Tuesday, September 14, 2010

Antara Rasa Dan Kenyataan

Bismillah..

Vie memulakan tulisan ini dengan izin dari Allah SWT.. Mungkin tulisan ini lain ceritanya dengan yang lain tetapi akar umbinya tetap sama iaitu ku lihat dan ku rasa dari pengalaman ku sendiri..

Sering kali peristiwa itu menjadi tanda tanya kepada ku.. Mungkinkah segala rasa dan kenyataan itu berbeza bagi setiap manusia ? Sehingga menjadi satu tabiat dan sikap yang membentuk seorang insan untuk menjadi lebih peka dan afdal kepada kehidupannya... Atau mungkin kehadiran keyakinan yang rendah untuk memiliki kesempurnaan diri ? Atau juga langsung tidak mahu mengubah apa-apa kerana takut untuk berhadapan dengan kenyataan ?

Entahlah... Walau apa pun persoalan yang dilontarkan.. Hakikatnya inilah kehidupan yang terpaksa kita tempuhi dalam kerendahan keredhaan dalam diri.

Rasa ? Sering dikaitkan dengan sesuatu yang tidak bisa kita lihat tetapi hanya bisa disentuh oleh hati dan perasaan. Lalu kita cuba ungkapkan ia dengan belaian dan kata-kata.. Namun ciptaan Allah SWT pada 'rasa' itu lebih besar dari segala perbuatan sekalipun dibina segah Taj mahal untuk menggambarkan betapa hebatnya 'rasa'.

Kita takkan bisa melihat ajaibnya 'rasa' jika kita tidak hadir dalam semangat jiwa kita sendiri untuk meluahkan segalanya dalam bentuk sebulat perbuatan baik kata-kata mahupun sentuhan. Bagiku, insan yang hidup dalam jiwanya adalah insan yang menikmati seluruh hidupnya dengan penuh erti dan makna. Syurga itu ada kekal di sana (akhirat) tapi 'rasa' akan menemukan kita dengan hembusan angin syurga di sini (dunia), dengan keikhlasan yang ada di hati.

Keadaan akan jadi berbeza jika insan yang hidup dalam karektor lahiriahnya yang hanya berpandukan pandangan sosial semata-mata.. Mungkin memuaskan hati semua orang tapi bukan hatinya sendiri dan sesat dalam perjalanan hidupnya sendiri kerana terlalu banyak tanda tanya yang tiada berpenghujung dan tiada jawapan ikhlas yang nyata.. Mungkin yang ada cuma lakonan lahiriah dan watak kenyataan semata-mata. Apa Akhirnya ? Mungkin juga cuma tinggal simpati dan kata takziah ! Erm.... Kemudian hati akan berbisik "bersyukur pada apa yang ada". Jadi apa guna akal yang tiada batasan ? Apa guna Tuhan cipta tulang empat kerat ? Apakah segala kata-kata redha yang tiada keikhlasan itu terus-menerus akan keluar ?

Kita mungkin takkan membuka mata jika belum kenal buku dan ruasnya. Tapi bila dah kena batang hidung sendiri, ketika itu pula wujud persepsi kotor.. Contonnya "Biarlah ini terjadi.. Hanya Tuhan saja yang membalas segala kejahatan" paling tidak pun "Hari ni hari aku, ada juga hari kau nanti". Rentetan dari cerita itu, kita seolah-olah menyerah pada Tuhan untuk menghukum segala kejadian sedangkan itu semua berpunca dan bermula dari sebarang 'persoalan' yang kita timbulkan.. Bagus ! Inilah org tua-tua cakap "menepuk air di dulang terkena muka sendiri", kalau dah sendiri yang mula kenapa tidak sendiri yang menghabiskan ??

Itu adalah kenyataan yang apa saja rasanya baik manis, pahit, tawar, asam ataupun masin.. Kita kena terima dan tempuhi juga.. Kerana ini adalah hidup yang takan ada sempurnanya tapi sesungguhnya kita mampu membuatkan ia secukup rasa..

5 comments:

mieyza said...

salam. kata2 yang cukup mendalam. Namun ini lah yang perlu di lalui, selagi bergelar manusia.

mieyza said...

salam. kata2 yang cukup mendalam. Namun lumrah kehidupan, selagi bernyawa selagi itu lah cabaran harus di lalui. hv a nice day!

iCaLoVeZiE said...

vie, keluar topik ni.. letak la gambar family di hari raya :D

Nurul Asyikin Nordin said...

the truth.. tq for sharing..vie :)

Jieya said...

Langit tidak selalunya cerah, awan juga tak selalunya indah.. Adakalanya pelangi akan hilang pergi jika merah wujud di kaki senja..

Hidup tetap hidup yg mesti dan harus ditempuhi jua..

"Ditelan ia tak mau tapi dibuang pula merasa sayang"