Friday, March 26, 2010

Sekilas Ikan Di Air

"Personaliti kita adalah apa yang kita fikirkan, perlakuan kita adalah imej diri kita ''

Vie terpanggil untuk menulis tentang suatu peristiwa yang agak 'menghairankan' apabila ada individu yang 'syok' sendiri menghentam Vie di facebook mereka sedangkan Vie sendiri tidak tahu hujung pangkal 'drama' mereka. kalau dah 'syok' sendiri tidak apa tapi yang lebih ajaib ada pula KONONNYA Vie yang ambik tau kisah mereka.. Buat apa Vie nak kisah hal dia ? Dia ingat dia siapa ? Dia patut lihat dirinya sebelum dia menyatakan Vie cemburu dengan kehidupan dia.. Excuse me ?

Bukan Vie riak atau sombong tapi kadang-kadang bila kita tidak cakap, orang tidak akan nampak kesilapan mereka dan apa yang Vie ingin utarakan di sini adalah 'kenyataan' dari mata kasar Vie yang PATUT mereka terima (ini semua Anugerah Illahi).

Pertama, Alhamdulillah.. Allah SWT mencipta Vie dengan cukup sempurna dan sering diberi 'kredit' daripada pemerhati diluar sana. Selain tu, Vie bersyukur dijodohkan dengan EY yang sangat baik menjaga dan menerima Vie seadanya sebagai isteri, mempunyai anak yang disayangi ramai, ahli keluarga yang senantiasa menyokong Vie dan kawan-kawan yang ikhlas mendekati Vie. Lalu mengapa pula Vie harus cemburu pada dia sedangkan Vie ada semuanya?

Ke-dua, bukan Vie mahu mengejar glamour tapi rezeki yang berpihak kepada Vie. Perlu diingatkan disini ! Jodoh pertemuan di tangan Allah SWT. Salahkah Vie bernikah dengan EY ? dan inikah cara untuk orang menghukum Vie sekali lagi sehingga meletakkan Vie sebagai individu yang gila glamour ? Atau pun apabila Vie sering keluar di Media Massa (baik majalah mahupun TV), Segala ruang yang ada di media massa itu yang memilih Vie untuk buat pengiklanan dan bukannya Vie 'offer' diri untuk mengiklankan diri sendiri. Kenapa pula Vie mahu mengejar glamour kalau asyik dicemuh masyarakat, cuma Vie MESTI dan HARUS meneruskan hidup.. Kalau Vie asyik mendengar cakap orang.. Vie telah lama mati ! lagi-lagilah wujud insan seperti 'dia' yang tidak pernah puas untuk melihat orang menderita.

Ke-tiga, mungkin dimata segelintir masyarakat melihat sejarah silam Vie sangat kotor (walhal, mereka tidak tahu kejadian yang sebenarnya menimpa Vie dan mungkin itu saja yang dijadikan MODAL untuk mengutuk Vie) tapi MASA INI, sekurang-sekurangnya (Alhamdulillah) Vie berusaha untuk mengubah kehidupan Vie dari hari ke hari dan kita kena ingat bahawa hanya Allah SWT sahaja yang MAHA MENGETAHUI di mana tempat kita disisi-Nya sekarang. Bukan kamu !!

Ke-empat, bila Vie telah CUBA berubah (bertudung) mengapa ada pula insan seperti 'dia' yang sewenang-wenangnya menyatakan bahawa Vie 'berpura-pura' Astagfirulaala'zim !! Dari masa lepas, cukup Vie terima azab daripada segelintir masyarakat yang memandang diri mereka lebih suci dari segala-galanya. Tapi bila kita berubah, segelintir manusia-manusia ini tidak mahu menadah tangan menyambut kita dengan fikiran yang LEBIH positif... Vie bukannya mengharapkan belas ehsan daripada sesiapa tapi sekurang-kurangnya berhentilah 'menghukum' sehingga menimbulkan kekeliruan 'apa yg sebaiknya kita lakukan di dunia ni ?'.. Tapi Vie percaya dan menguatkan lagi semangat Vie bahawa 'Sedangkan Allah SWT yang mencipta hamba-Nya dimuka bumi ini pun sering dipersoal dan dipersalahkan. Inikan pula insan sesama insan yang sering menganggap diri mereka lebih istimewa dari insan lain'


Ke-lima, Vie tidak mahu jadi insan 'Bagaikan berludah mendongak ke langit lalu terkena muka sendiri' kerana kita adalah insan biasa yang tidak lepas dari melakukan kesilapan, bila kita mengata orang akan tiba pula masa kita dijadikan bahan bualan masyarakat . Vie berpesan sesama kita, Janganlah jadi insan yang 'akibat nyamuk seekor habis kelambu dibakar'. Mungkin hari ini, kita bermusuh tapi mungkin disuatu hari kita saling memerlukan antara satu dengan yang lain untuk menjayakan dakwah agama kita. Kalau memandang diri tu benar-benar matang, mengapa perlu membuang waktu dengan saling bercakaran? bukankah ada banyak perkara yang boleh dilakukan bagi membina sivik dalam diri kita sendiri ?


Ke-enam, siapa diantara kami yang menjadi 'penyibuk' bila dia menggunakan (mengikuti) 'BLOG' Vie sebagai alasan bahawa Vie ni berlagak 'baik'? menggunakan nama Allah SWT sebagai 'batu loncatan' iaitu menyelitkan ayat-ayat Quran dan Hadith. Mengapa Vie mesti melakukan itu ? Mengapa Vie harus perdagangkan agama dan TUHAN Vie sendiri? kalau apa yang Vie lakukan ini sebagai satu kesilapan, pada siapa yang harus Vie jadikan teladan dan peringatan sedangkan yang meletakkan hukum itu adalah Allah SWT ?


Mari kita fikir sejenak...Orang yang baik tidak akan memikirkan perkara yang buruk pasal orang lain kerana yang 'baik' itu akan lahir dengan fikiran yang positif, manakala orang yang 'jahat' akan sentiasa memikirkan perkara yang buruk kerana sentiasa berfikiran negatif.. Jadi di manakah tempat Vie dan 'dia' sebenarnya?


Hidup ini ibarat lukisan, kita sendiri yang melakar coraknya manakala yang mentafsir itu adalah dari 'mata-mata' yang ada diluar sana. Baik matanya maka baiklah pujinya, rosak mata-nya maka rosaklah 'pandangan'nya.. Semua tertakluk kepada nawaitu hati budi 'mata'nya. Ingat ! Apa yang kita cakap adalah gambaran tentang sikap kita sendiri...


Mungkin dia bertuah sebab bukan semua masyarakat ingin mengetahui perihal hidupnya dan BERBEZA dengan dunia Vie yang mungkin lebih dikenali ramai dan sebab itulah segelintir manusia yang lebih banyak menilai Vie dari AIB yang diperkatakan orang.. Sehingga 'dia' boleh mentafsir darjat Vie terbakar di NERAKA. Mungkin kita lupa bahawa NERAKA DAN SYURGA ADALAH RAHSIA ALLAH SWT..


YA, BAIK ITU DATANG DARI ALLAH SWT DAN YANG BURUK ITU DATANG DARI KEKURANGAN KITA....


WaAllahua'lam..

40 comments:

Daddy + Mummy said...

sabar k..paduliks la dorg2 tu..sampai bila dorg mo mengata?lama2 pandai penat jgk tu..yg penting ko nda mcm dorg..kami sbg teman2mu akan menyokongmu dr belakang..rock steady!!!

Anonymous said...

bila kak vie mula berbicara.. rasanya mata ini tak boleh nak beralih dari screen my lappy.. suke sangat.. baca je blog akak mesti tenang.. teruskan berkarya kak vie :)

Anonymous said...

Ain sangat suka dgn blog shantie ni... Lengkap, teratur & bahasanya sangat sopan...

Anonymous said...

Vie, nicely written and love reading your blog. My goodness why is she still talking bad about you, biarkan saja lah dia tu. The more you think about what she says or write the more she happy she will be cos there is a respond from you. Nothing else matter now cos you have a loving husband who cares so much about you, lovely daughter that everyone love, future son coming soon, and last but not least loving family and friends around you. ;p Hugs!

Ces't La Vie said...

salam..selalunya begitulah lumrah hidup...sekali kita tslh org akan terus mhukum kita..klu kita buat baik..jrg plk org yg nmpk kebaikan kita tu...

p/s : kak vie ni free hair cantik..pakai tudung lg btmbh cntik...terskan melakukan yg tabaik dlm hidup ni...

sy follow blog ni ya..klu ada ms sudi2lah jenguk blog sy hehe..http://adhila.blogspot.com

Nur hanani Baharuddin said...

salam ukhwah..
salam perjuangan..
Bersabarlah duhai hati..
sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka yang mengubah diri meereka sendiri..
"Ketahuilah, memindahkan batu besar dr tempatnya semula itu lebih mudah drpd memberi pengertian kpd orang yg tidak mahu mengerti"
Wallahualam...

Nur hanani said...

salam ukhwah..
salam perjuangan..
besabarlah duhai hati..
sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka yg mengubah diri mereka sendri..
" Ketahuilah memindahkan batu besar di tempatnya semula adalah lebih mudah daripada memberi pengertian kepada mereka yg tidak mahu mengerti"..
Wallahualam...

Wan Masrina said...

Slm vie...itulah manusia yg tdk pernah faham akan takdir yg tlh diberikan oleh Allah SWT...kehidupan seseorang adalah ketentuan Ilahi teda sapa yg blh mengubahnya...
Tp yg penting vie tak usah lah pedulikan dgn org yg semacam itu...hanya akan membuatkan hati vie sakit sja...biarkan dia terus hanyut dlm permainannya sendiri...vie kuatkn semangat dan sabar banyak2 ya...take care ya...

Azilla said...

sabar vie...Tuhan sedang menguji...Hidup ini kadangkala kita perlu telan yg pahit...sbg penawar...Tuhan maha Adil...Be strong! =)

wirda said...

salam,
Vie
sabar ja la ngan sikap org mcm tu.
org tu cuma menunjukkan sisi buruk dia sendiri.
apa yg kita nampak org tu x kenal erti pahala n dosa, mgkn jg x mengenal Tuhan. Coz org yg mengenal Tuhan tidak akan menghukum org lain sewenang-wenangnya.
Kesian org yg mcm tu.

vie,
I love ur writing. :-)
well done.

mommyisaac said...

Vie Dear,

Sabar saja ya! Apa pun orang kata tentang u & the family we don't care, semua orang pernah melakukan kesilapan! Manusia mana yang tidak pernah membuat silap?? Pedulikan kata2 umpatan dan keji orang kerana siapa yang bercakap tu sebenarnya dia lah yang CEMBURU!!!

Take care of urself and kiss Princess Zaara, can't wait to see u gorgeous Mommy!

Hugs!!

Vie Shantie said...

tq so much guys for always supporting me.. Actually, perkara macam nie sudah jadi alah kerana biasa.. Saja tulis di blog supaya dia senang view sebab di my facebook 1st & 2nd acc vie da blocked dia so, dia tak boleh nak tgklah.. if disini dia boleh baca 100 kali sehari dan tunggu semua respond org.. well, org busy body macam tulah.. :) Motif sebenarnya pun adalah marah sebab tidak pernah dilayan sebelum ini.. Sedangkan sebelum ini siap bagi kita no talifon dialah konon.. tapi alhamdullih Allah SWT gerakkan hati kita supa tdk bertukar2 nombor dengan dia.. if tidak tak taulah macam mana akan jadi cerita kita digorengnya.. Dahtu, ada seorang kawanya yg tdk pernah mengenali diri kita pun yg tersangatlah busy body sampaikan mengata kita macam2 sedangkan jumpa dia pun baru dua tiga kali itupun di majlis kenduri kawin saudara vie (tapi, kat depan bukan main baik lagi.. rupanya di belakang ada agenda lain)

ingatlah, sebelum mengata org cermin dulu diri tu macam mana.. jangan main sedap mulut saja asyik bercakap org.. tapi diri sendiri tu yg macam tidak takut dengan kuasa Allah SWT.. kita niat berniat baik hendak menegur mereka di statusnya hari tu,( kerana ada kawan kita d fb bagi tau ayat2 dia hampir sama dengan ayat2 d blog kita, so Vie viewlah dan sempat bergurau lagi.. tapi rupanya dalam diam mereka mengenakan vie).. sekarang bila da jadi macam nie buat2 tak tahu konon.. but its ok.. as my husband said, tak jadi kudis pun.. :)

Anonymous said...

Alah vie biarkanlah dorang ba......... seperti cakap vie, apa yg dorang ada pun, hanya cerita kosong bagi sedapkan hati sendiri..... kesian, dalah suka tiru perbuatan org & ada hati lagi mau kutuk org dlam diam...... macam ndak betul saja otaknya tu...... jangan d layan ba org senteng nie vie.....

Anonymous said...

cakap, u can "GO TO HELL" !!
who cares ????? hehehe

normalisa said...

Shantie...hidup mesti dteruskan..abaikan dgn manusia2 spt ini. Manusia skrg makin ramai punya perasaan hasad dengki a.k.a PHD. Biarkan mereka dgn labu2 nya.Hope u tabah dgn dugaan2 spt ini.

ziah said...

salam, ziah suka baca komen dr Nurhanani Baharuddin. perikan dr mana tu ? Hadith atau quran ? Tapi apa2 pun, ziah suka part ''batu'' tu.. Terima kasih berkongsi idea.

Buat adikku Shantie ; sepatutnya kau bangga lagi sbb ada org yg 'copy' perkataan kau di Blog ni.. Maksudnya, idea kau ni dipakai org maklumlah bukan semua ada bakat penulis dan berfikir secara kritis seperti yg kau ada skrg... .. Biasalah tu, 'pak turut' mana pernah lapuk dek zaman... Tapi kau jgnlah sesekali jadi seperti dia.. Sdhlah 'ambil' hak cipta org, tidak tau malu pula mau marah2'.. Ttg kwn dia tu, kau jgn kisah.. Sbb itu ja kawan yg paling glamour dia pernah jumpa jd dia sanggup kasi malu muka dia sdri utk backing2 kwn dia... 'perkataan yg dorg selalu guna ''ada aku kisah'' tu sebenarnya, silap.. Sepatutnya dia guna ''aku selalu kisah'' sbb ttu dorg ikut setiap inci perkembangan hidup kau... Lepas ni ada lagi dorg mau komen tu sbb dorg baca blog kau ni...Biasalh modal x cukup..
.
Kau patut bangga dgn diri kau skrg dan jgn peduli hal remeh temeh mcm ni... Lihatlah diri kau skrg.. Jauh lbh baik dr Mrka.. Baik dr segi pergaulan mahupun kehidupan.. Mmg semua org gila glamour, kalau tidak gila glamour.. knp mau masuk rancangan reality tv, .. Kerana x glamour pastu terpaksa kena buang... Kesian.. Pastu kwnnya, mau glamour berkawanlah dgn dia... Atukoi... Adik2 aku semua model, bukan takat malaysia.. Model antarabangsa lagi tapi mana kita pernah mau heboh2 sebab kita tau org akan tau juga belakang hari...

Semua org pun berlagak baik mana ada mengaku diri jahat sebab itulah 'tudung' Kejap ada kejap tiada.. Aku x taulah kalau kau buat gitu mesti lagi teruk kena kutuk.. Maklumlah, dorg sdh tau kaU masuk neraka.. Terbakar lagi tu dorg nampak.. Astagfirullah... Wahyu dr mana turun sama dorg tu ?? setahu aku yg blajar psikologi ni, org yg rasa dia ada wahyu (nampak neraKa) ni kena panggil schizophrenia atau erti kain, GILA ! Isk..isk..isk.. Kesian.. Muda2 sdh gila..

Bah.. Biarlah dia ckp kau tulis ni x seperti diri kau sbnar.. Yg penting kau tidak 'copy' mana2 perkataan dr blog org.. lain kali kau balaslah msg dia dlm inbox kau kalau dia msg.. Tulah kau tidak balas msg dia.. Sedih betul dia sampai sanggup syok sdri.. Lain kali kau tolong promosi dia bah utk kena interview.. Kesian juga kita, tiada org kenal dia.. Paling2 pun tercalon dlm 'anugerah baju paling buruk' di TV3.. (disitu yg aku kenal dia sebelum tu aku x kenal dia siapa)..hahahaha

Ok sis, just take care ur self & really proud of you !!!! This coming april you hve a big event to celebrate kan ?Yess yess ! Tidak sabar mau jumpa umi, erra, zahida, fasha sanda, wardinah, datin norjumah, mawi, ekin, aen dll.. Biasalah apa dia bilang tu ''tgklah standard kwn kau''? Ya kan ? kwn2 kau semua cantik,glamour dan baik... Kesian dia, kalau dia x cari gaduh mesti kita jemput dia ... Melepas lagi dia mau promosi diri dia

Anonymous said...

dear sis vie.. sgt seronok baca kisah vie dlam blog..=) keep it up.. sy ade jugak view fesbuk vie.. saya nak cadangkan vie delete gmbar2 vie yg lame2 sebelum vie pakai hijab.. biarlah rakan2 kenal vie yg sekarang..bkn vie yg dulu.. moga vie istiqamah dalam pilihan vie ini...sy sokong 120%.. hihih =)

ReggieMode (Reagan) said...

Well said my friend. I really like it Vie. Sabar ja lah vie,gini lah jd isteri pelakon terkenal. Org2 gini suka kita nak dielakkan. Yg ptg vie happy ngan family dan kehidupan vie. Lantaklah dia nak ckp apa sekali pun. Tuhan selalu berserta vie and family. *thumbs up* nice blog.

Anonymous said...

Hi Vie.
You just approved my request at Facebook and welcome me into your friends list. Thanks for that and now i am reading your blog and amazed of your writing talents too ;)
I am very proud of you. Just keep going and don't bother too much about those negative energy which i think you already did very well.
Never go down to their level.. you re far ahead than them and u knew it...

Lots of hugs and kisses
Rose Shearer

ciki_ciki87 said...

sukalah gaya ziah menulis...
hehe...
ayat bagus punya bah..
to vie: manusia memang x pernah puas bila tgk ada orang senang..mereka hanya taw DENGKI saja..

DiArY KeHidUPaNKu said...

Yg menjd masalahnya adlh vie isteri kpd aktor terkenal.Cuba bayangkan kalo vie insan biasa yg x dikenali ramai,adakah insan2 nie akan peduli?? Tempiasnya terkena kat ur sis,Jiah juga.Dia pun sakit hati ngan org2 yg suka bosy body mcm nie.4r me vie,yg bole menghukum hanya Allah swt..bkn si dia yg penyibuk tu..Pedulikan!! Lama2 penatlah itu makhluk!! Hahhaa..Kitorg ade d belakang vie.Dun worry!!

Anonymous said...

assalamualaikum..
sy tak kenal vie, tp suka tgk vie.. wajah sempurna sebagai seorang wanita..cemburunye hati.. dari situ timbul minat nak kenali vie.. layari blog vie terasa bertuahnye diri vie dikurniakan kesempurnaan.. yg berlalu biarlah berlalu.. sentiasalah munasabah diri.. jgn peduli kata2 jahat org yg penting nawaitu vie.. jdlah serikandi yg sempurna.. lebih baik vie tak terlibat dalam dunia glamour langsung lepasni.. sbb selagi kita terdedah dengan semuatu slg org tak puas hati.. vie sendiri tau kan..

wardah said...

" orang bodoh tak kenal orang bijak sebab dia bodoh, orang bijak kenal orang bodoh sebab dia bijak"
yang bijak itu bila dia tahu matlamat hidup & siapa yang akan menilai amalannya, sedangkan yang bodoh itu akan terus menjadi seperti lumpur² jalanan yang akan mengotorkan hujung kain, tetapi tidak pula menghentikan perjalanan si bijak pandai merealisasikan kebahagiaan hakiki..

~La La~ said...

dear vie,
peduli kan kata orang,
sbb inila pengorbanan kalu kita berkahwin dengan artis..
its oke dear...keep moving on
biaq pi la org nk kata apa...
janji vie n EY bahagia..
amin...

cikTi said...

SIS,
WOW..CANTIK..

ITU MY 1ST IMPRESSION WHEN I SAW UR PHOTOS..

TP,XTAHU PULAK PASAL KISAH KISAH SILAM KAMU..CERITA D BLAKANG TABIR SAMPAI ORANG KUTUK2 KAMU..

SY TAHU PASAL KAMU SBB KAMU ISTERI KPD EY..YG BRTUDUNG..DAN XTAHU LANGSUNG KISAH2 SILAM KAMU..
ORANG YG MENGHINA DAN MENGUTUK SERTA X PERNAH PUAS MENCARI KESALAHAN ORANG LAIN,,SEDANGKAN DIA SENDIRI PUN X DKETAHUI PERFECT SGT KE TIDAK NTAH..,ORANG SEBEGITU,IGNORE SAHAJA..
X PUN,KAMU CUBA AMBIL ITU SBAGAI SATU UJIAN UNTUK OMPROVE DIRI KAMU..

DAN SATU PNDANGAN..,I THINK ITS BETTER IF YOU TRY DELETING SOME OF YOUR PICS IN FACEBOOK, I THINK THOSE PHOTOS SHOW YOUR PAST..(I THINK U KNOW ABOUT ALL THOSE PICS RITE)..yg x btudung dan agk mnjolok mata..

BUT,EVERYTHING IS UP TO U..BCOS, I DONT THINK THAT PEOPLE SHOULD KNOW AND RECOUNT WHO U ARE DURING THE PAST TYME..

Anonymous said...

salam make me wonder 'dia' tu.tapi kisah hidup dan dugaan melanda vie adalah dari Allah.rahsia Allah yg mahu menaikan martabat hambaNya. Tabahkan diri mu vie.add me dim fb.
S t h

Intan_Lidiana said...

yaaa.. setuju dng kata vee.. org yg cemburu dgn kita saja sggup buat apa saja tuk puaskn hti dia.. so abaikan sampau cam tuh.. cayok2 vie..

JAI said...

Off topik..laaaa...nuffnangers jugak rupanya..hehe..salam ziarah..ambik tadi amik gambo you and your hubby with my wife masa tlk kat RNG...

Anonymous said...

bila kita berhijrah kepada kebaikan, byk dugaan yg akan menimpa kerana xkan beriman seseorg itu sehingga Allah mengujinya...doa & bersabar jelah..semoga istiqamah dlm melakukan kebaikan wpun ditimpa pelbagai ujian.. (",)

Anonymous said...

no matter what life must go on... vie,i luv ur personalities....just keep on moving....

julz said...

jangan fikirkan sangat cakap2 org....Bikin stress saja...dont worry,ALLAH MAHA MELIHAT & MENGETAHUI......love you dear..:P

emma said...

Salam sis.. Jangan risau k.. Allah itu Maha Mengetahui, Maha Adil dalam setiap perbuatan hamba-hambaNya.. Pray for ur life ya.. InsyaAllah it will be okay.. Amin..

Awein said...

biarkan mereka itu vie..usah di fikir kan ttg itu..yg penting ALLAH tahu niat vie yer...kuatkn hati dan smngt

Anonymous said...

salam...
i pnah jumpa u sblm kawin. ble tgk pic u & EY dlm mag, i ingat pnah jumpa u.
berbanding u dulu skarang, jauhberubah, pekakkan tlinga pe org nk ckp. org yg baik tkkan burukkan psl org lain.
mungkin diaorg cemburu dgn kehidupan u. i respect u bleh berubah.

PuteraMama said...

Alhamdulillah.. Moga Akak Vie tabah dalam menghadapi segala ujian. Sesungguhnya jalan utk kebaikan itu sukar penuh dgn ujian, jalan utk kejahatan itu mudah. Sesunnguhnya Allah menguji seseorang itu mengikut kemampuannya. Refer to Al-Baqarah verse 286. Insyallah Allah with you..

ctshura said...

salam, i'm new follower 2 ur blog vee. vee, the past is gone forever, today is all that you have. dnt be sad, or dont be angry...jealousy and criticism are not something new..instead, just forgive them by showing them the most beautiful of manners of u. good luck vee...

Anonymous said...

i dont know, but this post touched my heart. maybe because u wrote it sincerely. apa-apa pun, jangan berhenti untuk sentiasa membaiki kesilapan kita. anggap saja semua tu dugaan dalam perjalan kita untuk menjadi yang terbaik.. good luck. =)

ctshimah said...

sabar jala kak..dunia ni smntr ja.
yg penting suami akak ada dsisi jg n syg akak..akak kena jg,happy2 kn suami d jg ja famili akak baik2 k..
syurga akak bkn bwh tapak kaki org tu tp suami akak.sy doakn akak mnjd bidadari suami akak d akhirat nnt..itu yg plg bahagia skali kn kak..Chayok2 kak!! (^_^)

Anonymous said...

Assalamualaikum..

Saya suka baca blog vie. saya hanya silent reader dan ini kali pertama tinggal komen.

Biarlah apa kata orang..benar, Allah bersama dgn orang2 yg berusaha perbaiki diri..

Saya pernah baca kisah vie bertudung dalam sebuah majalah..Saya amat berharap agar suatu hari nanti vie akan menutup aurat dgn lengkap. Saya yakin vie sendiri faham batas aurat seorang muslimah yg sebenar menurut syariat Allah iaitu bukanlah setakat bertudung..vie seorang yg intelektual..moga lebih lengkap dgn pemakaian muslimah yg sebenar.

moga vie tidak terasa dgn komen saya..kita saudara seislam yg wajib berpesan2 ke arah kebaikan. sebenarnya saya amat sedih dgn artis2 wanita yg hanya bertudung tapi tidak menutup dada, dedah leher dan berpakaian ketat. cuma saya tidak tahu mana saluran utk bersuara. saya berfikir beberapa kali sebelum tulis komen ini. saya doakan semoga vie diberi hidayah taufik suatu hari utk menutup aurat yg sebenarnya.

sekian :)

-iman-

atie said...

Biarlah org yang dengki itu dengan dunianye.. yang pasti kita jalankan kehidupan kita sebaiknye.. Allah Maha Mengetahui apa yang kita lakukan kan..