap lagi disentuh dan diberi kasih sayang biar pun seminggu hanya mungkin 2 atu 3 kali kan ?

From Me to WE said...

Salam'alayk. Dear beautiful, SubhaanAllah. Love at first sight dgn kata2 kak vie.

Kak Vie, may Allah bless & protect you always. :)

aeshcame said...

beautiful wise words..

zuhanif said...

salam kak vie. entri akak sangat2 menyentuh hati saya. saya pun bersyukur kerana Allah anugerahkan mohd hanif bin nawawi menjadi pemimpin hidup saya. bukan apa kerana setiap hari saya berjumpa dengan isteri2 yang menitiskan air mata dihadapan saya disebabkan suami mereka terjebak dengan najis dadah. hanya Tuhan yang tahu, kalau saya ada sakti memulihkan mereka. akan saya lakukan hingga ke titisan darah dan nafas terakhir.

HazeL said...

Salam..
tergamam Saya membaca penulisan VIe..Perkahwinan mmg memerlukan kesabaran dan komitmen yg padu from both side..Sentiasa mendekatkan diri dgn NYA, insyAllah segala nye akan jadi manis :)

Mawaddah said...

air mataku tumpah kerana entri yang penuh makna ini kak vie.tq

Anonymous said...

salam kak vie...kata-kata k.vie..amat memberi semangat pada nieza...nieza baru 3 bulan mendirikan rumahtangga...dan kami tinggal berasingan..pada awal pekahwinan kami...semuanya ok..tp sejak akhir2 nie...suami nieza telah mengadu agak sepi, sunyi tanpa isteri disisi..nieza fhm perasaan die...klu sepi die..sepilah chugak nieza k.vie...klu nieza xtggung beban hutang PTPTN, kereta...mmg nieza quit dari bekerja..tinggal je dgn dia..tp biler pikir..ekonomi kami x stabil lgi klu hnya dia je yg bekerja..nieza usaha mintak tukar ..semuanya dalam proses..antara cepat dan lambat shja...nieza xthn k.vie...dalam situasi mcm nie..hnya nieza je yg berlembut..sbr..die hnya menghukum nieza shja..makan hati nieza k.vie..alhamdllah...kata-kata k.vie beri sikit ruang hati nieza bernafas...tq..

damha said...

satu kisah dicelah2 sebuah kehidupan yg x seindah yg diharapkan...hati n perasaan insan yg bergelar isteri telah dilukai..betapa perit hati yg menanggungnya....kebahgiaan yg diharap x kunjung tiba....hanya airmata peneman duka....pasrah dgn ketentuan ilahi...teruskan hidup dgn hati yg tabah n penuh dgn keredhoaan...

dEeWaN said...

syukur kepada Allah kerana mpersembahkan seorang insan yg amat menyanyangimu....moga hidup mu kan sentiasa bbahgia d dunia dan d akhirat

♥♥PuanHarty♥♥ said...

aSsalamualaikum kak.. tulisan akak telah tinggalkn sebak di hati saya...sy antara isteri yg teraniaya kak.baru2 ni sy terjumpa gambar suami & gf dye kak..kami br berkahwin selama 1 tahun kak..da 3 kali kguguran mybe sbb stress.. sy xtau dh kak...esk sy nekad nak g pejabat agama kak..sy dh xsnggup nk mrebus hati sy dilautan air yg sdang mdidih itu...sy rela dya lepaskn sy..biarlh kak...sy redha kalau itu dh ketentuan yg DIA aturkn utk sy... akak jenguklah blog sy yea...org xdpt rase ape yg sy alami...

MiZz AlLy said...

Subhanallah...
begitu terusik saya bila membaca
teks seindah ini..

Anonymous said...

slm kak. Saya begitu terharu dgn penulisan akk kali ini.. bahkan bukan kali ini, tp setiap tulisan akk begitu dekat dihati sy. sungguh demi allah, itu situasi sy skrng kak. perkahwinan belum smpai 2 tahun lag...bahkan belum setahun sy hampir diceraikan . tapi sy masih bersabar kak, sbb syg dan cinta saya sukar utk ditukar ganti kak biarpun ramai yg menanti dan menyangupi utk menempuh kehidupan bersama di lain hari. Tapi sy percaya, jodoh kami masih kuat sehingga kini walaupun dlm hati dia, sy tahu, bukan sy lagi bertakhta sekarang kak. Andai kata dia bahagia bersama si dia, sy rela lepaskan dia, tp xredha kkak. Hati sy begitu terluka. dan sekarang sy perlu sms dan call dia di waktu tertentu sahaja kerna teman wanita dia yang salu menjaga dia hatta di rumah sewa suami saya sendiri. siapa tak sakit hati, bila dihadapan dia, suami memaki2 saya, menghin amaruah sy kak. sbr itu allah saaja yg tahu kak. Seringkali hati sy tersungkur kak ketika bermunajat kepadaNYA tapi jiwa sy rasa sangat sakit, sedangkan sy tercari2 apakah slh saya, dosa sy sehingga dugaan seberat ini Allah beri utk sy kak. Harap tulisan akk selepas ini dpt meringan kan beban hati sy. buat pengethuan akk, bukan sy membuka pekung di dada, tapi kecurangan itu disertakan bukti serta suami mengakuinya..apakah ptt sy lakukan kak..adakah terus bersama ataw berrdiri pertahankan hak wanita ataw isteri yg ada pd sy?