Tuesday, October 5, 2010

Berpisah Dengan Mu, Luluh Hati Ku..

Sejak pertama kali detik jantungnya tertanam dikandunganku dan selama 9 bulan 1 hari, puteriku Zaara tidak pernah berpisah denganku sehingga hari ini. Pertama kali menjadi sejarah dalam hidupku bila aku terpaksa meninggalkan dia. Dalam 2 tahun 5 bulan, Zaara masih lagi berkongsi susu dengan adiknya Zareef.. Bukan menjadi keberatan kepadaku akan tanggungjawab itu, tetapi kesihatan badanku tidak mengizinkan untuk aku memikulnya. Besar harapanku agar perpisahan kami ini akan membuatkan dia alpa pada 'NENEN' yang selalu menjadi kekasih hidup dan teman karipnya diwaktu siang dan malam.

Jam di tangan kananku menunjukkan pukul 12:30 tengah hari, perpisahan kami sejam yang lepas benar-benar memukul jiwaku dan seakan-akan aku tidak rela meneruskan perjalananku untuk kembali ke Kuala Lumpur. Ternyata aku tidak dapat menahan sebak didadaku, linangan airmata terus jatuh mencurah bagaikan hujan.. Aku cuba mencari ketenangan namun apabila dia hadir dibenakku, dia telah mencuri akalku dan air mata ini pasti akan mula berkolam sekali lagi. Dihati kecilku, aku bertanya 'Jika ada seorang ibu yang selalu meninggalkan anak nya berminggu-minggu, dan kekadang sampai bertahun lamanya.. Apakah perasaan mereka ? Ada ketikanya mereka susah untuk bertanya kan khabar '.. Tapi aku, belum pun sampai sejam berpisah.. Aku sudah mulai tidak keruan..

Andai saja Zaara bisa tau, ini adalah untuk kebaikan dia dan ibunya. Jika tidak kerana Zareef dan tubuh badan ku yang selalu sakit, pasti aku akan menyusukan dia sehingga dia sendiri menolakku.. Disekian waktu dulu, aku teringat akan zaman kanak-kanakku dimana ibu terpaksa meninggalkan kami demi mencari nafkah membesarkan kami dan menjadikan kami insan pada hari ini. Kini barulah aku faham dan sangat mengerti tentang kasih sayang seorang manusia yang bergelar 'IBU'.. Zaara anakku sayang, maafkan ibu kerana terpaksa berpisah sementara waktu dengan mu.. Ketahuilah sesungguhnya biarpun lautan memisahkan kita namun tiada sedetik waktu pun ibu melupakan mu dalam fikiran ini.. Ku amat menyangimu wahai anak ku..

10 comments:

elly hamzah said...

sungguh terharu dgn luahan rasa vee..hurm, itulah perasaan yg wujud di kalangan para ibu..sptmana saya, sanggup meninggalkan karier semata2 ingin Rayyan di bawah jagaan saya sepenuhnya.

Dev Clarehova said...

Hopefully everything will be okay...have faith and may god bless u and ur lovely daughter.

marinahunny said...

semoga semuanya baik2 saje..sgt terharu baca oengakuan seorang ibu..saya pun terigin sgt nak jadi seorang ibu tapi belum ada rezeki..saya doakan kamu baik2 saje..

mamafathi said...

salam..k.vie,mmg sedih sgt bila terpaksa bercerai susu dengan anak..bila dpt tau pregnant mcm2 perasaan ade,tapi bila fikir balik itu anugerah Allah..tapi kesian anak yang masih tak ngerti ape2,masih merengek2 mintak nenen..n disebabkan itu even smpai now i'm preggy almost 9m,but i'm still bf my son..ramai yang marh,ramai yang mengutuk2 but hanya mama yang mengerti..

Cma Shiema said...

be strong..:)

Syazlie said...

Hey Vie.. Salam..
it's me.. we met masa kat KKIA last yr.
Hope everything's fine with you. Jangan lah susah hati. Anggap saja sebagai dugaan hidup.
Semoga Vie dan keluarga sentiasa di berkati Allah.

-Syazlie from Brunei

Atia Adina said...

huhuhu...sedihnya....argh....tak sanggup lah berpisah ngan anak jauh2 macam ni....huwarghhhh

Ocehsmama said...

terharu sgt..saya pun tak dapat bayangkan caner kalau saya terpaksa berpisah dengan Danish. saya pun pernah terpikir caner orang boleh buang anak sedangkn kite nak berpisah sekejap pun tak boleh..

FeezaAqashah said...

terharu dan sesungguhnya saya juga pernah merasai semua itu, namun perlu juga diteruskan..perpisahan hanya sementara, saya terpaksa berpisah dengan anak yang masa tu berusia 1tahun, demi pelajaran saya ditugaskan membuat dokumentari di Vietnam, jadi terpaksa berpisah dengan anak selama 5 hari, sedih bagai nak rak masa otw ke airport, tapi sentiasa positif n as ibu we must be strong.. ^_^ wallahualam...

Haris Zuhaina said...

Salam. Bilamana kita BF bb, badan mmg akan cepat lemah. Akak dah cuba amik supplement? cubalah shakle... ada set untuk BF... klu akak tgk kat blog sy, sblh kiriada BF INSPIRATIOn.. diorang ni mmg BF bb sampai 3 org sekali gus... n yet diorang mmg amik supplement to mantopkan diri.. cubalah, mungkin lps ni dah tak perlu tinggalkan Zaara lagi...