Sunday, July 5, 2009

Julai 7, 2009

Detik mula aku mengenalmu seolah-olah alam ini berbicara padaku..
Udara tidak pernah sesegar sebelum ini,
Mentari pula tak seriang seperti biasa,
Dan entah bagaimana hari ini ada saja pelangi disana-sini..

Hatiku bagai tidak pernah seriang ini,
Senyuman juga tak pernah semekar ini,
Dan ingin sahaja aku menyanyikan lagu-lagu cinta untuk menyatakan yang sebenarnya...

Terasa rindu yang teramat dan terlalu dingin ku rasai,
Seakan jiwa dan ragaku dipeluk oleh seseorang..

Ketika kau mula merapatkan dirimu padaku,
Aku seperti sedang melihat dunia ini hanya untukku..
Tidur, Makan dan Hariku hanya teringatkan mu..
Kau curi segalanya..
Dan ingin aku luahkan padamu bahawa Kau hidup dihatiku..

Saat kau melafazkan cintamu padaku,
Hanya TUHAN sahaja yang tahu jatuhnya hatiku ke dalam lubuk yang paling dalam..
Terlalu keramat ! Indah....
Hanya kau sahaja yang membawa aku ke alam ini..
Tiada siapa lagi yang pernah memberikan kehangatan seperti cintamu pada ku..

Sungguh telus dan luhurnya cintamu,
Ketika hidupku dilempar bebanan duri dan dusta yang terbesar sehingga bisa mencabut roh serta nurani...
Ketika itulah kau telah menggenggam erat tanganku
Dan bersedia untuk mengharunginya bersama..

Inginku katakan,
Perlindungan yang dikau beri dan hamparkan seakan satu mukjizat kepadaku..
Cinta ciptaan TUHAN ini,
Benar-benar memberikan satu nafas dan semangat baru dalam aku menyusuri liku-liku hidup ini..
Kau membawa pengertian yang tidak bisa dilafaz dan diterjemah oleh sesiapa..

Detik cinta kita berpadu di mahligai perkahwinan,
Sekali lagi kau berikan aku satu darjat yang teragung bagi seorang perempuan iaitu gelaran 'ISTERI'..
Membersihkan kotoran pada tapak kaki perjalanan hidupku
Dan menghapuskan debu-debu Serta bisa mulut orang terhadapku..

07 JULAI 2009
,
Genap usia perkahwinan kita yang ke-2 tahun..
Dalam perjalanan ini, Kau telah melakar corak hidupku yang dulu kusam namun kini bergemerlapan..

Ketika tidur aku mula melihat mimpi indah
Dan apabila tibanya pagi aku berani melihat mentari kerana ku yakin kau bisa melindungiku..
Aku sedar, hariku takkan indah tanpa bisikan kata
'I LOVE U, DARLING'..
Nurkilanku takkan berbunga jika tidak dari belai kasihmu,
Dan periku takkan secantik permaisuri jika tidak kerana kau rajanya..

Wahai suamiku,
Aku ingin kau tahu...
Takkan ada lagi cinta semekar ini,
Takkan ada lagi hidup sebahagia ini,
Dan takkan ada lagi mimpi seindah realiti ini..
Jika aku ditanya tentang indahnya syurga maka ingin aku nyatakan bahawa
'CINTA ITU ADA PADA EIZLAN YUSOF '

32 comments:

Mss Allureamore said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Best wishes 2 both of you on your anniversary.
May your love last your lifetime through.
Happy Anniversary dear ;)

45IL4H D.K.K said...

wahh~~ this is the REAL TRUE LOVE.
I'm happy for you Vie... :)
Happy Anniversary.

Zana said...

Tahniah. Semoga berkekalan dan bahagia sehingga ke akhir hayat. Kuatkan semangat menghadapi cabaran rumahtangga dan juga sifat2 dengki manusia...

Zana said...

Tahniah, semoga bahagia dan berkekalan hingga akhir hayat.

Anonymous said...

wahhh..
best nya..
terasa sy yg d awang2an tym bc Ntry ne..
so sweetttttttt..
=)
btw,hepy anversry..
moga jdh berpnjngn hgga ke akhr hayat kalian..
=)

Only Me...Sue said...

HAPPY 2ND WEDDING ANNIVERSARY TO BOTH OF YOU. I WISH ALL THE BEST IN YOUR MARRIAGE. MAY YOU & EIZLAN ALWAYS IN LOVE FOREVER.

Bila VieZara nak dpt adik nie? Baby boy pulak. And can't imagine mcmana punya comel the baby is.

Wan Masrina said...

Congratulation vie...what a nice & beautiful poems that akan menyinari hidupmu buat selamanya....semoga Allah SWT akan sentiasa melindugimu dan memberkatimu sekeluarga.

Anonymous said...

god blessing ur marriage my dear Vie!! May The Happiness be With You Always.. :)

Regards,
Elsy

Unknown said...

Selamat ulang tahun yang kedua buat kak vie n suami... semoga Allah SWT sentiasa memberkati kamu berdua dan keluarga kamu... Wishing you for more and more anniversaries to celebrate and also i wish u all the happiness in the world.. Hope that ur relationship will last forever.. Hugs..! ;)

Love, dila..

lady D said...

Happy Anniversary !!!! wow romantiknya...

lysa said...

hi vie! happy anniversary! nice poem..love it ;) it's so sweet..

Josephine Delgado said...

Happy 2nd Anniversary my dear! May you have all the happiness that you have now and forever! God Bless you and Eizlan and Zaara always! ;p

qisdiana rozana said...

Congratulation Vie & Eizlan......
Semoga Allah sentiasa memberkati hidup vie sekeluarga & jodoh kamu berdua berkekalan hingga akhir hayat.....Amin....

Happy 2nd Anniversary dear =)

shahirahkhairudin said...

congrats vie..semoga kekal berbahagia di samping suami ter-chenta..

*^*bUbbLeNArdz*^* said...

so sweet dis poem....
n romtiknye..... =>
congrat!!!kak vie n abg eizlan...
aepy 2nd anniversary!!!!
smoga ALLAH memberkati k.vie n ur family...
sbar n CHayuk2 k.vie harungi liku hidup nie....
ble zaara nak dpt adik????
msti chute cm mama n papa die....

Vie Shantie said...

Amin.. Amin... Amin...
Tq very much for the wishes guys... Do appreciate it.. huGs!

AzeanZea said...

Congratulations Vie :)
Happy for u guys..
Happy Anniversary

susi said...

happy anniversary vie..moga berbahagia selalu....

paradoks1774 said...

Salam
Vee selamat ulangtahun perkahwinan untuk Vee&Eizlan Allhamdullilah semoga Vee&Eizlan dan baby comel ceria dan bahagia selalu:)Menarik sekali puisi Vee untuk suami tercinta..:)

mamaorg said...

adoi romantiknya korang ni. tahniah on 2nd anniversary v & ey. semoga kekal hingga akhir hayat hendakNya dan dilimpahi rezeki melimpah ruah.amin!

HOT ZOOM said...

salam,
moga korang bebas dari gosip liar k

Anonymous said...

kak vie wanita yg sgt cantek..sesuai dgn abg ezlan..eyreen doa semoga kak vie bahagia bersama abg ezlan buat selamanya....sgt minat n syg kak vie...

CtiE zAr said...

so sweet la...
semoga kak vie ngn abg eizlan bahgie dunia akhirat..

Vie Shantie said...

Amin.. thank u so much to all.. luv u guys :)

peridot sepi said...

harumnya bunga bunga cinta yg mekar dihati...

Ummu afif said...

MasyaALlah.. Kata-kata yang sangat indah... boleh kakak ambil kata-kata itu..untuk suami tersayang

Superwoman said...

Terharu sangat baca luahan hati u V .....terasa betapa tingginye kasih u buat sang suami ...betapa luhur nya hati u mencintai dirinya ...Bertuahnya Eizlan !
Tahniah untuk both of u ...selamat berbahagia ....

Superwoman said...

terharu sangat ...btapa luhurnya kasih seorang isteri ....Semoga happy selalu ....

Vie Shantie said...

Tq so much... Isteri mana tak sayang suami yang baik dan sangat penyayang, yang tahu menilai dan penghargai seorang wanita yang bergelar isteri... Amin !!! semoga kasih sayang ini berterus dunia & akhirat kelak... Insya'Allah...

manje_lara5462 said...

semoga berbahagia selama-lamanya

NAB's Gallery said...

7th July is my date of my birth...:)
Happy Belated Anniversary..:)