Monday, August 8, 2011

Siapa kah kita INSAN ataupun NAS ?

'Dipetik dari yang berbahagia Dato' Dr Ustaz Haron Din : 'insan' adalah manusia yang mencari kebenaran dan sentiasa untuk memuhasabah dirinya di jalan Allah SWT dan 'Nas' adalah manusia yang jahil yang enggan mengikuti perintah Allah SWT (4.24pm, 8/8/2011, Astro Oasis).

Jika kita sedar Allah SWT melihat apa yang kita lihat dan kita sedar Allah SWT mendengar apa yang kita dengar, maka kita akan tahu betapa dekatnya Allah SWT pada kita sehingga kita takut untuk berbuat kemungkaran.. Wallahua’lam

Alhamdulillah, dapat juga Vie mengupdate blog Vie kali ni maklumlah dah ada dua orang anak ni susah sikit nak curi masa.. Tambahan pula kerja Vie yang meminta Vie kesana-kemari untuk diselesaikan dengan cepat, teratur dan sebaik yang mungkin. Baru-baru ni Vie dan EY balik ke Sabah untuk menjenguk mak dan adik-adik Vie.. Lagipun Zaara dah terlalu rapat dengan Omanya 'mak Vie', tujuan Vie balik ke kota kinabalu adalah untuk merehatkan badan dan minda lagipun kak Ziah ada memberitahu tentang 'Asma Ul’-A’zim' tempat perubatan Islam. Apa yang Vie boleh cakap, tempat tu banyak mengajar kita dari segi persiapan rohani dan jasmani bagaimana untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT dan syukur Alhamdulillah, banyak Vie bermuhasabah dengan diri sendiri tentang setiap perbuatan dan amalan yang pernah Vie lakukan.

Izinkan Vie perkenalkan 'Asma Ul’-A’zim' sedikit, setiap malam Vie, EY dan anak-anak datang ke sana untuk menyucikan diri dari sisa-sisa permainan duniawi seperti sihir, jin dan qharin kita sendiri dengan cara berzikir, berwhirid, bertahmid, berselawat dan bersolat hajat. Ya Allah.. tenangnya Vie rasakan sehingga sehari tidak datang ke rumah Khalifah Sari Safar buat Vie rindu dan sebak. Keluarga khalifah meyambut Vie dan keluarga dengan penuh rasa sayang, hormat dan harmoni..

Namun, disebalik keceriaan Vie itu ada sesuatu yang mencemarkan keadaan iaitu Vie terdengar pelbagai cerita jahat yang dilemparkan keatas kakak Vie, kak Razziah Khan sehingga hampir setiap hari ada saja cerita daripara saudara terdekat dan kawan-kawan mengkhabarkan berita yang tidak sihat. Dulu dan kini cerita pasal Vie tidak pernah habis diconteng dan kini seolah-olah giliran kakak Vie pula untuk dibuat buku baru bagi mereka. Erm, nampaknya selagi kertas terus dikeluarkan selagi itulah cerita akan dicetak…

Vie yakin bahawa sesiapa saja yang terlibat dengan cerita yang tidak sihat itu tahu bahawa Allah SWT memerhati setiap perbuatan mereka tetapi oleh kerana nafsu jahat mereka lebih kuat maka mereka ketepikan soal ini semua.. Ternyata bahawa semakin nipis benteng keimanan kita maka semakin jauhlah dia kepada tuhannya… naudzubillahiminzaiq…

Mari sama-sama kita bertanya terhadap diri kita masing-masing dan renungkanlah bersama…

Lupakah engkau di saat engkau cipta fitnah itu kemudian menyebarkannya kepada orang lain bahawa Allah SWT sentiasa melihat dan mengetahui perbuatan engkau ? Lupakah engaku bahawa segala perbuatan engkau akan diperhitungkan di padang Mahsyar nanti ? Tidak pernahkah engkau mendengar bahawa para pemfitnah akan pulang ke akhirat sebagai seorang Muflis ?

Andai engkau tidak bertaubat dari dosa fitnahmu serta tidak memohon kemaafan dari saudara yang kamu fitnahi itu baik berupa kata-kata, tulisan maupun gambar, maka ingatlah tempat tinggal kamu selepas mati adalah di dalam neraka yang menyakitkan. Syurga nan indah tidak pernah disediakan buat para pemfitnah.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: 'Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah'.. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

'Sabar' itulah ungkapan yang selalu dan harus dilakukan bagi kami. Terus terang, tidak sedikit pun kami ada rasa marah atau hendak memberontak kerana kami telah immune dengan semua ni dan apa yg buat Vie rasa terharu bila kak Ziah Dia Cuma mengharapkan agar menghadapi semua ni dengan tenang.nas-nas yang melemparkan cerita itu diampunkan Allah SWT dan katanya sesiapa saja, walau apa pun, dan bagaimana cara pun mereka buat fitnah, umpatan atau membuka aibnya, dia ampunkan dr hujung rambut hingga ke hujung kaki dan dihalalkan dunia serta akhirat yang penting mereka taubat kepada Allah swt. Dia akur bahawa dia juga manusia yang lemah yang sering berbuat kesilapan. Dia memohon maaf kepada sesiapa saja yang pernah disakitinya” tahniah buat kak Ziah, sesekali perkara lihat dapat mendidik Vie untuk lebih positif dan redha dengan keadaan yang menimpa Vie sendiri.

Moga kita sedar, semakin dunia menjelang kiamat, perbuatan menfitnah sesama manusia telah menjadi penyakit sosial yang amat parah dan sukar dirawat. Cubalah kita bertanya pada diri kita sendiri, entah berapa ramai manusia yang disumbat ke liang lahad dalam keadaan dosa fitnahnya belum terampun dan entah berapa ramai pula mangsa fitnah yang telah bersemadi di alam Barzakh sana yang belum terbela haknya serta belum dibersihkan nama serta kehormatannya?

Vie mengambil kesempatan ini juga untuk menyusun sepuluh jari kemaafan diatas kedaifan, kekhilafan dan perbuatan Vie yang mungkin dalam keadaan sedar atau tidak sehingga telah menyakitkan mana-mana pihak baik zahir mahupun batin. Maafkanlah Vie, Vie juga dengan terbuka hati dibulan mulia ini memaafkan sesiapa sahaja yang pernah menyakitkan Vie baik zahir mahupun batin dan vie halalkan di dunia dan di akhirat. Sesungguhnya, hamba yang paling disayangi Allah SWT adalah hamba-Nya yang sedia memaafkan orang lain.

Sedangkan Rasulullah SAW ampunkan umat, inikan kita umat biasa di akhir zaman..

Inilah hasil tangan Vie, pedoman buat kita dari surah An-nas

9 comments:

Mawaddah said...

bagi yg terinaya, kuatkan hati bahawa Allah sentiasa disisi.bahawa kebahagiaan akhirat dicari,bukan duniawi.mungkin kita nampak kalah didunia sb tidak membalas kejahatan tersebut tapi disisi Allah,kita dikasihi.cukuplah hanya dengan itu :)

wirda said...

Salam Vie,
Nukilan yang terbaik sama seperti n3 sebelum ni. :)
Seandainya semua org dpt membaca tulisan ni, mgkn ramai yg akan bermunasabah.
Ya, fitnah telah menjadi satu penyakit sosial yang sukar diubati atau dicegah. Manusia sering menjatuhkan orang yang lebih dari diri mereka.
Sama-sama kita doakan agar suatu masa mereka akan sedar & bertaubat.
Syg Ziah & Vie :)

Anonymous said...

maaf ya vie, boleh saya betul kan sedikit perkataan dlm tu, rasanya mungkin vie ingin menyebut 'bermuhasabah' diri bukan 'bermunasabah'. maaf ya kalau mungkin saya salah.. :)

Anonymous said...

Salam Semua Sahabat-Sahabat ku, terima kasih kerana sudi meluangkan masa utk membaca dan comments penulisan Vie.. Ternyata teman2 sentiasa bersama dan terus menyokong kami.. Semoga yg baik kita sama2 dekatkan dan menjauhi larang-larangan NYA..

Kpd saudara yg menegur kesilapan mengejaan Vie tq so much..Vie terlepas pandang tersalah taib mungjin krn terlampau syok menaip dan tak sedar yg bawah tu tersalah ejaan.. Sebab tgk di atas sekali memang Vie menulis Memuhasabah.. Tq ya kerana menegur vie.. Tq

wirda said...

* ha'ah, sy pun sama gak. terlepas pandang. hehe typo error. :)
munasabah -> muhasabah.

Wan Masrina said...

Salam vie...sya doakan agar vie,ziah dan keluarga kuatkn hati dan semoga sentiasa berada didlm perlindungan Yg Maha Esa. Manusia ni x pernah brhenti dr ingin menyakiti hati sesama manusia lain. Tdk boleh melihat org lain bhgia..tp x apa lah vie..tabah kn hati, kuatkn iman dan bykn bersabar agar satu hari Allah swt akan tunjukkn jln yg benar kpd sesiapa kita mhupun mereka yg menganiayai. Sesungguhnya Allah SWT sentiasa brda brsma-sma org2 yg traniaya...

Sayda said...

Knapa dlm hdup sring ada ujian.. kdang kta inginkan yg trbaik, kita pula yg tersangkut dlm prjlanan.. shngga diri trasa asing dan sukar utk brhadapan org rmai.. bila mlihat kwan d dpan, rsa diri ni kurang sgt..

puas brtnya pda dri sndiri, kuatkan smangat.. tpi sring kali pgalaman yg myedihkan mbuat diriku sndiri trhnti utk ke dpan.. entah d mna silapnya, entah di mna musnahnya... shgga kini tdak kuat utk bangunkan diri..

hnyyCHA said...

jemput follow link saya,
hnyycha.blogspot.com
kalau sudi :).

Obat tradisional asam urat said...

semua akan indah pada wktunya !