Sunday, February 22, 2009

Kealpaan..

"Terdapat insan yang sering menyelam sambil minum air tapi insan itu lupa, akibat terlalu kenyang minum air, badan akan menjadi lemah, penat dan akhirnya mati akibat lemas."

Dimana kita meletakkan diri kita selepas sering kali melihat kekuatan seseorang itu menjadi kelemahan mereka sendiri? Menyempurnakan impian mereka daripada kelemahan orang lain dan mengambil juga kesempatan ke atas kesulitan orang lain? Tahukah kamu, setiap fitnah yang kamu sebarkan pada sekalian manusia akan kamu tanggung di dunia dan akhirat, sehinggalah orang yang kamu fitnah itu memaafkan kamu kelak. Sedangkan pada hakikat yang sebenar, mereka yang akan merana dari perbuatan mereka itu sendiri (walaupun jasad dipenuhi dengan kemewahan duniawi) dan 'mangsa' mereka yang akan merasai nikmat hidup dengan penuh kebahagiaan (kerana mendapat keredhaan daripada Illahi). Tepuk dada jangan tanya selera, tapi tanyalah minda dan sesungguhnya ikut hati mati, ikut rasa binasa..


Islam memandang tabiat manusia dari perspektif yang cenderung mengambil berat aspek-aspek realistik dan manusiawi. Islam mengingatkan manusia terhadap titik-titik kelemahannya, meskipun dia memiliki pelbagai kemampuan, kepandaian dan pancaindera yang telah dianugerahkan Allah SWT ke atas dirinya. Oleh itu, pemikiran Islam meletakkan manusia pada kedudukan yang realistik. Semoga Allah SWT akan memberi petunjukNya kepada setiap umat di dalam menunaikan amanah yang telah diberikanNya dengan sempurna dan menjadikan kita semua sebagai umat yang selamat di dunia dan akhirat... Amin


"Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?" (Surah Fushshilat: Ayat 35)

7 comments:

Anonymous said...

salam kak Vie, nora tak pena menyangka kak Vie nie seorang yang suke perpuitis.. well done kak Vie..

Anonymous said...

hi Vie, its me aina ur friend from facebook.. just wanna say that i really like ur blog !! its really meaningfull, keep it up kak Vie....

Zariana Mohd Taha

Vie Shantie said...

thank u adik-adik ku ;p
Insya'Allah if kak Vie free surely akan update my blog.. thanx for ur supports ya.. huGs !

Anonymous said...

tahniah Vie buat blog macam ni, secara tak langsung Vie boleh berdakwah pada masyarakat !!

*Hafzan Zakaria*

Anonymous said...

waaaaaaaaaaaa i impress sangat !
well done Shantie.. -Rj Ra'adiah-

Anonymous said...

bila seseorg sering mengingatkan dirinya tentang keajaiban Allah dan kedaifan kita sebagai hamba-Nya maka itu adalah petunjuk bahawa Allah SWT menyanyangi mu dan menginginkan kau dari sebahagian org2 yg mendapat redha-Nya.

Vie Shantie said...

Terima kasih ya.. memang itu tujuan vie, berkongsi ilmu sambil berdakwah.. mudah-mudahkan dari blog vie ini, akan sedikit sebanyak meningsafkan kita agar takut padaNya..