Monday, May 3, 2010

Selamat Hari Lahir , Vie Zaara 03.05.10


Buat anakku Vie Zaara

"Setiap kata yang diungkap mungkin tidak seindah pengertian yang hendakku layangkan..

kerana kita sedia maklum bahawa impian dan angan-angan itu indah dari dunia yang nyata..

dan betapa hidup ini terlalu banyak persoalan yang tergantung tanpa sebarang jawapan..

Cuma yang pasti kita cuba menghindarkan diri dari sebarang kemusnahan"


Wahai anakku Vie Zaara,

Tatkala menatap wajahmu terasa benar sinar cinta dan sayang ini..

Seperti hadirnya cahaya yang lebih besar nilainya dari sang suria..

Kehadiranmu menjadi suatu cerita yang indah dalam sejarah kehidupanku..

Seakan aku tidak mahu melihat tubuhmu membesar dewasa...

dan takkan mampu melepaskan dikau diruangan kehidupan ini..

takut akan dikau berhadapan dengan derita.. dan jika itu terjadi, ibu merelakan kebahagiaan ibu menjadi pengganti pada tangis sedih kecewamu..


Wahai anakku Vie Zaara,

Jika dikau dapat fahami...

Maka ketahuilah bahawa ibu mengharapkan masa depanmu seperti kerlipan bintang yang menyinari ruangan kelamnya malam, menjadi titik kesayangan pada Penyair malam...

Ketahuilah juga bahawa ibu mengimpikan suaramu seperti laungan azan menyeru kebenaran pada simpang-simpang kepincangan kehidupan..

Selain itu, ketahuilah bahawa ibu mengangankan jasadmu seperti jula-juli yang memberi inspirasi pada ruangan kepercayaan kejayaan seseorang...

dan ketahuilah bahawa ibu meletakkn tempatmu seperti sebentuk permata yang diidamkan disetiap sudut hati insan untuk dimiliki namun nilainya terlalu tinggi dari semua batasan dunia...


Wahai anakku Vie Zaara,

Kerisauanku pada setiap inci tubuhmu, perasaanmu dan tingkah lakumu..

Tidak sesekali ibu merelakan 'calar' pada dirimu wahai sayangku..

Mungkin 'impian' ibu ini terlalu mahal untuk dimiliki diruangan kehidupan biasa...

Namun ibu ingin kau tahu bahawa betapa hebatnya kehadiranmu padaku..

Menjadi persoalan sebelum kehadiranmu, dan pabila dikau wujud di rahimku.. dikau menjadi 'impian dan angan'ku..

Kini, dikau segalanya seperti 'permintaanku' terhadap-Nya...


Wahai anakku Vie Zaara,

Ibu ingin kau tahu bahawa ibu 'terpaksa' berkongsikan dirimu pada dunia..

Kerana dikau bukan milik ibu tetapi milik Nya...

Segala perjalanan langkah kakimu selepas ini adalah segalanya dalam tangan Allah swt..

ibu hanya mampu mendoakan jasad dan kerohanian yang terbaik buat hidupmu..

Ingatlah pesan ibu,

Sebagaimana apa yang ibu ingin dikau fahami dan ketahui tentang impian ibu terhadapmu..

Dan sesungguhnya, dikau adalah seperti nyawaku..

28 comments:

nakamura said...

Aww, sungguh manis ! (so sweet) :)

wirda said...

Salam
vie,
mcm nak nangis la baca luahan vie.
kalu la zaara faham cetusan rasa ni, mesti dia nangis suda tu, terharu ngan harapan ibunya.
vie mmg seorg ibu yg terbaik. n mmg kehidupan vie telah jd lengkap..
Syukur ahamdullilah kepahitan masa lalu menjadi kemanisan pada masa ini. semoga ianya berkekalan. Amin.

MadaM LaLa said...

happy birthday dear vie zaara!!!!

said...

selamat hari lahir VIE ZAARA...

zAnNa@mAMaBaTriCE said...

HAPPY BIRTHDAY SWEET LITTLE PRINCESS
VIE ZAARA

cik violet said...

vie zaara semanis orangnya...secantik emaknya...=))

Anonymous said...

Well said Vie. Bertuah Zaara memiliki parents seperti Vie dan EY. Apa yg Vie luahkan memang lahir iklhas dr hati seorang ibu walaupun tak 100% dpt dilahirkan dgn kata2. May God bless your beautiful family!

Riena C. =)

Dato' Eizlan Yusof said...

salam darling, sedih lah pulak i baca ni...apa apun i akan sentiasa mendoakan kebahagiaan &kesejahteraan u dan anak2 dunia akhirat... love u dan anak2 4ever....

Liyana said...

Selamat hari lahir Vie Zaara yg comel *_~

Azirra An-Nissa said...

hepy besday dear zaara...
May Allah blez u dear..
insyaAllah..
Beberapa pesan untuk vie-zaara..
1)“Amongst the signs of success at the end is the turning to God at the beginning.”
2)“And do good to your parents. If either of them or both of them reach old age with thee, say not to them, fie: nor chide them: and speak to them a generous word. And make thyself submissively gentle to them with compassion, and say, My Lord! Have mercy on them as they brought me up when I was little”
“Al Qur’an – 17:23, 24″
3)“All women are pearls of great value, but some of us have been deceived into doubting the value of our purity. Pearls are priceless and should be protected and guarded from unworthy eyes.”
p/s : vie didhi.. the song was very nice.. from veer-zaara for vie-zaara.. :)

Nuroll said...

hi vie,

happy birthday to zaraa...sedih juger baca luahan hati vie sbil dgr lagu tere liye tue.....that's life...whether u like it or not, we have to face it. Ingat Allah sentiasa bersama kita.

Daddy + Mummy said...

amin...semoga anak2 vie menjadi anak yg soleh & solehah.. ;)

Mommy Stephanie Liah And Daddy Remy Rizal said...

darl,sorry sgt tak sempat dtg//;(

Mrs Aya said...

semoge terlaksane hajat..nice..~

Misz Nora said...

insyaAllah doa seorang ibu dimakbulkan Allah..zaara, kita berkongsi tarikh lahir yg sama la..hehehe..so sweet

Cik Ina Do Do Cheng said...

Tahniah dapat cahayamata lelaki.semoga jadik anak yang solehah dan beriman.

siti said...

salam ziarah....
heppy belated besday vie zaara...

Ida Azrina said...

Salam..doa ibu itu selalunya makbul..InsyaAllah..

Ku Marissa said...

selamat hari lahir vie zara
semoga panjang umur
semoga sentiasa dilindungi rahmat ALLAH

AFITI said...

salam..entri2 y sy baca dlm blog k.vie mmg menyentuh hati..dan sangat realistik untuk dijadikan kekuatan..semoga berbahagia selalu..amin...

irenedahayu said...

vie, nampak sweet sangat... cantik baju vie... beli kat na?

Anonymous said...

salam,sebagai mantan gurumu seketika diSMPL,KK.sedikit mengenalmu.namun cikgu bangga menatapmu kini vee.selamat berbahagia bersama keluarga-cgu ony latifah

Vie Shantie said...

tq so much for the lovely wishes my bloggers & friends...

To my lovely husband EY.. tq so much darling.. mestilah siapa tak sayang anak kan ? dari dalam perut di kandung & dibesarkan sehingga tua.. luka pun kita tak nak.. :)

Irenedahayu: Tq.. Vie beli kat kak AWIN SEINDAH WAJAH.. cari lah dia dalam FACEBOOK..

Cikgu.. tq so much for ur thought.. biasalah cikgu manusia berubah.. Lagipun kekadang apa yg kita lihat tidak seperti yg kita lihat & apa yg mungkin kita dengar tidak semestinya yg kita dengar.. Sesungguhnya Kebenaran Itu hanya kita sendiri sahaja yang tahu ba kan cikgu.. semoga ikatan kita akan kekal.. tq so much atas tunjuk ajar cikgu pada Vie.. Lav u :)

_aReyOu_ said...

waaaa.. comelnyaaa zaara & her mom =)

happy belated birthday zaara :)

smga zaara jadi ank & kakak yg solehah, yg dengar cakap parents, tidak lupa diri, kuarga, & org2 sekiling..

& too zaara mom, happy to see ur happy & sweet family..

apa2 yg jadi dlm hidup ni, Allah pasti akan membalasnya kan Vie =)

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ said...

Happy Birthday Zaraaa
beruntung dapat daddy & Mummy yang mengasihi sentiasa di kasihi. Moga seluruh keluarga aman BAHAGIA, AMIN

MrShah53 said...

comey budak tu..=)

fawwaznuha said...

salam..
kata hati seorang ibu..sweet sgt..nak jadi rakan FB tp friends dah full..camna ye

Must Be Your Self gUYZ !! said...

salam kak shantie ni kakyam ni emmph , lalyam nak kakak tgok blog kakyam ni da baru bnyak yg menariklah .. lavendargirlz.blogspot.com