Wednesday, April 22, 2009

Tanda Tanya ?

Langkah mana boleh ditarik jika telah meninggalkan kesan? Kesan mana boleh dihapus jika seringkali coraknya dibentuk? Corak mana boleh diubah jika pengkritik sering mencari kelemanhanya?

Seringkali diri ini melontarkan pertanyaan kerana niat hati untuk insan-insan lain bisa memahami jika mereka bertanya hal ini pada diri mereka sendiri. Siapa yang lebih memahami jika hati diselubungi dengan nafsu dan prejudis ? pernahkah kita merasakan diri kita lebih baik dari orang lain sedangkan 'dosa' tidak pernah lekang dari buku kehidupan kita ? Cukup sempurnakah diri kita jika asyik memandang 'kerendahan' pada diri orang lain sedangkan 'kerendahan' itu ada pada ahlak yang kita tunjukkan. Adakah dengan mencaci dan menghina hidup orang memaparkan dan membuktikan bahawa diri kita lebih sempurna berbanding mereka ? Siapa yang sebenarnya 'tercaci dan terhina' jika sering kali itu yang menjadi 'bunga' dibibir mereka. Bukankah sikap ini menjadi 'lencana' buat mereka ?

Fikiran ini habis diselubungi dengan visuoconstructional soalan-soalan tanpa jawapan kerana kepelbagaian jawapan itu merupakan derealization daripada perseption masyarakat sekeliling. Masing-masing menunjukkan diri sendiri lebih baik dari orang lain. Sedar atau tidak, itulah hakikat warna-warna masyarakat kita. Semua orang mahu diri mereka difahami oleh orang lain tapi adakah mereka faham tentang diri individu lain ?

Bagaimanakah kita ingin melentur 'rebung' sedangkan diri kita sendiri telah menjadi 'buluh' peculiar ? siapa yang mesti kita persalahkan ? Ibu bapa ? Saudara-mara ? Atau masyarakat sekeliling ? Pernahkah kita menyalahkan diri kita sendiri ? bukankah kita layak dipersalahkan kerana kita bertanggungjawab terhadap perbuatan kita sendiri ? Sebelum keadaan menjadi sejarah bukankah akal diberikan untuk mengimbanginya, mana yang baik dan mana pula yang buruk ?

Kata orang melayu "terlajak perahu boleh ditarik semula, terlajak kata sendiri yang merana". mungkin hari ini 'kebahagiaan' milik kita tapi esok masihkah 'kebahagiaan' akan menyebelahi kita. Tahukah kamu bahawa bumi ini bulat yang menunjukkan 'pasang-surut' kehidupan ? sedangkan badan sendiri adakalanya sakit apatah lagi lakaran kehidupan yang penuh dengan rahsia.

Diriku sudah imune dengan caci dan maki daripada orang sehingga menjadi suatu ilmu kebal di minda, hati dan perwatakan. Adakah kita faham apa itu iman ? sedangkan diri tidak pernah mengerti tentang 'rintangan'.

Antara mata pedang dengan mata lidah, tajam dan berbisa lagi mata lidah yang bisa menghancurkan iman dan ehsan. beringatlah dan bertanyalah pada diri sendiri "SIAPA AKU DIMATA TUHAN JIKA SERING MENCACI HAMBANYA ?" DIA yang memberikan keampunan dan bukannya mereka-mereka yang prejudis menghukum diri kita dan seolah-olah meyatakan bahawa mereka lebih baik daripada kita. Marilah kita bersama-sama menyenaraikan perbandingan antara 'kebaikkan' serta 'keburukkan' diri kita untuk mengenal 'siapa aku sebenarnya'.

Renungkanlah bersama ,TIDAK 'KISAH' KITA BERMULA SEBAGAI APA TAPI 'KISAH'LAH KITA AKAN BERAKHIR DIMANA ?

17 comments:

Anonymous said...

Mungkin hari ini hari mereka tapi hari esok siapa tahu..."What comes around goes around". Tapi jangan lemah pada manusia seperti mereka kerana Allah sentiasa melindungi orang-2 yang teraniaya. Life must go on, Vie!

Riena C.

mags said...

Allah S.W.T sentiasa adil!Apa pun juga corak yang di lukiskan d dunia ini..Allah sentiasa bersama kita!

Betul kata "Riena C" (d atas)
'WhAT coMEs around gOeS ArOUND'

Sabar dan ikhlas itu islam,sentiasa tabah menghadapi segala liku kehidupan.Im sure mesti ada hikmah di sebalik semua ini yang berlaku...

Sebelum Allah beri kesenangan pada hambanya,dia duga kita dgn malapateka/kesusahan!Semua yang d beri Nya..ada maksud dan hikmahnya!

Biarla orang mau MAKI,CACI,HINA,LUDAH KA...janganla peduli sis!
Dalam hati jgn simpan dendam,suatu hari Allah akan tunjukan mereka!Insyaallah.. ^_*

Kami yang lain,mendoakan kak vie dan keluarga sentiasa d rahmati Allah!Aminwarabilalamin
Jaga ur family sja..jgn peduli org2 gila..hehe..!!Jga ur baby zara yg cumil tu...geraammm :)

Tke cre :)

anywy,syiok ayat2 kak vie.bila mau tulis buku?hehe :)

Vie Shantie said...

To my dear RIENA & my Dear Sis MAGS tq very much for ur wishes.. Amin.. Vie percaya pada kuasa Allah SWT kerana DIAlah yang MAHA PENGETAHUI SEGALANYA..

Tulis buku ? InsyaAllah akan datang :)

Anonymous said...

salam Vie, tak sangka jumpa Vie kat sini...masih ingat lagi pada kak Nana tak?

Kita pernah jumpa dulu masa Vie masih lagi study..kita jumpa kat Starbuck di the curve.....ingat lagi tak?

Josephine Delgado said...

I totally agreed with what Riena has said. Life must go on and we should look ahead instead of the past. I am sure God will always guide and take care you and your family as I believe that one day those people who is bad mouthing about you will get the taste of that to themselve. You take care and have a great time while you are at your Kampung. ;p

Vie Shantie said...

JOSEPHINE thank u very much for ur wishes my Dear.. u take care, huGs!

Vie Shantie said...

NANACD: NOW I REMEMBER U.. YUP, FINALY WE MET HERE ON MY BLOG... WELL, THIS WORLD IS VERY SMALL TO SEE EACH OTHER.. EVERYTHING IS ON OUR FINGERS RIGHT ?

Anonymous said...

Sooner or later..the truth will be revealed Shantie..Don't worry k..Glad to hear you are in KK right now..Kakak also will be back home this saturday..having a long period of holiday..May ALLAH bless you..Send my regards to Jiah and your cute baby Zaara..

Anonymous said...

BIAQ PIE LA VIE..NI AKU SEBAGAI ORG YG MAKAN GARAM LBIH DARI KO..DAH MACAM2 KENA.AKU TETAP MAINTAIN COMEL..MINAH 2 DAH TAK BETOI TAU ADA SAKIT JIWA KOT..LAGI MAKAN PAKAI KO,NKN DIA YG TANGGUNG,SUSAH SENANG KO BKN DIA YG TLG...BIAQ PIE LA!

AKU PEGANG 1 JE DALAM IDUP,PEDULI APE KATA ORG,JANJI FAMILI KITA KENAL KITA.MINAH 2 JIWA KACAU..JGN KO LAYAN,MAKIN KO LAYAN MAKIN JD BIOL YER!

Razziah Haroon said...

betul tu sis...
peduli ni semua.. sikap manusia ni memang mempunyai ciri2 'kebinatangan' kata sidmund frued. sebab tu kita kena kawal sikap kita ni jgn jadi begitu.
dalam islam kita digelar 'insan' yang bermakna 'pelupa dan lalai' sebab itulah Al-quran diturunkan agar kita sentiasa beringat dengan semua tindak-tanduk yg ingin kita lakukan. kita juga dicipta dengan 'nafsu' yang mana sebelum nafsu disimpan dalam diri seorang insan, nafsu itu telah dibakar dalam api neraka berkali2 untuk 'dijinakkan' Allah swt agar dia bisa mengikut telunjuk penciptanya iaitu Allah SWT. setelah nafsu mengakui bahwa dia adalah ciptaan Allah SWT barulah dia dimasukkan dalam jiwa setiap insan. untuk mengimbangi nafsu, Allah SWT telah ciptakan akal buat kita supaya dapat mengawal nafsu.

berbalik kepada kebinatangan, insan, nafsu dan akal.. jika kita seorang insan yang kita anggap sebagai BERAKAL, MATANG, BAIK DAN SEMPURNA mengapa kita perlu melihat manusia dri sudut yang PREJUDIS (melihat diri lebih baik dari org lain). untuk menjawab persoalan ini, kita harus lihat tindakan yang sudah kita buat.. TAKKAN ADA DAUN POKOK BERGOYANG KALAU TIDAK KERANA ANGIN..

Pesanan aku buat adik tersayang,
walau apa pun yg org lain lakukan ia tidak akan sesekali menggugat taraf seorang adik pada mata kakak dan taraf seorang anak pada ibu bapanya. cuma sentiasalah beringat bahawa isi dunia adalah tidak adil tapi Allah SWT maha adil. siapalah juga mereka yang asyik melihat keburukan org sedangkan diri mereka sendiri pun bukannya baik. dan kita islam percaya bahawa Allah SWT yang maha pengampun akan menempatkan kita di syurga jika taat kepada-Nya dan bukannya insan2 yang suka menghukum ikut sedap mulut mereka saja. apalah ada pada TARAF jika hati tidak pernah IKHLAS pada diri mereka sendiri.BIAR ORG LIHAT KITA BUTA TAPI HATI JANGAN BUTA, sesekali hati sudah buta... di mana lagi hendak menilai tentang KEIMANAN. BIAR ORG CAKAP KITA BODOH, tapi jangan MEMBODOHKAN diri untuk tidak pernah senang MELIHAT KESENANGAN ORANG. UMUR BUKAN PENGUKUR BAHAWA KITA NI MATANG tapi umur membuktikan DIMANA KITA BIJAK MEMBUAT KEPUTUSAN.


DIAM TIDAK BERMAKNA KALAH DAN BISING HANYA MEMBURUKKAN NAMA SENDIRI DI BELAKANG HARI. JANGAN JADI SEPERTI AYAM YANG BERTELUR SEBIJI HABIS RIUH SEKAMPUNG. ASYIK2 MELIHAT KEBURUKAN ORG TAPI DIRI SENDIRI MASIH SESAT DIPERTENGAHAN JALAN..

adikku Shantie,
biar kita jadi seperti ubi, duduk diam dalam tanah tapi penuh dengan isi dan bila tidak diambil lama-lama mengeras manjadi batu. tidak bagi impak (kacau) pada kehidupan orang pun.. mcm diri kau sekaranglah.. walau apa pun yg org cakap kau tetap teruskan hidup dgn sinar daripada Allah SWT. bukankah islam mengajar kita untuk bertawakal pada Allah SWT ??? kerana 'hukum-karma' ada pada Nya dan doa org2 yg teraniyah sentiasa didengari oleh-Nya...

semoga kau sentiasa dalam lindungan Allah SWT... amin

Anonymous said...

K.Nadia suka kata shantie dgn raziah kata2 penuh makna blh dijadikan paduan hidup kita seharian.
Shantie,apa2 pun terjadi harap tabah n cekal dgn dugaanNYA mesti ada hikmahnya kan...

Vie Shantie said...

Terima kasih yang tidak terhingga buat kakak ku.. setiap pesanan dan tunjuk ajar dari mu sentiada menjadi bayang-bayang menemani setiap langkah ku.. Aku ada dan tetap berdiri hingga ke hari ini adalah disebabkan oleh semangat yang tidak pernah luntur dari keluarga aku.. betuah sanggat dapat family yang supportive ni.. ;)

Tq Anonymous and kak nadia for ur comments... kak Nadia, Vie balik hujung bulan lima mungkin, InsyaAllah...

Anonymous said...

Salam Shantie..

ni email kakak.. hastalachikas@gmail.com..apa email mu shantie?

k.zura

~senja merah~ said...

Hidup hanya satu pementasan teater....plot ceritanya telah digubah...pelakonnya juga telah ditentukan....apa yg membezakan, hanya lah bila setiap kali pementasan itu terjadi....berapa banyak kah kesalahan yang tidak disengajakan telah terjadi tanpa disedari oleh pelakon2 nya? dan peluang untuk membaiki nya hanya akan ada pada pementasan seterusnya......

Setiap kata yang lahir hanya la sebuah mainan perasaan...kerana kata2 mampu memperlihatkan perasaan....kata2 juga mampu mencorakkan perasaan...malah mampu memporak perandakan perasaan....

------------------------------------------------------
Fikir kan kata2 ini.....
Kuatkan hatimu....
Kerana kasut kristal mu telah ada dalam genggaman mu...
Kasut itu tetap akan menjadi milikmu...biarpun ianya telah menjadi igauan ribuan makhluk yg lain...
Ketahuilah....rezeki itu telah ditentukanNya...
dan...bersyukurlah...atas apa yang Dia telah kurniakan kepada kita...
salam sayang....
~senja merah~

ziah said...

senja merah!

benar katamu...
jika mentari terbenam di ufuk timur, takkan senja akan merah lagi..
jika mentari terbit dari barat,
maka lakonan tidak berepisod lagi...

itulah umpamanya jika hidup ini masih berlabuh maka tidak pernah sudah erti 'sengsara'...maka bersyukurlah kerana setiap kesakitan itu pasti menghapus dosa dan kerana kesakitan itulah kita mengenal erti 'biasa'.

Anonymous said...

Vie, connie teringin sgt nak sharing ngan vie. kalo blh, face to face lagi. but, connie tau vie slalu busy apatah lagi mlayan karenah c little zaara. kehidupan connie juga hampir sama dgn kisah hidup vie tp connie rasakan penderitaan vie lebih banyak krn vie kan da kahwin dng EY.

Connie asalnya org Kristian SIB dr Papar. Parent connie besarkn connie & adik2 penuh kasih sayang. Blh dikatakan, connie dr kecil sampai besar sgt aktif dlm apa jua aktviti church. Bila connie kerja di salah sebuah jabatan kerajaan d kk, d sanalah bermulanya titik kehidupan connie yg connie bolh katakan mula terasa pahit. Masa tu connie mmg sdg bercinta dgn seorang lelaki yg mmg connie syg sgt krn klu dikira masa tu dah 6 thn kami bercinta. Parent pun sukakn dia.

Sejak connie start kerja, bf connie mula berubah sikap dr seorang yg penyayang, pelembut, romantik jadi pemarah, panas baran & jealousy. Dia mula keluarkn kata2 kesat & pernah beberapa kali memukul connie. Dlm hubungan kmi yg nampak sdh retak, connie berkenalan dgn seorang lelaki satu office ngan connie. Namanya P. Connie knal dia pn mlalui kwn connie krn kwn connie tu knal dia masa praktikal kat sana. Mulanya, connie benci sgt si P. Lama kelamaan, dia slalu join group kami & connie mula anggap dia kwn connie.

Oleh krn connie rasakan hubungan connie dgn bf dah x dpt diselamatkan lagi, connie ambil kputusn putuskn hubungan kami. Bkn krn pengaruh org lain tp connie rasakn itulah penyelesaian tbaik. connie msh sygkn dia masa connie bgtau utk putuskn hubungan kmi tp connie dah x tahan dgn perangai dia apatah lg dia sering memukul connie. Connie mula bayangkn kalo connie akan kahwin dgn dia, lagi sengsara hidup connie. Dia mrayu & memujuk mau kembali & akan insaf tp connie x dpt tarikbalik apa yg connie da ckp.

Slama beberapa bln sy bekerja, sy mula rasakan satu perasaan thdp P. Sy mula sukakan dia, begitu jg P. Slbm dia mluahkn prsaannya pd connie, P berterus terang ttg statusnya. P seorang duda & x punya anak. Dia & bekas isterinya bercerai krn isteri & keluarga isterinya menuduh P ada skt & mandul. Mrk hidup bsama 8 thn & akhirnya mrk bercerai. P byk bercerita pd connie ttg kisah hidupnya. Akhirnya, connie menerima lamaran P. Connie memeluk agama Islam dng nama Nu Natasya George Abdullah. Parent connie punya la marah. Mummy connie hampir2 membunuh connie & daddy pula x menganggap connie anaknya lagi. Tentu vie dpt bayangkn bagaimana connie mhadapi saat2 dibuang family sdiri kn? Hampir setahun lamanya connie bersedih, siang malam menangis. suami connie lah yg byk memberi perangsang & ketenangan, memberi nasihat pd connie agar tawakal & sentiasa berserah pd Allah SWT. Syukur alhamdulilah pd 05 Nov 2006, M Nursyadiqin selamat dilahirkn. Saat itu connie merasakan connie lah ibu paling bahagia skali, memandang wajah comel putera kami sambil menitiskan airmata connie memberi kucupan sayang pada putera kami. Suami connie jg menitiskan airmata, sambil mengucup dahi connie, dia berterima kasih pd connie krn memberikan 'hadiah yg tidak ternilai' pd dia sekaligus membuktikn yg dia bukan 'sakit' spt yg diperkatakan org sblm ni.

Slps itu, connie mcuba utk berbaik semula dgn family. Alhamdulilah akhirnya parent connie dpt menerima connie, suami & cucu mereka dgn baik skali. Connie x dpt gambarkn bgaimana rasanya bila semua org dpt menyayangi connie semula. Tp mulut org kampung biasalah kn. vie sdiri pn tau kn kalo org x senang nampak kita bahagia, ada saja yg mereka nak ckp. buruk itu, buruk ini. hina sana, caci sini. tp connie & keluarga hanya biarkn saja.

Connie ingatkn sampai sana saja org hina caci connie. rupanya, satu hari connie dpt calling dr seorang wanita & dia adalah bekas isteri suami connie. dia kata nak jumpa connie krn x puas hati kononnya suami connie tu bkn bapa kpd baby kami. Tuhan sj yg tau btp terhirisnya hati connie mdengar semua tu. Dia nak jumpa connie tp bila connie sampaikn hal tu pd suami, dia mlarang. Sejak itu, wanita tu x pernah lagi mencari connie.

Alhamdulilah. Skrg connie sememangnya hidup bahagia bersama suami (M Pudin) & son ( M Nurshadiqin). Vie, kita sbg seorang wanita yg bergelar ibu & isteri mmg x dpt lari drp sebarang dugaan & cabaran. Kita hanya cuba utk sedaya & semampu mungkin utk menghadapi semua tu. Yg penting kebahagiaan & kegembiraan yg kita miliki sudah ada di depan mata kita sendiri iaitu SUAMI & ANAK yg Allah sdh berikan pd kita sbg satu 'ANUGERAH' yg sungguh berharga & bermakna dlm hidup kita sbg seorang wanita.

Vie, apa yg sy mampu kongsikan disini, anggap lah semua tu hanya kisah2 lalu yg x mungkin akan kembali lagi. Connie dah baca kisah hidup lalu vie. Tak patut org salahkan vie. Sepatutnya mereka memandang org yg selama ini mengabaikan & menyia-yiakan hidup vie. Lagipun buat apa mereka bisin2 sgt. Sblm vie kahwin dng EY, mereka x bising2 tp sdh kahwin br mulut tu bisi...ng....sgt. Biarkan lah mereka vie. tak usah layan...kalau mrk dah penat ckp, pandai la mrk diam tu. x payah layan org cam tu, mcm ja dorg tu baik sgt...Life must go on, Vie! Cium pipi little zaara ya dr aku, Natasya Abdullah @ Connie. Ada apa2 komen, email ja kat connie_sharon@yahoo.com

Vie Shantie said...

Dear Connie,
terima kasih kerana sudi berkongsi cerita tauladan yang boleh kita mengambil iktibar bersama.. sesungguhnya Connie, semua yang baik datangnya dari Allah SWT... "KUNPAYAKUN" (TIADA YG MUSTAHIL JIKA ALLAH SWT MENGINGINKAN NYA).. biarlah apapun pandangan masyarakat terhadap kita, yang penting kita harus menjaga maruah dan martabat diri kita, jangan sampai org nampak kelemahan diri.. biar mereka dengan cerita2 dongeng mereka.. sesungguhnya akan tiba hari mereka kelak.. Tidak di dunia d akhirat pasti ORANG2 YANG MEMFITNAH BERDEPAN DENGAN KITA UNTUK MEMOHON KEAMPUNAN !!! diam buka bererti kalah.. tapi ada baiknya untuk menjaga hati kedua pihak.. harap Connie bersabar dan tabah menempuhi cobaan hidup.. InsyaAllah kemenangan pasti menunggu kita di penghujung jalan.. Amin