Wednesday, May 27, 2009

Astagfirullah A'lazim.. !

A'u'dzubillahiminnasyaitannirazim.... !

Vie terpanggil untuk menulis lagi di blog kesukaan ramai ini apabila seorang 'hantu' (kerana tak mengenal identitinya) yang telah menghantar 'komen' yang berisi satu laman blog (yang sedang menikmati atau menumpang glamour orang lain demi untuk mempublisitikan blognya). Vie tahu tujuan dan objektif sebenar 'hantu' tersebut, ia semata-mata ingin memprovoke dan memalukan Vie untuk memuaskan hatinya. Tidak cukup dengan itu, 'hantu' ni telah menghantar alamat blog tersebut kepada EY dan ternyata tujuan utamanya adalah untuk memporak-porandakan hidup dan rumahtangga orang.

Kewujudan 'hantu' ini ternyata mempunyai satu motif yang jelas iaitu dia menginginkan Vie sengsara dan terus menderita. Cerita-cerita yang dilemparkan dalam blog tersebut sangat pedih sehingga boleh meluluhkan hati dan nurani. Namun Vie bersyukur kerana sokongan dan dorongan EY pada Vie telah menguatkan hati dan perasaan Vie untuk berhadapan dengan 'hantu-hantu' ini dengan tabah dan bertawakal kepada Allah SWT. Mujur juga Kakak Vie sendiri mempunyai kebolehan untuk memberi motivasi pada Vie, begitu juga dengan ahli keluarga yang lain serta sokongan daripada kawan-kawan pada Vie.

Vie ingin tegaskan kepada 'hantu-hantu' yang tidak berperikemanusiaan dan tidak mempunyai nilai sivik dalam diri mereka ini bahawa kita hidup dimuka bumi ada ketikanya kita berada diatas dan ada masanya kita akan merasa jauh dibawah cuma yang membezakan adalah masa dan keadaan. Mungkin dengan kebiadapan yang anda lakukan ini anda akan peroleh kepuasan tetapi sebagai insan yang berhadapan dengan keperitan situasi ini Vie hanya mampu meluahkan perasaan sedih Vie.

Penganiayaan yang berlaku mendesak Vie menulis.... 'sebagaimana hancur dan luluhnya hati Vie dengan apa yang telah mereka lemparkan pada Vie, Vie berdoa agar mereka akan merasa penderitaan itu lebih teruk daripada apa yang Vie terima', 'kepada sesiapa yang menyebarkan fitnah, hasutan dan cacian yang tidak berasas itu, Vie tidak pernah akan memaafkan mereka kerana tindakan durjana mereka boleh menimbulkan padangan buruk masyarakat terhadap kehidupan Vie', 'Jika mereka memberikan keburukan kepada Vie sedangkan Vie tidak pernah mengacau hidup mereka, Vie berdoa agar mereka merasa keadaan yang sama suatu masa nanti' dan 'jika niat mereka ingin memporak-porandakan hidup Vie, Vie berdoa semoga tiada syurga buat mereka kelak kerana kita semua tahu bahawa "tidak cium bau syurga bagi sesiapa yang memutuskan silaturrahim, sesiapa yang menfitnah dosanya sebesar seperti membunuh dan yang mencerita keaiban seseorang seperti memakan daging saudaranya sendiri".

Apa yang mencerminkan peribadi 'hantu-hantu' ini adalah sikap mereka sendiri, selain mengata dan memfitnah hidup orang secara liar mereka juga memperlihatkan kebodohan mereka sendiri dengan bergaduh sesama sendiri dalam blog sanjungan mereka tersebut. Ternyata mereka adalah dari golongan yang mempunyai nilai moral dan sivik yang rendah. Vie tahu mereka mengikut perkembangan Vie sebab itulah Vie sentiasa 'dihantui' kiriman yang tidak beridentiti ini dan kerana itu jugalah Vie menggelarkan mereka 'hantu' kerana kehadiran mereka cukup 'mistik' iaitu tidak dikenali dan tidak diketahui.

Buat 'hantu-hantu' sekalian, Vie memang kisah dengan apa yang telah kamu rencanakan tapi Vie ingin anda semua tahu bahawa VIE TERSANGATLAH BAHAGIA DENGAN KEHIDUPAN VIE SEKARANG. Sebenarnya, Vie tahu siapa punya angkara ni semua tetapi biarlah Allah SWT yang membalas segala amalan 'hantu' tersebut kerana Allah SWT yang mengadili hamba-hamba-Nya. Biarlah Vie ingatkan disini, segala amalan dan tingkah laku kita dihisap oleh Allah SWT bukan 'hantu-hantu' sekalian. Lihatlah diri anda dahulu sebelum mengata orang ! Semua orang tahu bahawa hidup Vie telah menjadi lebih baik dari dulu sebab tu ramai yang ingin menjatuhkan dan menghancurkan... tapi hidup anda bagaimana ???!!
Kesian...

Bila berhadapan dengan "HANTU-HANTU" sebegini satu perkataan yang mampu Vie ucapkan iaitu A'u'dzubillahiminnasyaitannirazim.... !

42 comments:

Anonymous said...

Ya Allah...siapa juga tu Vie? Kenapalah hantu-2 tu bersemangat betul mahu jatuhkan Vie? Memang hantu-2 tu dah kebosanan yang teramat sangat tak ada kerja...sebab tu mereka self employed buat blog mengumpat dan mencaci hidup orang lain! Syukur alhamdullilah Eizlan faham sangat situasi Vie. Saya rasa, patut Vie tak payah layan apa yang hantu-2 tu kata...sebab tujuan mereka buat begitu adalah semata-2 untuk menarik perhatian Vie dan mereka tu mesti tak sabar-2 menunggu apa reaksi Vie. Bila Vie bersuara macam ni mesti hantu-2 tu melonjak-2 macam beruk kesukaan sebab misi mereka berjaya! Cuba Vie fikirkan balik...mereka target Vie tapi Vie tak tahu siapa mereka yang sebenarnya (mungkin Vie dpt agak siapa la..). Saya faham dengan perasaan Vie, mesti geram, sedih dan sakit hati sangat-2 dengan hantu-2 ni tapi biarlah Allah saja yang membalas "budi" mereka terhadap Vie. What goes around comes around jugaaaaa.... HuGs!

Riena Christensen

R LEeN said...

kak, sabar je lah k....
biasalah...dah masuk dalam dunia glamour mcm ni....mcm2 dugaan yg dtg...hidup saya walau bukan dalam dunia akak pun mcm2 dugaan yg dtg...apatah lg dalam dunia akak tu kan?
sabar k

Akuro Sakakibara said...

salam.
what did they said?
haih.. sabo jela. there are many people are supporting u.
n plus.. masa i ngah cari pic2 artis time wedding dorg.. i used to read their comments especially kat entry berkaitan datuk ct. lagi teruk kak vie datuk ct kene caci. n its true ape yg u said.. moral dorg rendah. sbb tu dorg mengutuk menghina org lain tanpa sebab. mcm la dorg xpenah wat dosa.

xpe.. time will heal it

Cahaya said...

Astagfirullah A'lazim...
Macam2 kerenah manusia dlm dunia ni kan.. Doa saya moga anda terus tabah dalam menghadapi tiap dugaan yang datang..Kita xbleh puaskn hati semua org..Asalkn apa yg kita buar berada dilandasan yg benar,Insyaallah...Allah akan tunjukkn jalan kebenaran..
K,sabar banyak2..
p/s:salam peluk cium untuk anak yg comel itu:-)

Josephine Delgado said...

OMG! Why can't this/these person/people just leave you and your family alone! Why can't they see you happy? My advice to you just ignore them cos once they find out that you don't care what has been written, they will slowly stop writing about you and your family. Pray to God always so that He will guide you all the time and give you strength to overcome this with you family. Be Brave and Strong, Vie! Hugs!!

shafferra narvana said...

ya ampun!! apa jua yg tu saitan buat? kesian my BFF ni tau :} sabar la tie,allah swt sure balas tu saitan balik.. amin..

Zen said...

Hidup ini tak akan aman sekali ader makhluk yang bernama MANUSIA nehh. Sabar ler kak...yang penting kita tahu dimana kita berpijak n takutkan pada YANG SATU. Orang yang tak takutkan pada YANG SATU tuu memang cam tuu. And sampai bila2 pun akan cam tuu selagi ader 'kotoran' kat hati dia tuu. Yang penting kita ikhlas dan jujur lam tanggungjawab yang kita pikul di alam milik YANG SATU nehh. InsyaAllah...

~ Kim salam pada abg EY n Anak...

Dato' Eizlan Yusof said...

Salam darling, i pun terasa jugak dengan penangan hantu2 ni tapi takpelah B, jauh di sudut hati i, menyayangi darling dan Zaara adalah satu perkara yang terindah yang berlaku pada i sekarang ni...tabahkan hati & kuatkan iman bagi mengharungi kehidupan yang penuh dengan cabaran ini, i akan sentiasa menyokong u, luv u n Zaara so much...balik KL cepat2 k, miss u & Zaara...

Unknown said...

akum vie.. kita anggap je tu satu duagaan dari maha pencipta..manusia hantu sebegitu punya satu sikap iri yang sukar dikikis dlm hati mereka...sabar yek vie ..yg penting you jadikan eizlan dan zara peniup kesabaran you..

Asilah Ikimo said...

Vie,i selalu ikuti perkembangan life u dan i rasa geram sgt dgn hantu yg takde hati perasaan ni. I rs hantu tu mesti selalu tgk blog u kan? Ni ada pesanan sket utk diorg.

"Kenapa korang xpuas hati sgt dgn Vie? Kalau Vie dulu jahat ke, teruk ke, bukankah korang patutnya GEMBIRA bila tgk Vie SEKARANG dah bertudung dan jauh LEBIH BAIK dari dulu? Dan tlg BERPIJAK DI BUMI yg nyata, korang bkn PERFECT sgt utk hukum n aibkan Vie. Vie ada anak. Klu korang marahkan Vie sekalipun, tlg fikir ttg KESAN KEPADA ZAARA bila dia baca blog korang ni dh besar nnt. Korang ingat tempias xkena kt dia ke? TLG TENGOK MATA Zaara,dia sesungguhnya xberdosa kpd korang. Jd tlg jgn aibkan ibunya. Dan tak payahla nak jadi rajin sgt ngadu2 kt EY ttg kisah silam Vie. Baik korang ngadu kt kaunselor ttg masalah MENTAL korang yg suka kacau bilaukan hidup orang. PLEASE laa..klu xsuka Vie,JANGAN BACA ATAU AMIK TAHU HAL VIE. PERGI JAUH2. Vie dan org2 yg menyokong dia xperlukan korang SAMA SEKALI. Dan kami xperlukan PUBLISITI MURAHAN yg dtg dari akal CETEK korang tu."

Vie Shantie said...

terimah kasih Vie ucapkan di atas semua kata2 semangat dari rakan2 bloger Vie.. Vie percaya sememangnya mereka2 ini tidak pernah akan puas selagi mereka tidak dapat apa yg mereka inginkan.. sebab tu sampai sekarang mereka asyik menjadi BAYANG-BAYANG mengekori hidup Vie & EY..

To DADY ZAARA,
thank u B, for always be there for me no matter what :) i am really happy having u & Zaara in my life..
luv u so much.. Ya, nak balik da nie sayang.. kami pun miss darling juga..

Su3y said...

A'skum kak vie...

Tis is my 1st time comment @ ur blog...
Terperanjat sangat pabila suzy terbaca post kak vie kali ini...
Ya allah ya tuhanku...
Sapelah yang tidak berperikemanusiaan tu kak...
Cian akak...
Kenapalah sehingga ke saat ini,masih ada yang berhati perut sebegitu rupa...
Suzy cuma boleh mendoakan semoga akak terus tabah dalam menghadapi situasi-situasi sebegini ye kak...
Insyallah,amin!
Sesiapa saja yang buat macam tu,biarkanlah dier kak...
Allah s.w.t itu maha kaya,ada balasan bagi orang-orang sebegitu...
Kite sebagai hamba-hambanya berserah & sentiasa berdoa saja...
Sebaik-baiknya janganlah kite menghukum mereka kak,biar saja allah s.w.t yang menjalankan tugas itu...
Suzy faham akan perasaan akak,kerna suzy sendiri pernah laluinya beberapa kali...
Mereka takkan senang melihat insan-insan lain senang...
Bersabar yer kak?

Salam dari,
S'pura...

"wahai insan-insan,sedarlah dikau sesungguhnya balasan allah s.w.t teramatlah dasyat"

Anonymous said...

salam,
yalah vie hantu2 ni memang cemburu dgn hidup vie skrg ditambahlgdgn suami n family yg sentiasa sayang n percaya dgn vie bertambah iri lah HANTU2 itu..semoga vie tabah selalu

Aleeya

Vie Shantie said...

SUZY & ALEEYA thank u very much ya.. u take care, huGs!

Anonymous said...

Napalah.. msh ada org suka menabur fitnah & hasad dengki tdk suka melihat org lain bahagia.. Sbr Vie Moga Allah memberi petunjuk kpd org.. yg bkn org..

Anne B. said...

hello....
they were just sooo jealous of you bah tu shantie...boring sdh kan their life so mau cari isu lah with other people's life kan...
anyway the most important thing is that there's always zaara and ur husband stand beside you no matter what kan.

u take care! cepatnya balik kl sdh....

Anonymous said...

Be strong Vie,tnyata 'hantu2 @ malaun2' ni masi tak puas hati dgn kebahagiaan Vie,tak senang hidup 'hantu2 & malaun2' tersebut tgk Vie hidup bahagia,suka sgt tgk org hidup merana. Vie sabar k..Insyaallah, Allah akan balas dgn balasan yg setimpal dgn 'hantu2 & malaun2' tersebut.

Anonymous said...

Vie, biar sajalah apa diorang nak kata....kalau dilayan makin menjadi-jadi. Kak Nana faham Vie sakit hati tapi apakan daya....pandang ianya sebagai satu dugaan...mudah-mudahan Allah akan ringgankan perjalanan kita ke akhirat kelak...

Kak Nana ada terbaca comment dalam blog yang Kak Nana bagitahu kat Vie masa Vie call Kak Nana tempoh hari...walaupun bukan Kak Nana yang disebutkan dalam blog itu namun hati nie sakit juga...sbbnya Vie tak kacau diorang tapi mengapalah diorang kacau Vie pulak..???

Apa-apapun Vie Kak Nana harap Vie dapat bersabar... concentrate pada rumah tangga...itu lebih bermakna dear;).

Su3y said...

U're mostly welcome kak...
Teruskan berdoa kepadanya yang maha esa untuk terus tabah menghadapi dugaan-dugaan ni...

ziah said...

"Astagfirullah A'lazim.. !"

memang itulah perkataan yg paling sesuai buat ni hantu2.. tapi syg ni hantu versi yg tidak takut sama tuhan bah ni... itu yg dorg buat begini.. ckp perkara yg dorg sendiri tdk tau, buat2 fitnah..

aku ada lawat tu laman web yang tumpang populariti org tu.. lain tajuk blog lain pula yg di tayang.. mcm diri dialah... dilahirkan sebagai lelaki tetapi berjiwa SOTONG !!! tu lah pasal.. diri tidak cermin tapi mau mengata org... jalan sendiri yag mereng mau suruh org jalan lurus... TIDAK TAHU MALU !!!...

aku rasa ni HANTU2 kan adalah hantu BALAN-BALAN.. ada kepala ja tapi tiada hati dengan persaan.. ikut sedap nafsu ja mau mengata org..

buat sesiapa yg terasa (YANG JADI GILA TALAK SEKRG TU ATAU YG BERHATI TONG SAMPAH ).. kesian kamu ni mau kasih jatuh org kunu tapi sebenarnya diri sendiri yang TERPUKUL DENGAN KEBAHAGIAN YANG ORG ADA SKRG NI...MCMLAH ORG TIDAK TAU YANG HIDUP KAU TU MASIH LAGI MEREMPAT DENGAN HARTA ORG PASTU CKP DIRI TU YG KAYA.. BELAGAK MACHO KUNU PADAHAL HANCUUURRR !!! PASTU SANA-SINI BUAT IKLAN UNTUK TUMPANG GLAMOR ORG.. TIDAKLAH TAHU MALU BETUL...!!! MUKA GEMUK MACAM BABI, BADAN PINDIK2 MCM CENDAWAN, KEPALA BESAR NDAK SMA DGN BADAN, KUNU2 BLAJAR LUAR NEGERI TAPI SIJIL SPM PUN NDAK PERNAH AKU NAMPAK... SKRG NI HUTANG PUN TIDAK MAU BAYAR... KAYA LAH TU ???? APA DIA CKP ? KELUARGA KITA PORAK-PORANDA ??? MCMLAH KELURGA DIA TIDAK... TIDAK PERNAH DALAM KELUARGA KITA KES KAWIN LARI ATAU CURI HARTA MAMA BAPAK SENDIRI... !!! KALAU DIA MAU CKP CURANG, APA KES PULA DGN DORG TU ??? CERMIN DIRILAH OI !!

KESIAN ORG YG GILA TALAK TU BAH.. TIBA2 KUNU UPLOAD MCM2 DI INTERNET DIA MAU TAYANGLAH KUNU BADAN DIA YANG BIDAK DENGAN MUKA DIA YANG BUNTAL TU ??? SIMPATI AKU SAMA TU ORG...

buat adik ku Shanti dan EY,
bersabarlah kamu.. sekrg ni rezeki makin bertambah ruah lagi...

buat EY,
tahniah !! dengan projek baru !! ALLAH SWT merahmati mu BRO.. sebab tu rezeki kamu sekeluarga makin besar... KAULAH IPAR AKU YANG PALING BAIK DI DUNIA NI...
AKU BERDOA PADA ALLAH SWT SMGA HDP KAMU AKAN SELALU MENDAPAT KEBERKATAN DARIPADA-NYA...

buat Shanti,
biarlah apa ja ni hantu2 mau buat..
kau sabar ja.. dorg jeles tu tiada lagi perkataan lain kalau mau describe ni hantu2... ataupun dorg tumpang popular mau cari jodoh.. maklumlah... sampai skrg belum kawin2 lagi... ndak laku.. mula2 org ingat kaya, lama2 org tau.. poket habuk pun tara tu yg org tidak mau kawin sama dia tu. !!!
kasi popular diri pun belagak mau tunjuk2 rumah MAMA BAPAK dia.. tapi rumah dia, kesian belum ada lagi wujud di dunia ni. kita ni miskin jua tapi kita yg kasi MAMA BAPAK kita makan.. bukan mcm dia..

bye.

MizWaR_SuLHaFaT said...

Salam Kak Vie..

Kebetulan terbaca blog akak.. Moga terus tabah.. banyakkan doa & bergantung pada Allah.. Akak amalkan baca doa ni yer..

أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق
"A'udzubika-lima-tillaahi-tammaaati-min-syarri-ma-khalaq"

Maksud: Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan makhluk-Nya.

-Hadis Riwayat Muslim

Take care! :-)

Mother of Two said...

salam dari uae,
emm.. ingat dah takde hantu jenis nie di malaysia lagi..rupernya masih banyak..
begitulah resam dunia org yg tak boleh tgk org lain senang..anyway semoga tabah menghadapi liku2 hidup..ada hikmah di sebaliknya..regards to si comel

only me ^erien'z^ said...

sabarlah kak..ni semua dugaan....

D'Rimba said...

Bertegaslah dengan segala kekaburan dan kembalikan kepada segala kejelasan menuju rahmat Tuhan.

marlina johari said...

Assalamualaikum wbt.
Banyakkan bersabar kerana sabar tu separuh daripada iman.

Masnida Mohd Nazir said...

biarlah 'hantu2' tu dengan keja dia tu vie......di dunia dia terlepas tapi di akhirat dia jawab lah ngan ALLAH s.w.t.....itu lah namanyer dugaan.....hadapinya dengan tabah dan sabar

Vie Shantie said...

terima kasih Vie Ucapkan dia atas segala sokongan,nasihat & ilmu yg teman2 sudi berkongsi pada Vie.. InsyaAllah kata2 semangat dari kalian akan Vie jadikan petunjuk buat Vie meniti hari2 yang mendatang... huGs!

anna said...

shantie..aku kwn ziah ba ni..penah jgk aku stay umah kmu d simpanagn time b'day ziah dlu..
kesian ko kan..aku ingat berenti suda org2 kutuk ko..rupanya byk lg hantu2 yg ckp mcm2 pasal ko..ndak pa shantie, sabar jak ko..jgn peduli apa org ckp..yg penting, ko skrg hidup bahagia :)

Fadhilah said...

salam kak vie. i been ur silent reader. and i read stories about you too.well im here to write not to judge you.whatever it is kak vie sentiasa ingat ini semua ujian dan dugaan dr allah. allah duga hambanya kerana Dia sayangkan hambanya. akak banyak2kan istighfar dan mengadu dgn allah. what goes around comes around. dah mmg hukum karma kak. may allah blessing will always be with kak vie and your family.

Anonymous said...

vie, kasi donk link blog itu.
jahatnya siapa yg ;hantu; itu. byk2 sabar ya V. Kami di sini tetap sayang kamu..

-Ann Anika-

bEe HoNeY said...

slm k.yie...bykkan bersbar...org x penah sng tgk apa yg kite kecapi...

Al-Ust. Ishak Din Al-Khairi selalu pesan, Kita hendaklah sentiasa MENGINGATI KEBAIKAN yg org lakukn terhadap kita. Kita hendaklah MELUPAKAN segala KEBAIKAN yg pernah kita lakukan terhadap org. Kita hendaklah sentiasa MENGINGATI segala KEJAHATAN yag pernah kita lakukan. Kita hendaklah MELUPAKAN segala KEJAHATAN yg pernah org lakukn terhadap kita.

Anonymous said...

Salam Kak Vie...

Pi lantak lah ngan org yang tak bertamadun tu...org yang macam tu memang tak suke nenok org lain bahagia...

Keep it up kak...jangan mengalahkan..semua tu dugaan Tuhan ....Yang penting EY sayang ngan akak n anak akak....

Dyea doakan akak sentiasa bahagia n di lindungi Allah s.w.t

Anonymous said...

Assalammualaikum..
banyakkan bersabar.. ape pun, Allah Maha adil.. sebagai manusia kita doakan orang yg buat tak elok kita moga mereka sedar dan berubah ke arah yang lebih baik.. itu tuntutan Islam dan Rasulullah saw mengajar kita untuk berdoa yang baik.. moga kita sentiasa dalam rahmatNYA.. inshaAllah.. ukirkan senyuman walau apa keadaan sekalipun kerna dgn senyuman kita dapat melangkah sebagai mujahidah tabah..inshaAllah

irashah said...

semoga dirimu sentiasa diberkati.. amin...

Minn said...

Vie & Family,
Bersyukurlah kerana ramai yang yang mengutuk dan menghina kerana jika semua kutukan dan hinaan itu tidak betul maka itulah yang akan menghapuskan dosa-dosa kamu di akhirat nanti.Tuhan tidak akan menguji seseorang jika bukan kerana dua sebab- 1)meningkatkan imanmu 2)menghapuskan dosa-dosamu. May Allah SWT bless all of u.

mrs khairul said...

those people will never stop talking until they die..those people happy to make somebody cry..so let it be..they will never satisfied

vie be strong dear..

Superwoman said...

Salam Vie ...How come i bule miss baca luahan hati u yang ini ye ...since i alwiz ikuti cerita2 u selama ni ...Honestly i dah anggap my self as ur friend Vie since u add me as ur FB friends ..

Ya Allah ...What did they said Vie ....? ARGhhhh ...Biar le Vie ..apa depa nak kata ...yang penting sekarang u shud berbangga dengan diri u skg ....pedulikan masa lalu kalo ia menyakitkan ....memudaratkan ...mengaibkan ....biar diungkit oleh 1000 orang sekali pun...1000 pernyataan sekali pun ....biarle ... yang penting nawaitu kita untuk menjadi yang lebih baik ....lebih membanggakan ... Vie ...sesungguhnya I kagum dengan u Vie ...admire dgn perubahan u yg setelah bergelar isteri seorang seleberiti ....seoarang ibu ...respek abis !!!!! ....admire nak jd mcm u ...
VIE ...biarkan hantu2 tu ...terjun dengan labu2nye ....biar jadi hantu raya yang tak diterima bumi ..berdosa dengan orang ni susah ....biarkan Vie ....asal mereka bahagia dengan dunia hantu mrk tu ....
Percaya lah Vie ..ramai lagi di luar sana yang masih menyayangi ....menyokong ...dan menghargai mu Vie ....
Wish u happy alwiz ....bersama Your beloved ones ....EY and Zaraaa ....
Smile alwis ...

Anonymous said...

Assalamualaikum kak vie, saya cume silent readers blog kak vie :) sebelum saya membaca blog ni, saya percaya dengan fitnah2 yg dilemparkan ke atas kak vie.saya memohon maaf dari kak vie kerana mempercayai fitnah tersebut. Namun setelah saya mengenali kak vie yang sebenar setelah membaca blog ini saya yakin itu semua hanyalah fitnah dari insan2 yang tidak ade peri kemanusiaan.

CT said...

vie...

biarkan dik, kita tak boleh menghalang sikap orang kecuali dirinya sendiri...apa yg patut skrg perhatikan dari jauh. Allah memerhatikan sikap dorang...

butterbrownie said...

Vie,
I nie bukan artis or anybody tp dulu ada org curi pics from fb i n letak kat website merepek2.dorang comment2 ckp i kaki mabuk laa ape laa..actually i minum sparkling etc and my mom was there. org mmg suka kutuk mengutuk vie..biarkan jer dorang..dosa dorang yg tanggung..kita alhamdulillah jer laa..

Anonymous said...

Vie,
Tingkatkanlah kesabaran...
Jgn Vie mendoakan sesuatu yg buruk utk hantu2 tersebut..
Sebaliknya doakan mereka mendapat petunjuk dan kebahagian, ertinya mendoakan kebaikan sahaja...
Mmg hati Vie sakit.. tapi InsyaAllah Vie Allah maha mengetahui dan berkuasa..DIA akan membantu Vie dan melindungi Vie..
Tingkatkan kesabaran supaya iman mu lebih tebal..InsyaAllah

Ale said...

beginilah sikap manusia yg tak punya iman..