Adakalanya kita menjadi manusia degil yang cuba menentang 'hipotesis' dunia dan cuba 'menepis' fakta sejarah dari cerita teladan yang pernah terjadi dikalangan manusia. Apa yang
Di suatu ketika malah sehingga hari ini, Vie banyak belajar dari kesilapan dan kedegilan sama ada yang pernah Vie lakukan dulu ataupun mengutip cerita dari teman-teman yang berkongsi keadaan, walhal Allah SWT telah memberikan tanda jelas bahawa 'langkah' yang diambil itu adalah 'salah' mahupun 'silap' Tidak keterlaluan jika Vie turut menyatakan bahawa 'langkah' itu juga akibat daripada sikap terburu-buru untuk berbuat keputusan sedangkan keputusan itu adalah soal maruah, tanggungjawab, dan masa depan. Malah 'langkah' itu juga mempengaruhi corakkan emosi, kepanjangan akal, dan kegagahan fizikal untuk mengharungi onak-duri dari kepergian 'langkah' yang salah.
Pada saat itu berlaku seakan menjadi manusia yang hidup hanya kerana bernyawa tetapi telah lama berhadapan dengan 'arwah' sedangkan ketika itu kita masih boleh menikmati dunia, namun kerana 'langkah' kita sendiri maka kita harus mempertanggungjawabkannya. Dan pada saat itu jugalah kita menjadi insan yang matang lebih dari usia kerana kepahitan dan kesengsaraan yang kita lalui, menjadi makanan minda pada setiap saat dan detik kerana asyik mencari jalan untuk patah kembali dari 'langkah' salah yang kita pilih.
Mungkin kita patut menteladani cerita ibubapa kita itu,
Seperti dalam surah al-A’raf ayat 23 yang berbunyi : "
Mungkin kita harus membuka naluri 'ke-enam' kita untuk melihat tanda-tanda daripada Allah SWT sebelum kita melangkah jauh dari landasan kehidupan kita. Lihatlah pada keluarga, usah terlalu mementingkan soal nafsu sendiri semata-mata sehingga sanggup bertindak diluar batasan tanggungjawab kita. Lihatlah pada kebaikan, usah terlalu memaksa diri mejadi Hero menentang segalanya sedangkan kudrat kita tidak sekuat mana. Lihatlah pada agama, Allah SWT menyukai hambaNya yang sabar.
Daripada Anas bin Malik r.a, Nabi SAW bersabda : "Permudahkanlah, jangan manyusahkan, tenangkanlah dan jangan melakukan sesuatu yang menyebabkan orang menjauhkan diri dari kamu"(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Vie juga amat memahami bahawa kita sama sekali tidak mempunyai kuasa untuk mengetahui apa yang terjadi di masa hadapan, tetapi kita mempunyai daya untuk bertanya kepada Allah SWT tentang apa yang kita lakukan itu benar-benar terbaik ataupun tidak iaitu dengan banyakkan berdoa serta bersembahyang istikharah. Berlapanglah dada kepada Allah SWT, kerana Dia yang menentukan segalanya.
Seperti firman Allah SWT "Jangan takut, jangan berdukacita" (Al-Ankabut 29:33).
Setiap 'langkah' kita itu jadikanlah satu pengajaran yang terbaik kerana 'guru' yang terbaik adalah dari pengalaman kita sendiri. Seperti yang tertulis dalam firman-Nya di atas, 'jangan takut' kerana Dia sentiasa bersama-sama dengan kita dan 'Jangan berdukacita' kerana kedukaan itu boleh menghapuskan dosa serta menyucikan diri dari kesilapan kita yang lepas. Sesungguhnya Allah SWT mempunyai satu rahsia yang kita tidak ketahui namun sentiasalah berfikiran positif dengan hikmah disebalik semua kejadian.
4 comments:
assalamualaikum...saya bru tejumpa blog kak vie setelah tergodeh sini sana utk mencari bahan utk dibaca. Tersentuh hati, tersedar diri, terdiam berhenti menbaca bait2 kata di blog ni.Harap Kak Vie teruskan menulis ya...insyallah,saya sokong Kak Vie dr jauh..salam ukhuwah!
assalamualaikum.. vie update laa your blog! i suka bacanya! sangat bagus dan saya suka quote2 hadis yang kamu ambil! sangat berguna! tenkiu vie!
semua yg ditulis dalam entry ini ada benar belaka! saya suka sangat!
Salam,
Saye suke sgt dengan hadith di atas. Memang benar tinggal bnde yang meragukan akan memberi ketenangan,kerana dosa itu adalah apa yang terasa di hati.Thanks Kak Vie for giving us a point to ponder.
Alhamdulillah kawan2 suka dengan setiap kata2 dari Vie.. Harap sahabat2 akan menyokong Vie selamanya :) huGS!
Post a Comment