Monday, June 1, 2009

Mengapa 'Insan' Tetap 'Insan'..

'Insan' diertikan sebagai mahluk tuhan yang pelupa. Mengapa Pelupa, kerana lalai ? kerana dalam diri setiap insan itu mengandungi nafsu. Nafsu dicipta Allah SWT adalah untuk menguji hamba-hambaNya dan yang mengawal nafsu adalah kekuatan iman dalam diri seseorang insan itu. Tahukah anda bahawa setelah 9 kali tuhan membakar nafsu ke dalam neraka barulah nafsu itu mengaku bahawa Allah SWT adalah tuhannya dan satu-satunya tempat untuk ditaati. Setiap yang dicipta Allah mempunyai pasangannya, bagi menemani nafsu dalam diri seseorang insan, Allah menciptakan akal untuk memberi petunjuk kepada nafsu. Namun jika akal tidak diasah dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat melalui pendekatan dalam Al-Quran, ilmu-ilmu sivik, akidah dan teladan maka akal akan menjadi tumpul dan terbantut. Tonny Buzan menyatakan bahawa "kita yang membatasi otak kita". Maknanya disini, akal kita terbantut jika kita percaya setakat itulah kemampuan kita. Jika perkara itu berlaku, tidak mustahil kita akan dikenali sebagai insan yang 'bodoh' atau dalam bahasa manisnya seperti 'katak bawah tempurung'.

Mari kita lihat 'insan' sebagai lelaki dan wanita. Allah SWT mencipta 9 akal dan 1 nafsu untuk lelaki manakala bagi wanita, Allah SWT mencipta 9 nafsu 1 akal. Jika kita berfikir dengan waras, mengapa perlu wanita dengan lelaki itu dipasangkan ? Ia semata-mata adalah untuk melengkapi antara satu dengan lain. Jika lelaki dan wanita yang waras disatukan maka sempurnalah 10 akal dan 10 nafsu itu. Tetapi jika terus dipisahkan, semua ini akan terjadi percanggahan dan tidak bermakna.

Menyentuh soal akal dan nafsu, kita sering berhadapan dengan situasi yang mana 'insan-insan' sering menyalahkan 'sebelah pihak' dan bagi kita yang terbaik itu adalah diri kita. Ungkapan 'insan' amat wajar untuk kita yang bergelar manusia ini kerana kita sering lupa bahawa 'sebelah pihak' itu juga mewakili kita. Tahu mengapa ? kerana kita juga diadili dan dihakimi 'insan' lain. Masalahnya disini, pernahkah kita bertanya pada diri sendiri "Baik sangatkah aku ini sehingga sanggup melihat orang lain lebih jahat dari aku?" sedangkan dalam persoalan ini pun kita telah menghakimi orang ?

'Insan' sebagai 'pembunuh'. kita sering mentakrifkan 'pembunuh' adalah insan A membunuh insan B tapi sebenarnya jika kita membuat buruk dibelakang orang lain turut dikenali sebagai 'pembunuh'. Kelakuan buruk yang dimaksudkan seperti mengumpat, mencaci, mengadu domba, apalagi memfitnah. Jika kita pernah berbuat begitu maknanya kita telah 'membunuh maruah insan lain', 'membunuh kehidupan insan lain', 'membunuh masa depan insan lain, ' membunuh semangat insan lain', dan yang paling durjana adalah sekaligus 'membunuh kebahagiaan insan lain'. Jika anda tergolong dalam insan 'pembunuh' adakah kita masih boleh menikmati hidup sendiri sedangkan orang yang kita bunuh itu dalam kedukaan dan kesakitan ?

Mungkin persoalan-persoalan seperti ini harus kita tanya sekiranya 'pembunuh' itu adalah 'aku' : 'Sedang aku dalam hilai ketawa mangsaku pula dalam tangisan, 'sedang aku tidur lena mangsaku pula dalam terjaga, 'sedang aku mengambil kesempatan mangsaku pula dalam kesempitan', 'sedang aku dalam keseronokan mangsaku pula dalam keperitan' dan 'sedangkan aku menikmati dunia mangsaku pula berfikir untuk meninggalkan dunia'.

Mungkin masa ini kita tidak merasa kerana tidak menggunakan akal untuk berfikir secara waras dan inilah bukti kemenangan nafsu kita. Nafsu yang menghanyutkan kita ke satu jurang yang paling layak iaitu NERAKA jika simangsa tidak memberi ruang untuk KEMAAFAN.

Wahai 'insan-insan' yang bergelar lelaki, pimpinlah wanita dengan kurniaan 9 akalmu kerana wanita mudah terpesong dengan 9 nafsunya dan jika kamu (wahai lelaki) ingin menikmati kebahagiaan dunia maka lengkapilah 1 nafsumu dengan 9 nafsu dari wanita. Sesungguhnya sebaik-baik perhiasan dunia adalah dari wanita solehah dan diriku yakin, seyakin-yakinnya jika segalanya terkawal oleh iman dan ehsan maka tidak akan berlaku kepincangan dan penindasan dari kita yang bergelar 'insan'.

Assobru minal iman !

11 comments:

LucKy ChaRm said...

Btul tu shantie..mari lh kta sama2 muhasabah kn diri,mudah-mudahan hidup kta sentiasa di bwh lembayung kerahmatan-Nya dan penuh dgn keberkatan,setiap insan pasti mo berubah pada kehidupan yg lebih baik, aku harap ko tabah dgn pancaroba idup ni, semoga mereka yg selalu menaburkn fitnah ttg ko di beri petunjuk oleh-Nya..amin..keep it up the good work dear, love to read ur blog sweety..

along said...

shantie along dah add shantie dlm face book...along pun br buka face book...awliya my nick name..pls accept along yach!!!

D'Rimba said...

Jadilah insan bermanfaat..................

ziah said...

it was superb !
Tie sebagai kakak apa yg aku mau lihat dr kau adalah ketekunan , ketigihan + ketabahan...
Rezeki Allah SWT ada di mana2 hanya melihat kepada kekuatan kita utk mengusahakannya..
tidak semestinya kita ada sijil (berpelajaran) kita sudah cukup pandai dan tidak semestinya kita tidak ada sijil kita ni bodoh...

'kebijaksanaan' itu diukur melalui sejauhmana kita meletakkan diri kita. bukan untuk mendapat anugerah dari pihak sosial tapi biarlah yang melihat kita adalah diri kita sendiri dan Allah SWT.

sebab tu org tua2 slalu ckp "yang berumur tidak semestinya bapa dan yang muda tidak semestinya anak". lihat kisah nujum pak belalang kita akan sedar betapa besar pengertiannya.

apa yg telah kau buat menunjukkan kematangan pengalaman kau tentang hidup kau sendiri. banyak yang telah kau belajar, mcm kata2 kau sebelum ini "tidak kisah kita bermula daripada mana tapi kisahlah kita berakhir sebagai apa".

byk yang boleh diambil sebagai pengajaran dalam hidup kita termasuklah cerita kawan2 disekeliling kau.. belajar dari kesilapan dan perbaikilah yang Tidak baik.. dan sesungguhnya kita tidak boleh lari dari kesilapan kan ? cuma kalau pun kita buat kesilapan biarlah kesilapan tu BUKAN DARI KESILAPAN YANG PERNAH KITA BUAT...

yang terakhir,
bykkan berdoa pada Allah SWT...
sejujurnya ! AKU TIDAK BOLEH JADI INSAN SEISTIMEWA DAN SETABAH KAU !!

kejayaan aku hari ini setengah dari usaha kau.aku ingat mcm mana kau bertungkus-lumus byr yuran stpm aku, universiti aku, buku teks aku, beli laptop, ubah penampilan aku.. dan semualah...

KAU UMPAMA SEPARUH DARI BADAN AKU, TIADA SHANTIE, TIADALAH ZIAH !!

mother of two said...

salam,
pandai juga you mengarang. boleh jadi penulis skrip:) .semoga tabah menghadapi pancaroba hidup...

reen said...

ur a great role model 4 ppl out der
beauty wit brain
wish ur hapiness

pu3 said...

superb!

Hazlan said...

Puan Vie - ni first time saya dengar nama puan. Itu pun pasal nampak article pasal your husband and daughter.

Anyway, I wish you all the best and berdoa for your family well being. And, sentiasa lah bersabar menghadapi dugaan.

ummiQisti said...

Salam perkenalan Vie,
sll jd silent reader je.tp lama2 x tahan leee.. heee.
suka baca blog Vie..inilah kehidupan...teruskan Vie...Hidup Vie!!..(ceewah dah mcm ahli polictik lak) heeee.

Vie Shantie said...

Thank u very much guys for spending time reading my blog :)
InsyaAllah Vie akan sentiasa berkongsi ilmu & pendapat...

noraihan abdullah said...

tumpang iklan...kami menjual pelbagai jenis tudung...sila layari website kami

http://tudung-menawan.blogspot.com/