Wednesday, February 23, 2011

Astagfirullah A'lazim.. !

Aduhai…… Izinkan Vie menghela nafas panjang dulu sebelum melakar lebih jauh tentang apa yang hati ingin bicara pada lembaran ini. Teringat satu kata-kata yang selalu bermain difikiran Vie 'Perwatakan kita mencerminkan keperibadian kita' Bijak atau Bodoh, Cantik atau Hodoh, dan apa-apa sahaja yang ditampilkan oleh perlakuan atau perbuatan kita mencerminkan apa yang terkandung disanubari (hati) dan akal kita. Bagi Vie, Darjat seseorang bukan diukur dari ‘nama’, ‘pangkat’, ‘rupa’, ‘harta’, mahupun ‘kedudukan’ tetapi diukur dari cara bagaimana kita BERFIKIR dan BERTINDAK SECARA MATANG DALAM MENANGGANI EMOSI KITA. Bukankah Kerendahan seorang insan itu terletak pada hatinya (nafsu) dan sejauhmana dia menggunakan akal untuk mentafsir dan mempersembahkan DARJAT dan MARUAHnya dalam bentuk PERBUATAN.

Dari Abu Mas'ud, Uqbah bin Amru Al-Anshari Al-Badri r.a, katanya :

"Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Di antara sabda para Nabi yang terdahulu yang masih dipakai untuk orang ramai (sehingga kini) ialah : “ Jika engkau tiada malu, buatlah sesuka hati kamu !! "

Suka Vie dengan petikan kata-kata Hadith di atas, kadang-kadang tanpa kita sedar… ketika kita sibuk mengejar apa yang dituntut oleh hati demi kepuasan diri sehingga lupa bahawa akibat kebodohan kita dari perbuatan kita itu telah menjatuhkan Darjat dan maruah kita sendiri. Jika ia hanya melibatkan diri sendiri tanpa menarik insan lain dalam perlakuan bodoh sombong kita itu, itu antara dosa kita dengan diri dan Allah SWT tetapi jika tujuan kita mengikut gerak hati lalu mencalit tahi pada insan lain sehingga kita boleh menjatuhkan air muka insan tersebut, maka dimanakah tempat kita selepas itu ? Adakah kita akan menerima ‘anugerah’ dari segelintir masyarat atau selepas itu kita akan jatuh tersungkur kerana kedaifan dan kejahilan kita sendiri?? Mungkin, ada diantara mereka-mereka yang bersetuju dengan tindakan yang kita lakukan dan tidak kah kita terfikir bahawa insan-insan yang menyokong perbuatan sumbang kita itu adalah SEUMPAMA DENGAN KITA??? Lebih-lebih lagi perbuatan jahil kita itu boleh memutuskan silaturrahim antara satu insan kepada insan yang lain.

Dari Abdullah bin Abi Aufa RA, ia berkata, Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :

“Rahmat tidak turun kepada kaum yang pada mereka ada yang memutuskan silaturrahim”. Dan satu Hadith yang lain Rasulullah ada menyebut : “Tidak masuk syurga sesiapa yang memutus silaturrahim ” ( al-Bukhari).

Vie bukan belagak alim atau warak untuk memperkatakan soal agama, apatah lagi Vie ini bukan bertitle HAJJAH untuk memberi ceramah dalam blog ini. Vie Cuma ingin berkongsi sedikit sebanyak maklumat tentang apa yang telah menjadi garis panduan dalam agama Vie tentang perbuatan kita di muka bumi Allah SWT.

Ibu pernah berkata pada Vie, begini bunyinya 'Syukur Alhamdulillah Allah swt mengurniakan mak anak yang cantik dan sempurna fizikal dari cacat-celah tapi mak harap anak-anak mak akan jadi lebih cantik dengan menjaga hati nurani kerana seseorang insan yang cantik itu terletak pada hati nya' Dalam agama kita juga mengajar kita bahawa segala perbuatan kita terletak pada NAWAITU. Jika niat kita baik, awal lagi malaikat dengan senang hati mencatat amalan kita dan jika niat kita kotor malaikat tetap menunggu sehingga kita tergamak untuk menurut kehendak hati yang kotor itu, waAllahua’lam.

Vie tidak mahu masyarakat cuba menghukum atau menghakimi penulisan Vie sama ada cuba untuk menunjukkan yang baik-baik belaka tapi jika anda semua boleh lihat, Vie banyak diajukan tomahan-tomahan yang tidak berasas, fitnah dan umpatan. Betapa peritnya kaki melangkah pada setiap hari Vie diperlakukan seperti itu dan pada saat ini pula kehidupan Vie seperti dijadikan bahan mainan. Vie tidak tahu dan tidak faham apa sebenarnya tujuan mahluk itu perlakukan Vie begini. Sedangkan tidak secuit pun rasa dihati untuk mengganggu kehidupan mahluk itu apatah lagi menjadikan dia sebagai batu asas disetiap siku-siku perjalanan hidup Vie. Cuma satu yang pasti di sini, mahluk itu seperti terlalu taksub untuk mengejar kepuasan hatinya sedangkan dia sendiri tahu apa dan siapa sebenar dia pada kedudukan kehidupannya. Jika dulu pernah menjadi perampas pada kehidupan orang lain, namun Vie percaya dia telah BERTAUBAT pada Allah SWT tambah-tambah lagi dia sudah bergelar HAJJAH iaitu satu pangkat suci dimata agama Allah SWT.

Ibu memberi Vie ketahanan hati dengan berkata, 'walau siapa pun dan apa pun yang mahluk itu lakukan, redhakanlah perbuatannya kerana sesungguhnya apabila Allah SWT telah menutup pintu derianya maka dia akan berbuat apa saja sesuka hatinya kerana jika fikiran dan hati dia kotor walau dihidang bersih pun tetap dilihatnya kotor. DOAKAN LAH DIA kerana disaat pintu derianya telah tertutup hanya ada satu yang masih terbuka iaitu HIDAYAH ALLAH SWT”. Pada saat ini Vie kembali tenang dan berfikir Vie tidak mahu meletakkan DARJAT DAN MARUAH VIE SETARAF DENGAN DIA.

Mujurlah ada Ibuku menjadi seorang pelembut hati dan penenang jiwa pada setiap masa dan itulah tujuan seorang ibu hadir di dunia ini. Menjadi idola pada anak-anak disetiap perbuatan mereka. Moga Vie juga boleh menjadi seorang ibu yang baik kepada anak-anak Vie dimasa akan datang.. InsyaAllah

Pesan Vie, hindarilah diri dari menjadi manusia yang suka berpuak puak dan berpecah belahkan orang.. Contohilah resam semut bila bertemu seakan bersalam dan suka bekerja sama di antara satu sama lain.. dan ikhlaskanlah hati kerana keikhlasan itu seumpama seekor semut hitam di atas batu hitam di malam yang amat kelam, ianya wujud tapi amat sukar dilihat. Jangan tertipu dengan terangnya bulan kerana di sebalik terang itu banyak kegelapannya..

"Dunia akhirat itu umapa rumput dan padi, tanam padi rumput kan tumbuh jua, tapi tanam rumput takkan TERtumbuhnya padi.. Begitulah jua dunia dan Akhirat, kejar akhirat dunia akan dapat bersama tapi kejar dunia, hanyalah dunia semata mata"


21 comments:

Anonymous said...

SANGAT BEST !! ya, manusia jens macam nie harus d hukum tembak jer... takde guna hidup d dunia ni bila asyik nak bersuka ria je..

saliha888 said...

salamm sis vie ;)

Anonymous said...

ni kes org yg dengki dan hati kacaulah ni kak Vie.. sebab tu taktau nak buat ape.. dari takde kerja nak cari kerja.. da dapat kerja pula, menyusahkan hidup org lain.. teruk betul lah... minta dijauhkanlah pada manusia jenis ni.. teruskan berkaria kak Vie.. muaaaaaaah

Anonymous said...

HAJJAH ? Ya Allah.. kenapalah ade hajjah yg berperangai macam ni.... memalukan agama dan bangsa betollah.... baik jangan buat sesuatu tindakan bodoh kalau tak bersedia nak hadapi seluruh dunia.... kesianlah, macam rase nak pukol je org ni... hahahhah

oye, Vie macam mane nak jadi ur followers ek ?

marinahunny said...

berbalik kpd asal kejadia manusia...insyaallah..

Razziah Khan said...
This comment has been removed by the author.
Razziah Khan said...

As-salam adikku Vie syg,
cantik penulisan adik ku kali ni.. setiap baris kata2 yg mencerminkan kematangan dan kerendahan hati. alhamdulillah, mcm ni lah yg kita gelar 'manusia' (berfikir guna akal dan bukan ikut hawa nafsu)..

bagi aku simple ja,.. oh sebelum tu, mahluk tu jin atau manusia ?? tapi kalau gelaran sdh HAJJAH confirm manusia sbb jin diharamkan memijak tanah suci masjidil harram.. tadi aku solat zohor di masjid dan bertanya pada usatazah , kenapa ada sebilangan org yg telah pijak ke tanah suci masih berperangai mcm dulu ?? pastu ustazah Tu jawab "kalau seseorg insan telah ke tanah suci dengan niat yg betul maka kita dapat lihat hasil yg baik dr perbuatannya apabila balik dr tanah suci tapi kalau sebaliknya ?? eehhh ! aku pun malu mau cakap.. sbb aku perlu cermin diri aku dulu sebelum mengata org.. TAKUT PADA KARMA ALLAH SWT.

erm... mcm ayat biasa "jangan kisah apa org buat pada kita, Allah swt kan ada"...yg penting kau tgk dulu keperibadian org tu mcm mana ?? ni org melayu cakap BERLUDAH KE LANGIT TERKENA MUKA SENDIRI.. pastu yg berdiri menjadi penyokong dia tu siapa juga ??? alim ulama ? uztazah ? pakar2 motivasi ? doktor ? lawyer ?? BUKAN... !! CUMA SEBIJIK MAHLUK MCM DIA, JALAN PUN TIDAK BETUL MAU CAKAP ORG BODOH. apa yg dia cuba buktikan ?? MAU MENEGAKKAN BENANG YANG BASAH ?? kalau HAJJAH tu memang tidak hairan dengan kecabulan mulutnya, sbb lumrah dia mmg begitu.. dengan mulut maki hamun dan otak yg kotor dia tu sudah tentu memandu dirinya jadi begitu pastu wirid sana, ceramah sini... sbb mau declare sama org bahwa dia baik. kalau kita baik, tidak perlu kita berlakon.. ops ! lupa pula, dia mmg pelakon pun so biasa sudah babak2 palsu berlaku dlm hidup mrka... sudah tentulah member dia menyokong dia.. PAYAH KIPAS BUNTUT ORG UNTUK CARI MAKAN. KENA MAKI HAMUN OLEH MEMBER PUN TETAP JUGA DIA BERDIRI DI BELAKANG... heeiii mahluk mahluk....kerana duit kasi buta ja mata, pekak ja telinga... maruah simpan ja bwh tapak kasut..

satu lagi, tidak kisah lah org cakap kau bodoh, yang penting kau tau siapa diri kau.. DAN SEBENARNYA KEBODOHAN ITU DILIHAT DARI PERBUATAN YANG KITA LAKUKAN. jad kau tanya diri kau... kau ada buat apa2 yg BODOH SEBAGAIMANA YANG MAHLUK TU BUAT PADA KAU ? kalau aku jadi kau wahai adikku yg manis, AKU AKAN SANGAT BANGGA KERANA SUAMI AKU JADI REBUTAN ORANG SAMPAI SANGGUP GADAI MARUAH SENDIRI, SANNGUP MELETAKKAN MARUAH DITELAPAK KAKI, SANGGUP BUKA PEKUNG DI DADA SENDIRI, SANNGUP CONTENG ARANG KE MUKA SENDIRI, SANGGUP LUDAH KE LAGIT PASTU TERKENA MUKA SENDIRI. TIDAK KAH KAU RASA DIA TU TIDAK SEDAR DIRI ???.. ASTAGHFIRULLAH !! aku terlebih cakap kah ni ?? maaflah wahai adik ku... KEHEBATAN kesabaran yg ada di hatimu tidak tertanding olehku... sebab itulah ujian Allah swt pd mu tidak berakhir lagi sampai hari ni. BUKAN KAH SETIAP UJIAN ALLAH SWT ITU MENGANGKAT DARJAT KITA LEBIH TINGGI DARI SEBELUM INI ?

adikku Vie Shanti sayang, ingatlah ! Syaitan sudah bersumpah bahawa dia akan sesatkan kaum Adam sampai dunia kiamat.. so bersabarlah ! sesungguhnya Alah swt telah BERJANJI BAHAWA DIA BERSAMA-SAMA ORANG YANG SABAR.

Dato' Eizlan Yusof said...

as salam B, kekadang manusia ni terlupa dimana bumi dipijak dan lupa akan asal usul dari mana datangnya kita, apabila nafsu sudah menguasai diri dan apabila hidup sudah diselubungi wang dan harta yang melimpah ruah, segelintir manusia ini akan merasakan bahawa mereka berkuasa dan mampu melakukan sesuatu mengikut hati tanpa menyedari, ianya akan mengundang padah pada diri sendiri dan yang akan mendapat impak dari perlakuan negatif dan kebodohannya sendiri adalah keluarga sendiri...

Diharapkan agar kita kuat dan mampu untuk menjadi manusia yang lebih baik dan dapat menepis segala perlakuan bodoh dan akhir kata, apabila kita teralpa tentang diri, gunakanlah cermin sebagai teman sehidup dan semati agar kita tahu dimana bumi dipijak, langit dijunjung...

Vie Shantie said...

Terima kasih buat semua comments dan sokongan yg tidak pernah jemu anda berikan kepada vie dan keluarga selama ini..

to my dear sis Ziah, i love u forever.. *huGs!*

Darling EY,
Shantie ok dan sentiasa berdoa agar kita mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kita bahagia,cukup cubaan untuk membuat kita kuat,cukup penderitaan untuk membuat kita menjadi manusia yang sesungguhnya,dan cukup harapan untuk membuat kita sentiasa berfikiran positif terhadap kehidupan..

Sesungguhnya wanita yang solehah selalu tersenyum dalam kesusahan.. Mendapat kekuatan melalui doa, menenangkan hati melalui istighfar.. Dan mendidik diri melalui solat yang khusyu'... Susah itu tarbiyyah, sabar itu sanggatlah indah.. thank u so much for always be with me sayang..

Anonymous said...

Peliknya Gaya hajjah nii ? Buat takutlah.. Inilah yg dikatakan dunia akhir zaman.. Org yg berbuat dose tap berpura-purr jadi insan suci.. Sangat sedih dgn berlakunya perkara begini.. Org cakap takut ape yg dia buat ni Akan di bayar balk pada anak atau cucu-cucunya nanti.. Banyakkan bersabar Dan banyakkan berdoa.. Krn insane yg teraniya sangat di makbulkan doanya... InsyaAllah .

Anonymous said...

Berserah pada Allah Swt kak vie insyaAllah Akan di bukakan jalan..

Anonymous said...

vie, i think i noe whos that stupido person u talked about.. isk isk isk.. mmg tak sedar diri !!

kak Razziah, mmg betul dia nak tegakkan benang yang basah.. nampak sangat dia buat mcm tu apa sebenarnya niat dia.. come on lah ! she act like she doesnt have a brain !! i was asking myself, what actually she's trying to prove to the world if that only bring a controvesi ?? i m so wondering !! tak habis fikir..

if i were u kak shantie, niat je mcm ni "YA ALLAH SESUNGGUHNYA AKU TELAH DIANIAYAH, AKU MOHON PADAMU.. SEBAGAIMANA DIA BERNIAT UNTUK MENGHANCURKAN HIDUPKU BEGITU JUGA AKU MOHON TERHADAP HIDUPNYA." dan kakak anggap ini sebagai hutang, tuntut dengannya diakhirat kelak..

kak ingat ! dunia ni bulat dan hukum karma tu pastu ada... mungkin dia kan terlepas tapi ingat ! dia ada anak2 dan anak2 pula akan ada anak lagi.. astaghfirullah... takut bila soal agamani.. lai2 bergelar HAJJAH..

BUAT MALU MARUAH KELUARGA JA PERBUATANNYA TU !!

Vie Shantie said...

tq for ur support.. :)

Actually, none of us wants to admit that we hate someone...When we deny our hate we detour around the crisis of forgiveness. We suppress our spite, make adjustments N make believe we R too good to be hateful. But the truth is that we do not dare to risk admitting the hate we feel because we do not dare to risk forgiving the person we hate.. Well, u can forgive someone almost anything.. But u cannot tolerate everything.. Indeed, they may never change.. God is the original, "master forgiver" but NOT ME im only human (INSAN) !!

Vie Shantie said...

well.. well.. well.. are u scared ? u want me to mention your name here ? hiding yourself like a 'rat sneaking into other peoples house'.. u better stop what u started.. shame on u !! well Hajjah, dont u ever said that im the one who started everything, i still have all your messages even your voice recorded so better stop blaming me.. u are playing with fire and u dont know what im capable of.. MIND YOUR OWN BUSINESS !!

*Rupanya dlm diam setiap comments pun u all baca ah, but sorry i cant publish ur comments here, sebab i takkan biarkan u masuk kawasan rumah i, Good nite n have a good day*

Anonymous said...

Salam Vie, saya setuju sangat kata2 di status FB Vie :

"says, hairan mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan bukankah manusia itu sendiri dilahirkan adalah dari hasil sebuah kemesraan.. ketahuilah membiarkan diri kita dibuai perasaan samalah seperti membenarkan diri dibuai oleh syaitan kerana ia suka kepada orang yang berkhayal.. dan sesungguhnya menyedari kesalahan sendiri adalah lebih baik daripada menegur kesalahan yang dilakukan oleh orang lain.. ♥ Vs"

Vie, bagi saya Vie seorang yg cukup lengkap sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak2 Vie.. angaplah semua yg datang itu sebagai ujian untuk Vie supaya beringat dan menghargai ape yg ade.. semua org dream berada d tempat Vie sebab tu mereka tidak pernah jemu untuk selalu mengangu.. kuatkan semangat dan teruskan berkarya.. Kami sentiada ada dan ingin membaca setiap coretan Vie.. Blog Vie best sanggat2.. keep it up Vie..

Vie Shantie said...

Rasulullah saw bertanya kepada sekumpulan Sahabat, "Tahukah kamu, orang gila yang sebenar-benarnya?" Para Sahabat menjawab, "Tidak tahu, ya Rasulullah". Lalu Rasulullah menjelaskan, "Oranggila ialah orang yang berjalan dengan takbur, memandang rendah kepada orang lain, membusungkandada, mengharapkan syurga sambil membuat maksiat dan kejahatannya membuat orang tidak amandan kebaikanya tidak pernah diharapkan. Itulah orang gila yang sebenarnya"

“Ya Allah, aku bermohon kepadamu kebaikannya dan kebaikan yang Engkau ciptakanpadanya dan aku berlindung padaMu daripada keburukannya dan keburukan yang Engkau ciptakanpadanya”. (HR Abu Daud dan Ibn Majah)

selamat beramal buat semua.. :)

Razziah Khan said...

Salam Adikku, disini aku baru terperasan terdapatnya ralat dlm ayat aku yg lepas iaitu "jin diharamkan memijak tanah suci masjidil harram".. aku terlupa bahaya JIN & SYAITAN pernah berjanji di hadapan Allah SWT bahawa iblis telah bersumpah di hadapan Allah s.w.t. yang ia akan menghalang manusia daripada beriman dan melakukan perintah-perintah Allah s.w.t. Iblis bersumpah akan menggoda manusia dari setiap penjuru seperti yang termaktub dalam Surah al-A'raaf ayat 16 dan 17.. dan Iblis berkata, kerana Engkau telah menghukum aku sesat, aku benar-benar akan menghalang mereka dari jalanMU yang lurus. Kemudian aku akan datangi mereka dari muka dan dari belakang, dari kanan dan kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan daripada mereka bersyukur..

Sebab itu baik di mana pun kita berada Iblis sentiasa akan menghasut kita baik kita bertitle Haji atau pun Hajjah.. dan Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui.. waAllahua’lam..

Razziah Khan said...

Oh aku terlupa sepekara lagi, kalau Hajjah tu tau pasal agama, dia akan cuba menjaga dirinya agar tidak terdorong untuk diumpat dgn menjaga setiap perlakuannya. Ingat itu adikku ! Dlm blog yg telah kau tulis, rasullullah sdri telah bersabda, manusia yg tidak tau malu adalah manuisa yg mengikuti kehendak hatinya. Jadi apa yg dia buat tu pun ikut kehendak hatinya yg kononnya mau berkongsi kpd dunia bhawa dia telah menjelaja dunia dgn menunjukkan bukti2 sehingga keadaan itu jadi seperti menyelak kain sendiri !!!

Tidak perlulah belajar tinggi untuk membezakan baik dan buruk, kalau betul dia kuat amal ibadahnya takkan dia sanggup untuk menjadi hamba kepada kebodohannya sdri sehingga sanggup membuka pekung sendiri. Dan satu lagi !!! Pasal kesilapan keteranganku bahawa 'masjidil haram tdk bersyaitan' telah menjadi isu buat dia, sehingga dia kecoh mau bgtau aku ni kurang pengetahuan agama.betul lah aku kurang agama, sbb tu aku tiada title HAJJAH. Cuba dia tanya dirinya sendiri, sejauh mana tinggi agamanya jika dia sanggup menggadaikan title HAJJAH dia tu demi untuk melihat kehancuran rumah tangga org lain dan sanggup meletakkan namanya dibwh tapak kaki sdri ?? Jadi siapa sebenarnya lebih tau pasal agama ??

Yg paling handsome lagi, biar aku cakap disini, mmg aku bodoh cakap bahawa tiada syaitan di masjidil haram... Sbb aku terlupa bahawa syaitan itu adalah DIA !!!

Vie Shantie binti Haroon Khan, kau ingat pesan kakk kau yg bodoh ni. Tiada satu ubat pun di dunia ni yg boleh menyembuhkn org gila kecuali ubat penenang dan ubat penenang tu adalah BIARKAN SAJA ! Kau kena ingat seperkara, bagaimana bentuk acuan begitulah bentuk kuihnya.... Jgn jadi bodoh memperbodohkan diri untuk bercakap dengan org gila mahupun keturunannya yg gila. Manusia skrg lebih berani bersuara demi meneggakkan perkara yg mrka rasa benar.. !! Biarlah dia buat apa yg dia rasa benar utk diri dia sbb org begitu yg salah pun dia akan cakap benar juga... Kau kasi pun dia bunga, dia cium bau taik juga. Biarlah dia fikir apa pun sebab akalnya setinggi badannya juga... Imannya setinggi BOTOXnya juga..

Eh ! Apalah yg aku cakapni.. Sorrylah.. Mmg bunyi org bodoh bercakap bgni... Nasib baik aku tidak harap duit laki mau hidup senang.. Biasalah org bodoh, tiada pelajaran so harapkan buah tembikai dan paha panjang sejengkal lah utk pikat lelaki... Untung2 dpt juga kawin org kaya walaupun terpaksa kongsi raya.. Hihihi

Vie Shantie said...

Kakak ku Jia Sayang, buat apa mengaku diri bodoh hanya kerana terlanggar satu faktah ? Lagipun jia, sudah juga mantion di komen diats bhwa "syaitan sudah bersumpah bahawa dia akan sesatkan kaum Adam sampai dunia kiamat" nyata2 syaitan itu ada di mana2..

Kak jia, org yg bodoh adalah org yg suka memperbodohkan org lain sdgkn kebodohannya terserlah dr perbuatannya sendiri... Jadi tidak perlulah kita kisah apa yg dicakapkanya..

Vie pun mau bgtau org tu, buat apalah Vie guna Anonymous utk berselindung nak komen2 kat blog Vie sdri dan jadikan nama tu sbgai batu loncatan mengomen benda2 yg tak patut. Kalau Vie nak, Vie tampil sendiri dgn hujah Vie sbb Vie dipihak yg benar !! Bukan kah berani kerana benar ? Dan kalau org yg bersalah mcm2 alasan yg dia lakukan utk menutup kebenaran contoh paling dekat : bila sendiri yg buat salah, pastu tuduh saudara (cousin) sdri yg buat tindakan busuk tu sdgkan itu akaun hak peribadi diri sendiri. Takkanlah hidup sendiri pun tiada privasi sampai semua hal nak share dengan dunia siap jual nama saudara lagi.. Tidak perlu menjadi hipokrit dengan memberitahu kepada org yg kononnya kita ni baik dan bila kehabisan modal nak jual crita yg tak logik.. Itu lagi lah BODOH !!!

Aduhaiiii, bawalah banyak2 istighfar dengan apa yg kau buat ni. Janganlah fikir pasal orang tapi takutlah dengan azab Allah SWT dengan segala dosa dan noda yg kau lakukan.

Naudzubillah, jauhkanlah aku dr sifat begini.. Janganlah diwarisi turun menurun walapun sudah menampakkan bayangnya kini... hmmmmmm..... kesian juga..ish,ish,ish...

Unknown said...

salam..2lh lumrh manusia yg xtau ap tu dosa.. jauhkn dri kta dripda sifat x baik.. i folo u folo me back yer..
20 top lagu english masa kini part 2

amirida said...

asslamualaikum...alhamdulillah..bertuahnya eizlan. nampak sgt perubahannya setelah dia berkahwin dgn vie. syabas vie, didiklah anak2 yang comel dgn ajaran al quran dan sunnah rasulullah semampu2nya. Moga vie sekeluarga mendapat keberkatan dunia akhirat. aamiin.