Tuesday, September 1, 2009

Disebalik Kecantikan Mawar Berduri..

“Disebalik Kecantikan Mawar, Terselit Kisah Jahat Yang Durjana, Kekadang Ia Menjadi Penghias Di Sudut Keceriaan Tetapi Kekadang Ia Menjadi Sebuah Racun Yang Mendukakan… Inilah Hakikat, Antara Dunia dan Karma”

Puas hati dan perasaan ini melakarkan kata namun hanya segelintir saja yang bisa mengertikan kerana yang lain mungkin hanya melihat kelemahan dari kekuatan. Mungkin sebab itu Negara Jepun lebih maju dari Negara kita kerana kita sentiasa melihat pada kelemahan dari kekuatan dan tidak sesekali memberi peluang pada kehidupan. Jepun pernah hampir menjajah seluruh Asia pada ketika dulu dan Cuma berniat untuk menyatukan Negara-negara Asia tetapi kecundang kerana kita sedar bahawa setiap kita mempunyai hak masing-masing dan di dunia ini kita tidak boleh memonopoli keadaan. Tapi mereka (Jepun) patut dibanggakan kerana mereka telah menjajah dunia dengan jenama-jenama buatan mereka seperti Toyota, Nissan, Panasonic, Sony, Honda, dan paling kecil pun selipar JIPUN. Tapi kita ? Kereta Kancil pun susah nak jual kat luar Negara tapi kalau jual mulut… Vie rasa kita tempat pertama kot ;-)

Vie melihat suatu keadaan realiti yang berlaku depan mata Vie terhadap nasib seorang kawan yang juga bernasib sama ‘keadaan’ seperti Vie. Biar Vie cerita sikit ya… Vie tidak mahu mengetengahkan nama kawan Vie itu kerana takut dijadikan isu, maklumlah banyak orang yang suka pada kelemahan orang. Kawan Vie merupakan isteri pada artis yang sangat popular pada masa kini, dia memang super-duper hot ! suaminya menjadi pujaan ramai orang tetapi malangnya isteri dia pula menjadi kutukan ramai orang. Keadaan yang mana peminat nak bergambar dengan artis ni sehingga sanggup membelakangi isteri artis tersebut, mereka buat seperti isteri itu langsung tidak wujud atau mungkin menganggap isteri tersebut tidak mempunyai perasaan. Yang paling durjana, ada pula yang sanggup menyumpah hubungan mereka agar bercerai-berai. Kenapa ? Mungkin nak bersaingkan ? kesian mereka. Fikirlah secara logik, suami orang kawin isteri dia sebab dia sayang dan dia merasakan isterinya adalah segala-galanya.

Kenapa kita harus menjadi Mawar yang cantik tetapi berduri ? kenapa kita nak jadi peminat yang ramai tetapi mengundang kepada kemusnahan hubungan rumahtangga orang ? ke mana hilangnya sahsiah diri, nilai, agama, adat dan mungkin juga martabat kita sendiri jika hanya menjadi duri ? Arwah Datuk Vie pernah berpesan, kalau kita mendoakan kebahagiaan orang lain maka Allah SWT akan menutup kesulitan dan membuka jalan rahmat buat kita tetapi jika hanya nak menyumpah orang maka secara tak langsung darjat kita akan sama seperti syaitanlah, bukankah syaitan suka menyesatkan dan merosakkan manusia ?

Vie berkata Ikhlas kerana Allah SWT, jikalau hati kita jujur dan ikhlas untuk membantu insan lain walaupun hanya dengan berdoa maka Allah SWT akan membalas kebaikkan kita itu dengan berlipat ganda lagi, oleh kerana Dia adalah satu-satunya tuhan yang Maha Besar dan Maha Kaya, maka Dia menilai perbuatan hamba-hambanya dengan sebesar Zarah untuk diberikan ganjaran ataupun pembalasan. Jikalau kita memyumpah seseorang, keadaan itu sama seperti kita melantunkan ludah ke langit lalu terkena muka sendiri atau lebih manis lagi, buang ludah jilat balik. Kenapa keadaan boleh jadi macam tu ? jawabnya sebab Allah SWT itu maha Pemberi balasan atas perbuatan bodoh kita sendiri. Masa itulah kita akan rasa ludah basi kita dan masa itu juga kita akan tahu langit ni tinggi ataupun rendah.

Situasi di atas, antara keadaan diperlekehkan, doa dan sumpah pernah berlaku pada diri Vie sendiri sebab tu Vie tulis warkah ‘kosong’ ini. Bagaimana rasanya menjadi ‘orang kayu’ dari segelintir masyarakat sehingga lupa Vie juga ada perasaan seperti mereka, bagaimana rasanya mendoakan kebahagiaan orang sehingga Vie bahagia dengan hidup Vie sekarang dan bagaimana menjadi mangsa sumpah untuk melihat kejatuhan Vie sedangkan hidup mereka sendiri terumbang-ambing sehingga sekarang. Dulu, macam-macam fitnah Vie dapat tetapi Allah SWT melindungi mangsa yang dianiaya ni sehingga hidup yang Vie kecapi sekarang jauh dari jangkaan dan impian Vie sendiri.

Wahai sahabatku, jadilah seperti bunga teratai yang menjadi teman kepada kodok. Walaupun wajah tak seindah mawar tapi jasanya lebih cantik dari jasad bunga tulip. Berilah ruang kepada kodok untuk riang dan bahagia agar suatu hari ia menjadi contoh teladan kepada kita. insyAllah….

Ingat ! Allah SWT itu Maha Mengetahui atas segala niat, tingkah laku dan pemikiran kita….

12 comments:

Anonymous said...

setuju sangat2 dgn vie..lihatlah diri kita sendiri sebelum mengata dan mengutuk org lain..kerana ALLAH S.W.T akan membalas setimpal dgn apa yg kita lakukan..

subahanaallah..insaflah wahai insan2 yg suka memporak perandakan hidup org lain..

aishah
(uae)

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

mengapa manusia suka menjatuhkan manusia yg lain????

layak ke dipanggil manusia???

memang manusia tak pernah nak berpuas hati dengan apa yg dimiliki

tapi jangan la sampai memusnahkan kebahagiaan orang lain...

J.U.L.I.E said...

mcm tau je sapa artis yg dimaksudkan vie tu...ermm..i think i know..,sabar jela,suaminya itu pujaan rmai wanita, kena kuatkn semangat dan tabahkan hati,doa agar rumahtangga kekal selamanya..

Superwoman said...

SALAM VIE ....selagi kita bergelar manusia ...begitu lah hakikat yang terpaksa kita hadapi ....selagi manusia tu berupaya utk berkata2 itulah sumpah nista yg terpaksa kita dengari ....insan biasa spt i ni pun tak terlepas dari dugaan sedemikian ..inikan pula kalian yg 'separa selebriti' ....of cos le ada saje reruang kosong yang manusia2 durjana ni kesani utk dicerobohi ..dengan cerita2 tak logik yg pastinya menjadi kegilaan orang di luar sana ....sabar je le sahabat ku ! Tawakalillah hi Taala ...ikhlas dengan setiap kata ...ikhlas dengan setiap perlakuan ...insyaAllah Allah akan melindungi diri kalian and ur beloved family ...sbg sahabat i doakan yang baik2 je untuk Vie n family ...and also to ur good friend tu ye ....Salam sayang ....

tiny laiman said...

Salam Sayang Vie...sabar dan terus besabar...kunci kesabaran adalah kebahagiaan....

Josephine Delgado said...

Hi Vie, I guess we all know who is this friend you are referring too. Like what we have told you before, just ask her to be patient and don't mind what other people say or talk. Just ignore and sooner or later it will go away by itself. Cheers! ;p

Ezza said...

vie..i like your post..totally agree with you... wish you all the best vie..

baybe foxx said...

adat dunia vie... dah nama pun manusia, byk kelemahan, tapi suka melihat kelemahan org lain, tapi kelemahan diri sendiri tak tahu nak nilai..

bykkan bersabar sbb selagi kita tabah menghadapi segalanya, insyaAllah, akan ada rahmat disebaliknya..

i read mingguan wanita mag, and saw your family pics, so adorable! very sweet family!

ziah said...

this is the reason why people love u so much n some of your enemies try to open their heart to know u.. because of your words.. keep in cool dear sis..

i always pray for ur happiness.. for me, u such a part of me n i'll make sure it fine forever.. love u

semoga kita sentiasa dalam redha Allah SWT sbg mana Dia sentiasa memberi rahmat dan membuka rezeki kita adik-beradik...

LoRd oF eYD said...

sabar la vie..biasenye org yang mengate org ni,die yg macam tu sebenarnye..macam org gile jugak, mane ade org gile yg mengaku die gile kan??hmm...jd kalau die kate ape2 pun, sebut je ALHAMDULILLAH..moge2 kembali kepade die ape yg diperkatekannye tu..hehe..nway, blh x nk link blog vie kat my blog?

liz said...

Salam.Saya amat tertarik sekali kesemua coretan vie.banyak iktibar yang boleh diambil untuk menjalani kehidupan yang penuh cabaran ini.
Semoga vie beroleh kesejahteraan dan bahagia selalu di samping keluarga tercinta.

Anonymous said...

semoga Allah sentiasa melindungi hubungan keluarga Vie..

semoga Allah sentiasa meluaskan pintu rezeki untuk keluarga Vie..

semoga Allah meredhai segala apa yg Vie hajati..

semoga Allah membuka hati mereka yg pernah ada niat untuk memusnahkan rumahtangga Vie..


amin...

(nana)