Thursday, October 15, 2009

Ibu Intanku (Juliah binti Ahmad)

Melangkah sepi di ruang lelah,
Meratapi sunyi tanpa cahaya,
Pada sudut hikmah panahnya doa,
Menunggu makbul kuasanya Allah (SWT).

Mengapaku Pilih tajuk ‘Ibu Intanku’ kerana kisah kali ini ku petik dari kesengsaraan ibu membesarkan kami semasa ketiadaan bapa di sisi. Bagiku, ibu ibarat intan yang dikubur diruang lumpur kehidupan namun intan tetap bersinar dan takkan sekali-kali bertukar RUPA. Intan, bukan setakat cantik, mahal tetapi juga kebal. Walau pecah seribu, serbuknya tetap dijadikan perhiasan.. begitulah ibuku.

Ibu, menjejak perkahwinan pada usia 17 tahun yang ketika itu dunia remajanya menjadi julangan dalam alam persekolahan, ibu menjadi ketua pengawas sekolah, sering mendapat anugerah pelajar terbaik, menjadi kesayangan guru-guru dan menjadi contoh kepada kawan-kawan. Namun ibu gagahi perjuangan untuk menduduki SPM walaupun hanya 3 bulan bergelar pelajar tingkatan 5. Dengan keberkatan dari Ilahi dan kebijaksanaan ibu, ibu telah lulus SPM. Beliau telah bergelar ibu diusia 18 tahun, mengorbankan cita-cita, masa dan impian. Mungkin sdh rezeki ibu, di usia Zia baru 11 bulan, ibu telah mengandungkan Vie. Malangnya, bapa telah meninggalkan ibu pada ketika ini yang terpaksa berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki. Namun, setelah usiaku 10 bulan dilahirkan.. Bapa datang ke Sabah untuk mengambil kami tingal bersamanya di Kuala Lumpur.

Ibu telah meninggalkan kaum keluarganya di Sabah dan mengikuti suami ke Kuala Lumpur demi melengkapkan hidup anak-anaknya kerana takut tidak berbapa. Harapkan pagar boleh menjaga padi rupanya pagarlah punca kehancuran padi. Ibu perjudi nasib balik ke Sabah bersama Zia, Vie dan Adey yang baru 3 bulan dalam kandungan.

Perjuangan menjadi ibu tunggal berbekal harapan 5 tahun menanti khabar dan kepulangan bapa. Ibu yang nekad membesarkan kami dan telah membawa erti betapa besarnya kasih ibu. Ibu tidak kisah bergelar penjual kuih, sayur dan ikan serta pernah menjadi orang gaji demi mencari rezeki yang halal buat membesarkan kami. Akibat menjadi ibu tunggal, ibu dilontar bermacam-macam kata fitnah dan caci-maki dari saudara serta masyarakat.Kepayahan ibu, tiada siapa yang dengar atau simpati tapi ibu tetap gah berdiri.

"Teriak ibu, tiada siapa yang peduli..
menang lagi suara unggas dan kodok.

Suara ibu, tiada nilai dan hak..
kerana tempatnya bersedia untuk diganti..

Sedih ibu, tiada siapa yang paham...
menjadi lali ditelan masa.

Tangis ibu, tiada siapa yang padam...
didodoi masak oleh kepenatan.

Peperangan antara diri dan takdir,
habis mati segala keistimewaan..

Hanya tinggal tanggungjawab memimpin diri...
kerna..
menjadi keutamaan pada diri mereka !
Ibu, Zia, Vie dan Adey...hanya insan tumpangan...
Bagi mereka, Ibu harus paham, mengerti dan kebal..
Kerana tanggungjawab, nasib dan adat !!!"

Ibu bukannya bodoh, tetapi keadaan tidak mengizinkan.. ibu pernah dipanggil kerja di Penjara sebagai Pegawai tetapi terpaksa di tolak kerana tiada siapa mahu menjaga kami, ibu pernah ditawarkan melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Kent tetapi dia menutup mata menolak tawaran itu kerana ada 3 nyawa yang perlu dibesarkannya. Ibu pernah cuba untuk menitip kami tetapi kami hanya dijadikan mainan, gurauan dan ujian dari hinaan, sumpahan dan deraan masyarakat. Maka dengan itu, harapan ibu hanya pada kami.

"Pada siapa ibuku hendak luahkan ?
Jika telinga saja mendengar...
Mata kononnya dapat menyaksikan..
Sedangkan hati degil tertutup rapat !"

Harapan ibu perlahan-lahan kami kotakan. Suami kami berkat dari zat angan-angan ibu yang meniginkan suami yang soleh memimpinnya, yang telus menerima kami apa adanya, dan yang bertanggungjawab mengasihi kami. Kejayaan Kak Zia adalah berkat yang sentiasa diiringi restu dan doanya dari impian ibu yang pernah terkubur dulu.

"kami akan tetap menanti..
Selagi ada sebuah harapan..
Buta akan dapat melihat...
Pekak akan dapat mendengar...
Cuma... yang selama ini asyik bercakap mungkin akan terkelu bisu
Inilah kebenaran tidak pernah terkubur pada KENYATAAN !"

20 comments:

Miejaa said...

salam Vie..
entry kali nie sgt2 menyentuh hati..
pengorbanan ibu tiada tolok bandingnya..
tanpa ibu, siapalah kita di muka bumi nie..

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

Alahai Vie...sedihnya :-((
tapi siapa yg mahu percaya akan kesusahan yg pernah kita lalui jika melihat keadaan kita sekarang, orang hanya pandai menilai tapi tidak pernah melalui bersama sewaktu kita dalam kesusahan dulu.

Orang akan sentiasa mencemburui kita jika kita 'terlebih sedikit' dari mereka tapi pedulikan mereka kerana sememangnya kita berhak untuk mendapat semuanya ini selepas puas menanggung kesengsaraan.

Kalau diikutkan dengki, sakit hati & kata2 orang sampai ke liang lahat pun orang akan masih mengata lagi...semoga Vie, ibu & keluarga tabah.

Wan Masrina said...

salam vie....
rintihan ini sangat menyedihkan...pengorbanan ibu tiada bandingan dan tidak dapat menghitung nilai pengorbanan ibu kita...

sungguh menyayat hati betul...
ziah telah memberikan satu kejayaan yg dpt diberikan kpd ibu. sbg satu kebahagiaan kpd ibu...very nice poem vie....

saya sgt terharu dgn kata-kata vie ali ini.

Anonymous said...

kasih ibu umpama bumi..

Dato' Eizlan Yusof said...

garapan yang baik, sedih lak bila i baca B... miss u & zaara so much...

Anonymous said...

Hebat sungguh pengorbanan ibumu... Boleh dibuat buku sudah... dari penyusuan cerita dan ayat-ayat mu Vie sungguh menyentuh perasaan... Sanggat lengkap kau d mataku..

-IDA-

fauz said...

salam vie.. ketika sy mmbaca post vie ini sy mmbaca nya dngan perasaan yng mnyntuh hati sy, krna kita mmpunyai kisah hidup yng hampir sama & ibu yng sama hebat
tapi mungkin vie sdikit lbh bruntung dari sy & ibu sy..
dan skrng nasib kita pun hmpr sama
ALLAH SWT telah mmbayar sgala ksensaraan & kpahitan yng dulu
dengan mmberi kita khidupan yng begitu indah & bahagia bresama orng2 yng kita syngi..

smoga kebahagiaan itu akan terus bertambah di hidup sy & vie s'keluarga inshallah

ziah said...

ye betul tu Tie,
aku masih ingat dan sentiasa segar dlm ingatan aku mcm mana org tikam kita dr belakang.. sampai hari ni pun org tetap juga buat mcm2 utk menjatuhkan kita...

kalau setakat kenalan atau kawan yg tikam belakang itu perkara normal tapi yg abnormal ni adalah saudara sendiri buat hal begitu...

kadang2 ringan juga mulut aku mau menyumpah tapi aku percaya Allah SWT itu ada lgpun buat apa mau berperang dengan orang yang anggap diri dorang tu perfect... sudah dpt balasa tuhan pun masih buta....

skrg kita tumpukan perhatian dgn keluarga.. syurga ditangan Allah.. kalau kita ikhlas.. insyaAllah kita selamat dunia dan akhirat lagipun kita sedang berhadapan dengan kejayaan perlahan demi perlahan berbanding mereka yg berdepan dgn kegagalan pada setiap hari mereka....

semoga tuhan buka hati dorg yg hitam lengap dan palui-paluian itu kpd satu keadaan yng lebih baik dan kita bleh hdp aman dan sentosa... amin !

Anonymous said...

kuat dugaan khidupan kakak.sy doakan ibu kakak dgolongan yg beriman.kuatkan smangat kak.sy jdkan akak sbagai idola sy tuk jalani kehidupan.aja2 faitie!^_____^

i_luv_mummy said...

ibu...
apakah sebenarnya terbuku di kalbu mu??
apakah erti linang air mata di pipi mu??
ucapkanlh padaku..
x bisa kurangkainya...
derita yg kau pendam itu...huuu...
aku hanya menduga tidak mampu merasa sebenar2 perasaan mu...
pengorbanan yg kau lakukn untk dewasakn ku...
HANYA BISA D TANGUNG HATI IBU

ZieSakura said...

sedeh sy bc cite akak..

:((

CT said...

vie...

terharu akak baca n3 ini ttg 'ibu'...ermmm mak akak dah meninggal 3 tahun yang lepas...2.01.2006

Anonymous said...

T_T..its so touching..

Shazana said...

Salam Vie,
jika kita dihidupkan oleh Allah 1000 tahun pun, tidak boleh membalas kepayahan ibu mengandungkan kita 9 bulan, jika kita salut intan berlian di badan ibu pun,tidak boleh membayar segala jasa dan budi ibu, segala keperitan yg dirasainya utk membahagiakan kita. Selagi terdaya, kita berusaha menjadi anak yg soleh dan solehah, yg mendoakan ibu, yg sentiasa menjaga hati ibu...Alhamdulillah, Vie hargai pengorbanan ibumu.

Anonymous said...

enough said..that u r so beautiful..

Lyn said...

Assalamualaikum Vie,
Ade stgh2 citer tu ade kena ngan citer sy.Bila dibaca terkenang2 kisah lama.Entry kali nie mmg kaw2 tangkap leleh..Cedih membacanya.Drpd kisah past2 tu,kita jadikan tauladan.X sabar nk tggu story yg akan dtg.Luv,Lyn(D.d)...

BaiZuRa TaHiR said...

sgt menyentuh perasaan n hampir menangis diri ni membaca coretanmu.

Unknown said...

Vie...entry tu bebetul menyentuh perasaan. Anyway, side track skit, saya suka tgk Eizlan Yusuf, smp lah dia kawin ngan Vie. Matching sgt u all berdua. N anak u cute sgt sgt....hopefully, Vie pun berkorban & jaga anak u all sebaiknya, contohi jasa baik ur own mum ok?

◕‿◕ said...

salam vie...entry kali ni mmg sangat2 membuat hati ini tersentuh...setiap org ade kisah tersendiri...tapi yang mmp saya katekan, Allah sayang kepada orang2 yang diuji...Dia akan terus menguji hambanya dan Dia tidak akan menguji jika hambanya tidak mmpu untuk menghadapinya...semoga vie dan keluarga terus mengecap kebahagian...Allah sentiasa bersama org2 yang ikhlas...insyaAllah

_aReyOu_ said...

salam Vie. i really like dis entry. very touching. senyuman pada bibir IBU sebenarnya penuh dengan dukanya.

1 thing saya sgt2 puji, Vie ada gaya penulisan yang baik. Orang yang membaca dapat menyelami perasaan yang ada pada Vie =)