Monday, July 20, 2009

Cermin Peribadi Yang Sempurna..

Kita sentiasa mencapai sesuatu yang kita label sebagai 'KESEMPURNAAN'. Maslow menyatakan bahawa manusia sentiasa memperbetulkan hidup mereka demi mencari satu tahap yang dipanggil sebagai 'sempurna', Manakala Adler pula menyatakan bahawa setiap kita cenderung untuk mempelajari hidup untuk mencari kesempurnaan dan disokong oleh Frued yang menyatakan bahawa naluri Id sering dikawal oleh super ego kita. Id adalah naluri tidak sedar dan super ego adalah pandangan positif tentang tindakan yang kita lakukan. Huraian tadi adalah teori-teori yang dikemukakan oleh ahli-ahli psikologi tentang 'mencapai kesempurnaan kendiri' bagi setaip individu itu.

Apalagi jika disentuh soal pengajaran 'islam', islam adalah agama yang sempurna. Setiap muslim diwajibkan bertaubat untuk menyucikan diri mereka daripada dosa-dosa yang lepas. Apakah hikmah disebalik suruhan ini ? Hikmahnya adalah... Agar kita boleh memberikan peluang kepada diri kita sendiri untuk mencapai kesempurnaan. Dari mana kesempurnaan ini boleh terjadi ? Biar Vie bercerita dari sudut pendangan vie sendiri melalui pengalaman dalam kehipun yang Vie lalui..

Jika kita mengharapkan kesempurnaan, maknanya kita telah membuka ruang untuk sesuatu 'perubahan'. Perubahan haruslah dimulai dengan 3 perkara utama. 1- Bermula dari diri sendiri.. ke 2- Berlaku serta-merta dan ke 3- Permulaan dari perkara yg kecil..

1- 'Bermula dari diri sendiri', maknanya kita jangan menuding telunjuk pada individu lain sedangkn kita sendiri masih dengan perangai lama kita. Jika menuding terlunjuk pada indvidu lain maknanya kita tidak memberi ruang pada individu itu untuk berubah. Hal ini sama juga keadaannya dengan diri kita. Maka, untuk melihat perubahan pada individu lain, kita kena tunjukkan moral yang lebih baik agar dapat dijadikn contoh pada masyarakat lain.

2-'Berlaku serta-merta', maknanya jangan ditunda dari minit ke jam, dari jam ke hari, dari hari ke bulan dan dari bulan ke tahun pula. Alamatnya, kita akan mati dgn roh yang kosong tanpa ada kepuasan hidup sebagai hamba yang bertaqwa. Kematian kita hanya Allah SWT sahaja yang tahu makanya jangan ada pernyataan ''nantilah aku berubah'' siapa tahu perkataan ''nanti'' itu tidak lagi milik kita.

3- 'Permulaan dari perkara yang kecil', maknanya di sini jika kita hendak membuat suatu bangunan yang besar maka kita harus membinanya dari himpunan batu-bata yang kecil. Sama juga keadaannya dengan ombak yang menghempas batu karang di tepian laut, lama-kelamaan batu karang itu akan goyah dan terhakis sedikit demi sedikit. Sedangkan batu itu keras kan ?? Lagipun mungkin ianya kecil di mata kita tapi besar di mata Allah SWT.


Dikaitkan pula dengan hak individu, setiap kita mempunyai keinginan dan kemahuan yang berbeza-beza. Tapi tetapkan keinginan itu pada satu matlamat yang utama iaitu kita semua inginkan kebahagiaan.. Dari mana kebahagian boleh diraih ? Semuanya bergantung pada sejauh mana kita mengiktirafkan 'kesempurnaan' yang ingin kita capai..

Kita juga perlu ingat, 'kesempurnaan' itu sentiasa dicari oleh insan yang serba kekurangan seperti kita. Maknanya, tidak ada diantara kita yang sempurna tapi kita boleh pergi kearah itu 'KESEMPURNAAN'...



Wallahua'lam...

8 comments:

Dahlia said...

salam kak vie, :)
truly truly inspiring as always kak vie... keep up the good work... have a nice week with u n ur family ok...

frm, dila... :)

tiny laiman said...

Vee..bersabar dan bertawakal dengan apa jua ujian yang diberikan..saya percaya vee seorang wanita yang tabah, kuat n bersemangat tinggi..lantak apa orang nak kata...yang penting vee hidup bahagia bersama suami dan anak yang tercinta..salam sayang n jaga diri....

Wan Masrina said...

Assalamualaikum Vie....
I really like yr word. Its very meaningful. Why not u cuba buat novel atau buat cerpen mesti best punya. "Cermin peribadi Yang sempurna" sgt bermakna dan mendalam maksudnya...seperti apa yg saya lalui sekarang.......Anyway its beautiful....

Vie Shantie said...

TQ very much to dearest DAHLIA, TINY & WAN for the compliment... InsyaAllah Vie akan berkongsi Ilmu selagi ada...

Wan Masrina said...

Vie...sya faham perasaan kmu. tp tak pe la...biarlah apa org nak cakap yg penting kita happy dan bahagia bersam org yg tersayang dan keluarga kita...apa yg vie katakan dlm blog ni sama seperti apa yg saya pernah lalui dan masih lg melaluinya. Manusia yg tdk senang hati bila tengok kehidupan org lain hidup dgn aman dan bahagia memang tak akan pernah pandai dan tak akan faham, melainkan mereka sendiri melaluinya.
I hope u will be always tabah dan sentiasa berdoa pada Yg Maha Esa agar sentiasa dilindungi selalu....okkkk.....

Integration Public Touch~IPT said...

Salam,

Wah...rajinnya menulis blog ini.

Vie Shantie said...

Tq ya... Alhamdulillah syukur.. Jika ada idea pasti vie akan menulis dan berkongsi pengalaman bersama rakan-rakan pembaca :)

Nuha MIH said...

rajin & pandai U perpoem, for your this coming raya, pls view my www.nuhadelights.blogspot.com.
TQVM