Monday, February 23, 2009

Pelajaran Menjamin Ke Syurga?

Teori tanpa praktikal atau praktikal tanpa teori. Pertaruhkan pendidikan sebagai satu kebanggaan tapi tidak meletakkan di tempat yang betul. Seperti teori kosong yang disangkal di dalam kajian dan hanya mendapat kerugian. Namun, sesuatu yang berbeza jika praktikal yang diangkat menjadi teori dan menjadi ikutan orang. Seperti pertaruhkan kemahuan sebagai pembuka jalan untuk mencari pengalaman sehingga berada di mercu kejayaan. Adakah taraf pendidikan yang di ukur sebagai kebijaksanaan seseorang, jika sering mereka hanya melihat kepada kelemahan orang lain? Kemana hilangnya taraf pendidikan yang menjadi ukuran jika ianya langsung tidak menunjukkan kematangan seseorang itu yang kononnya berpendidikan tinggi?.

Kekadang bila ianya di renungkan kembali, seolah-olah mereka yang berpendidikan punya kuasa untuk menghina dan merendahkan martabat orang lain. Adakah ini yang mereka belajar di menara gading sehingga tercapainya impian menggengam segulung ijazah?.Sebagai manusia kita masing2 diberikan kelebihan dari pelbagai aspek yang berlainan dan berbeza di antara satu sama lain. Lagipun tidak kita di bezakan di sisiNya, melainkan amalan kita yang akan di hisab kelak. Pelajaran (yang tidak digunakan ke jalan yang benar) juga tidak menjanjikan kita syurga apatah lagi nanti jika kita kembali kepadaNya, hanya kain putih yang akan membaluti tubuh kita kelak. Ijazah, rupa paras, harta, pangkat, kemewahan dunia akan kita tinggalkan buat selama-lamanya kecuali anak yang soleh, amal jariah kita dan ilmu yang memberi manfaat jugalah yang akan berkekalan sehingga ke akhir zaman. Kesimpulannya di sini, janganlah sesekali kita riak dan mendabik dada dengan apa yang telah di anugerahkan oleh Allah SWT pada kita, kerana semua itu hanyalah pinjaman semata-mata. Ikutlah resmi padi, makin berisi makin menunduk menyembah bumi.

13 comments:

Josephine Delgado said...

Vie, I like this! It is true what you have written. Orang yang berpelajaran tinggi ni kadang-kadang lupa daratan. I hope this will make them realise that they are just human.

Naz said...

Topik yang buat saya terfikir sejenak. Ada juga orang pandai yang berhati busuk menggunakan taraf pendidikannya untuk merendahkan golongan yang kurang berpelajaran. Macam filem 'Penarik Beca', darjat menjadi ukuran.

Mungkin ada yang berbangga dengan kelebihan yang dia ada. Tidak pernah terfikir yang semua ini hanyalah pinjaman, sekadar mahu menguji keimanan seseorang. Yang nyatanya situasi zaman sekarang hanyalah ulangan sejarah lampau. Cuma watak dan pelakon sahaja yang berbeza. Di mana ada manusia, di situ ada keangkuhan, kealpaan serta tamak dalam hal duniawi. Hmm... bilalah ianya akan berakhir? Mungkin bila matahari terbenam di ufuk timur agaknya. Wallahualam...

Vie Shantie said...

thank u so much for the lovely and brilliant comments of u guys.. appreciate it so much..

Anonymous said...

saya sgt2 setuju topic ni.topic ni buat saya sedar bila saya jumpa mcm2 org.yg pasti,yg bijak pandai hingga ke atas pendidikannya bukanla jaminan ketulusan hatinya.

Anonymous said...

BRAVO, Vshantie !!!
sukenyer saya topic ni. rasa cam terus nak buka blog.hehe

^NABILA^

Anonymous said...

TRUE!! sy setuju juga dgn kata2 mu itu vie shanti:) ada juga org yg nda belajar tinggi, tp boleh berjaya. org selalu salah anggap, belajar tinggi2 tu adalah indicator kejayaan seseorang. but its not true. nda semestinya graduate, dia mmg pandai. lg2 skrg ni exam oriented. tp apa pun, ilmu penting utk kehidupan. sbb dgn ilmu, kita menjadi org yg lebih berguna. dan ilmu harus dipelajari smpai ke akhir hayat. ilmu pula bukan hanya dgn belajar tinggi2 :) dan yg paling penting.. hati yg baik dan bersih. sbb Allah menilai hati dan iman kita, bukan setinggi mana kita belajar.. :)

rajin ko membaca2 n menulis ni aa.. bagus la boleh sharing :)

Anonymous said...

i'm speechless reading this article.
this thing really do happens in my uni life now.

some of my frens yg lebih bijak dr others kadang2 agak suka menindas sesetgh rakan yg gak kurg bijak. kadang2 ade juga yg bijak,tp dlm pergaulan seharian mereka agak kurang matang.

ilmu sememangnya tak menjamin seseorg itu indah akhlaknya.sebagai manusia kita harus tahu mengimbangkan ilmu didada supaya ia tidak membuat kita jadi riak kerana memiliki ilmu yg tinggi.

thx vie shanti for a good article.

"handrez"

Anonymous said...

salam vie... saya setuju dgn anda... benar pendidikan itu penting utk seseorang bahkan Allah Taala juga menyuruh hamba hamba Nya menuntut ilmu... namun apa yg menjadi persoalan ialah adakah orang yg berpelajaran itu sudah sempurna? jika berpelajaran tapi akhlaknya lebih hina daripada binatang bukankah itu tidak menggambarkan apa apa... saya banyak sekali berjumpa dgn orang yg berpelajaran namun akhlaknya tidak baik... menggunakan kebijaksanaan pada jalan yg salah... ukuran manusia itu bukan sekali pada tahap pelajaran nya tetapi pada ketaqwaannya kepada Allah kerana setelah mati nya anak Adam perkara pertama yg dihisab ialah amalannya...

p/s sekadar pandangan yg dapat kuberikan... senang bangat vie dapat membaca ruang blog mu. Keep on writing sis ;)

Anonymous said...

erm...
suatu perkembangan yg baik.
mungkin org tidak nampak benda ni tapi saya nampak sebagai kakak VIE SHANTIE...

ada org cakap Shantie tidak bepelajaran dan sampai sanggup menghina dan tulis sana-sini tentang kekurangan shantie itu.. tapi mereka lupa...

APA YG TELAH SHANTIE TULIS MENUNJUKAN SHANTIE SEORG YG BERILMU DAN MATANG WALAUPUN TIDAK MEMPUNYAI SEGULUNG IJAZAH...

secara personal dan profesionalnya,
i m so proud of u..
not bcoz of u r my sister but
to know that u r knowledgeble person everthough u r just staying at home a being a gud wife n mom...

ada pelbagai cara untuk kita berdakwah dan shantie menggunakan kemajuan iT sebagai batu loncatan untuk itu...

isk ! realy proud of u lah..
gud luck sis !!

Vie Shantie said...

again thank u guys,for ur supports & comments.. i appreciate it so much.. Insya'Allah i'll update my blog frm time to time..

*To my sis ZIAH, i love u so much*

Anonymous said...

Wau like your topic..anyway keep writing girl... lovely family you have there...

Vie Shantie said...

Thank u, syukur alhamdulillah..

Anonymous said...

i luv this...its true..i sokong u vie..
luv u!!