"Jika kau merasakan diri kau adalah benar, Mengapa perlu bertanya dari suara insan lain sedangkan kau ada jawapannya"
Situasi di atas mengungkai satu cerita yang agak menarik untuk dibincangkan pada tajuk kali ini iaitu 'bila nafsu tinggi dari kemampuan'. Hal ini melibatkan 3 situasi yang kompleks tetapi pada dasarnya cerita ini hanya satu kes yang biasa. Mungkin inilah yang dikatakan 'hidup ini akan menjadi mudah jika kita menganggap ianya mudah dan hidup ini boleh menjadi rumit jika kita menganggap sedemikian'.
Bagi Vie, hidup ini ringkas dan ringan jika kita tahu bersyukur dari segala apa yang telah diberikan untuk kita. Tidak kah kita terfikir bahawa 'Allah SWT memberikan kita apa yang kita LAYAK dapat'.. Bukankah Dia maha mengetahui kerana Dia yang menjadikan kita ? Jika masih susah untuk kita faham, cuba kita imbas kembali dan nilaikanlah diri kita sendiri dari segala perbuatan yang pernah kita lakukan. Adakah perkataan BERBALOI hanya akan dipakai apabila berhadapan dengan 'hadiah-hadiah' yang istimewa ? Mengapa BERBALOI itu tidak diletakkan pada 'balasan' yang menimpa kita ?.
Tiga situasi yang dimaksudkan Vie adalah, situasi 1- Sebagai suami isteri yang sering bertelaga untuk menyatakan dan membuktikan siapa diantara mereka yang lebih baik, mulia, dan amanah, Walhal mereka tidak pernah melihat kelemahan diri untuk diperbaiki. Bukankah dengan 'berbincang' dari hati ke hati, rumahtangga dapat dicegah dari perpecah-belahan antara fahaman dan hubungan ?
Situasi ke2 - Apabila sahabat mengharapkan yang terbaik dari sahabatnya sedangkan dia sendiri pun tidak memberikan 'kesan' yang baik sebagaimana yang diharapkan dalam perhubungan. Dia (sahabat) sering meminta 'pandangan' yang kononnya untuk memperbetulkan keadaan bagi membina dan merubah keadaan tetapi malang yang mendukacitakan apabila 'pandangan' yang diharapkan itu sebenarnya adalah suatu ’sokongan’ yang boleh membawa kepada kepincangan. Ingin Vie tegaskan, jika seorang kawan hanya membawa kepada KEMUSNAHAN, itu bukanlah dianggap sebagai kawan tetapi LAWAN. Kerana hadir seoarang kawan adalah untuk menerima kita dalam susah dan senang.
Situasi ke3, Apabila berhadapan dengan insan yang suka menjaga tepi kain orang tetapi kain sendiri yang terlondeh. Mengapa ingin menjadi insan yang ayik mencari maklumat peribadi orang lain sedangkan hal sendiri belum pernah habis-habis ’kecewa’ ?. Adakah kita ingin dikenali sebagai insan yang 'berwajah cantik tetapi bermulut besar ?' atau 'kononnya berstatus tinggi tetapi berpesonaliti rendah ?'
Jika kita merasakan kita adalah SEMPURNA dalam semua sudut, maknanya kita akan menghampiri satu lembaran kehidupan yang dikenali sebagai KESUNYIAN. Kerana insan-insan yang sempurna tidak mempunyai ’warna’ dalam kehidupan mereka. Bukankah masalah datang sebagai ’Warna’ kehidupan ? Cuba bayangkan hidup kita sebagaimana yang kita impikan, mungkin kita akan mencari erti
Ingatlah ! Esok masih ada.. Sejauh mana pun kita lari tetapi masa tetap mengejar kita dan 'masalah' pasti melanda selagi kita bergelar MANUSIA..