Monday, September 14, 2009

Apabila Nafsu Melampaui Kemampuan

"Jika kau merasakan diri kau adalah benar, Mengapa perlu bertanya dari suara insan lain sedangkan kau ada jawapannya"


Situasi di atas mengungkai satu cerita yang agak menarik untuk dibincangkan pada tajuk kali ini iaitu 'bila nafsu tinggi dari kemampuan'. Hal ini melibatkan 3 situasi yang kompleks tetapi pada dasarnya cerita ini hanya satu kes yang biasa. Mungkin inilah yang dikatakan 'hidup ini akan menjadi mudah jika kita menganggap ianya mudah dan hidup ini boleh menjadi rumit jika kita menganggap sedemikian'.


Bagi Vie, hidup ini ringkas dan ringan jika kita tahu bersyukur dari segala apa yang telah diberikan untuk kita. Tidak kah kita terfikir bahawa 'Allah SWT memberikan kita apa yang kita LAYAK dapat'.. Bukankah Dia maha mengetahui kerana Dia yang menjadikan kita ? Jika masih susah untuk kita faham, cuba kita imbas kembali dan nilaikanlah diri kita sendiri dari segala perbuatan yang pernah kita lakukan. Adakah perkataan BERBALOI hanya akan dipakai apabila berhadapan dengan 'hadiah-hadiah' yang istimewa ? Mengapa BERBALOI itu tidak diletakkan pada 'balasan' yang menimpa kita ?.


Tiga
situasi yang dimaksudkan Vie adalah, situasi 1- Sebagai suami isteri yang sering bertelaga untuk menyatakan dan membuktikan siapa diantara mereka yang lebih baik, mulia, dan amanah, Walhal mereka tidak pernah melihat kelemahan diri untuk diperbaiki. Bukankah dengan 'berbincang' dari hati ke hati, rumahtangga dapat dicegah dari perpecah-belahan antara fahaman dan hubungan ?


Situasi ke2
- Apabila sahabat mengharapkan yang terbaik dari sahabatnya sedangkan dia sendiri pun tidak memberikan 'kesan' yang baik sebagaimana yang diharapkan dalam perhubungan. Dia (sahabat) sering meminta 'pandangan' yang kononnya untuk memperbetulkan keadaan bagi membina dan merubah keadaan tetapi malang yang mendukacitakan apabila 'pandangan' yang diharapkan itu sebenarnya adalah suatu ’sokongan’ yang boleh membawa kepada kepincangan. Ingin Vie tegaskan, jika seorang kawan hanya membawa kepada KEMUSNAHAN, itu bukanlah dianggap sebagai kawan tetapi LAWAN. Kerana hadir seoarang kawan adalah untuk menerima kita dalam susah dan senang.


Situasi ke3
, Apabila berhadapan dengan insan yang suka menjaga tepi kain orang tetapi kain sendiri yang terlondeh. Mengapa ingin menjadi insan yang ayik mencari maklumat peribadi orang lain sedangkan hal sendiri belum pernah habis-habis ’kecewa’ ?. Adakah kita ingin dikenali sebagai insan yang 'berwajah cantik tetapi bermulut besar ?' atau 'kononnya berstatus tinggi tetapi berpesonaliti rendah ?'


Jika kita merasakan kita adalah SEMPURNA dalam semua sudut, maknanya kita akan menghampiri satu lembaran kehidupan yang dikenali sebagai KESUNYIAN. Kerana insan-insan yang sempurna tidak mempunyai ’warna’ dalam kehidupan mereka. Bukankah masalah datang sebagai ’Warna’ kehidupan ? Cuba bayangkan hidup kita sebagaimana yang kita impikan, mungkin kita akan mencari erti AIR MATA
dan SENGSARA. Fikirlah! Kita yang memilih jalan hidup kita maka kita WAJIB bertanggungjawab ke atas itu.. Jika kita tidak pernah puas dengan kehidupan kita maka inilah yang dinamakan "nafsu lebih tinggi dari kemampuan" kerana tidak pernah ingin bersyukur dengan pemberian Allah SWT.


Ingatlah ! Esok masih ada.. Sejauh mana pun kita lari tetapi masa tetap mengejar kita dan 'masalah' pasti melanda selagi kita bergelar MANUSIA..

11 comments:

Anonymous said...

emm....sy stuju ....kerana bkn semua yg kt mahukn akn kt perolehi..
utk mendapatkan yg terbaik perlu dgn usaha..sblm menilai org..cermin diri sendiri terdahulu..
emmm....suka tajuk ni...hehehe :)

Anonymous said...

memang betul apa yang vie cakap :) aku sokong 100% ....... sebelum menilai orang cermin diri sendiri :)

mags said...

Setuju kak vie,i just mentioned dlm my blog haritu..sentiasa bersyukur :)
paling best tu "jaga tepi kain org,sedangkan kain sendiri terlondeh"...mmg betul..banyak betul orang2 begini ni...suka cbuk2 hal org..ish..ish.. ;)

-C- said...

::setuju sangat!betul cakap kak vie.manusia kadang-kadang nak orang lain yang banyak memberi,tapi diri sendiri kedekut pulak kan.::

AzeanZea said...

Vie,belum abis lagi cerita kita semlm... bah nanti we meet up lah k.. bila tu kau balik KL?

Shamzie74 said...

Salam..Hi vie..menarik sgt blog awk...
cerita yg i baca pun smpi i x jadi nak wat keja...BTW....selamat berkenalan dari saya..Azie.
Selamat Hari Raya,,maaf zahir dan batin.....

Shamzie74 said...

Vie...memang i begitu tertarik dgn kata-katamu ini....
rasa nya sejuk bila membaca..dan berulangkali i cuba membaca dan faham kan...
kadang2 memang kita sebagai manusia x pernah ingin bersyukur di atas pemberian allah pada kita...
i juga sering ada pertelingkahan tp memang betul apa yg vie kata,,jika kita berbincang dari hati ke hati masalah boleh selesai..tp i x pandai?..bagaimana vie?????

Vie Shantie said...

Hi dear guys.. thank u so much... ya, will update my blog soon.. huGs!

Buat new readers "HELLO & HI frm me"...

Vie Shantie said...

Azie, Banyak cara untik kita berbincang dari hati ke hari dear... Dua contoh, 1)Selalulah bertanyakan pada husband kita, apa yang dia suka & tidak suka... berubahlah untuk kebaikan bersama, dan jgn suka mengharap pasangan kita berubah dahulu dari kita... sesungguhnya yg memberi itu lebih baik dari yg menerima... :)

2)Sentiasalah ada sikap rendah diri dan selesaikanlah setiap perkara dengan perkataan MAAF... Kerana kata2 maaf itu adalah penyiram hati kita yg tengah panas membara... api yg besar boleh memang susah dihapuskan dengan sekali siram... tapi sekiranya api itu di siram sedikit demi sedikit pasti api akan padam, Insya'Allah... :)

Shamzie74 said...

salam Vie...
terima kasih atas nasihat Vie pada saya...
yeee memang betul apa Vie ingin sampaikan....
saya telah cuba dah akhir nya apa yg suami i kata pada memang betul...cuma i pegang kata dia...
kita kgn padang kejahatan yg pernah dia laku kan sekali...kita cuba pandang kebaikan dia pada kita berkali2....
kalau kita ikut cara tu..insyallah....itu saja yg i ingin smpi kan pada Vie hari ni...i cuti hari ni coz my baby not ffeling well..demam panas...lagi merisau kan i,,,,baru bawa dia mlm tadi gi pantai hospital ambik blood test..tp alhamdullillah x der apa2...
so hari ni i try pantau dia mcm mana.....ok vie ada masa kita berbual lagi yew....salam....

Shamzie74 said...

salam vie....
sejuk hati i baca,,,,
tp memang betul apa yg u cuba smpi kan pada i...
lagi satu i cuma pegang kata2 suami i pada i,,,,kita jgn pandang sekali kesalahan besar yg dia buat pada kita..tp kita cuba pandang beribu kali kebaikan dia terhadap kita....insyallah kan VIe...