Thursday, March 8, 2012

Dimana Hati Harus Di Sandarkan ?

Bismillahirohmannirrohim..

Subhanallah, dalam kesibukkan kali ini dapat juga Vie update blog Vie yang telah lama vie tinggalkan. Kesian blog Vie, kalau boleh berhabuk mesti dan seinci habuknya dan kalau dan berjemur mesti dah terkopek warnanya. Nasib baik laman web, jadi masih cantik dan segar warnanya. Musik dalam blog ni juga masih merdu seperti sediakala. Tapi sekali sekala update blog ni bagus juga supaya cerita yang lepas-lepas tu masih dijenguk oleh teman-teman. Hehehe.. Terima kasih buat teman-teman yang sudi dan sabar menunggu. Jom sama-sama merasakan bagaimana pula bisikkan hati kali ini…

Alhamdulillah, Vie disibukkan dengan kerja-kerja Vie jadi terasa betul jadi seseorang yang berguna kepada insan lain. Semoga apa yang Vie cari sekarang dapat memberi kebaikkan kepada ummah di dunia dan akhirat. Terima kasih Ya Allah diatas segala-galanya.

Vie berusaha untuk mengejar sesuatu dalam hidup Vie tapi Vie tidak mahu sentuh bab itu dalam blog Vie. Biarlah itu menjadi rahsia buat Vie dan hanya Allah saja tali pengukurnya. Cuma dalam masa Vie berurusan, Vie banyak belajar mengenal dan tersedar beberapa perkara yang Vie rasa Vie boleh kongsi kepada semua. Tentang nilai kawan , teman , sahabat , keluarga dan Allah. Semoga pengalaman ini menjadikan Vie seorang yang matang dan terus mencuba untuk menjadi yang lebih baik dari Vie sebelum ini. Seperti sabda Rasulullah salallahu’alai wasallam “Tuntutlah ilmu mulai dari buaian hingga ke liang lahad”( HR Bukhari). Maksudnya ilmu itu tidak pernah bersempadan, tidak pernah ada tali akhirnya untuk kita berhenti dan mengalah. Kita sepatutnya terus dan terus belajar untuk menjadi insan yang berilmu sampai hembusan terakhir nafas kita...

Patutlah dulu arwah datuk Vie selalu cakap “Orang makin tua, makin banyak ilmunya”. Mungkin itu juga dikaitkan dengan ‘pengalaman’ yang kita lalui dalam kehidupan kita. Masa mematangkan kita, tetapi Vie percaya, manusia yang matang adalah manusia yang berhati luhur untuk menerima ‘pengalaman’ sebagai ilmu untuk dijadikan panduan dalam hidup mereka dan bukannya berusia melalui angka tapi kosong dalam dadanya. Naudzubillah… Vie tidak mahu jadi sebahagian dari itu.

Siapa itu kawan ? kawan adalah yang sentiasa menemani kita tetapi akhirnya akan meninggalkan kita bila sampai tahap kepuasan dalam hatinya. Siapa itu teman? teman adalah yang setia hadir disetiap susah dan senang kita tanpa tahu punca dan sebabnya, Dan… Siapa itu ‘sahabat’ ? sahabat lebih sama ertinya dengan ‘teman’ tetapi istimewanya sahabat adalah yang selalu menyelamatkan kita agar tidak memperbodohkan diri dan diperbodohkan oleh hidupan yang melalaikan kita dari landasan kebenaran..

Dari pergaulan Vie lah, Vie tahu bahawa ‘Kawan’ akan menilai kita dengan perkataan “kalau lah aku boleh berkawan dengan dia”.. jadi bila sudah menjadi kawan, maka dia tahu tentang kelebihan dan kelemahan kawannya. Persoalannya, sanggupkah dia bertahan bila mencapai tahap ‘puas’ melihat kekurangan kawannya itu ? mesti tidak… ! kerana dia melimitkan nilai perhubungan mereka. Seperti pelangi yang hadir seketika sahaja, bila sampai tempoh kembapan hilang maka ia akan pergi dari pandangan.

Wahai teman, terima kasih kerana selalu menyokongku dari belakang dalam susah dan senangku. “Kenapa kau mau jadi kawan aku ?” “sebab aku suka berkawan sama kau.. kau buat aku happy biarpun ada ketikanya kau buat aku macam mau makan kau”… (so sweet…*finger crossed*). Itulah teman, hadirnya benar-benar memberi makna tanpa mengetahui punca dan sebab silaturrahim itu dibina. Bagai bintang yang wujud di malam hari, menemani bulan tanpa tahu apa punca dan sebabnya. Subahanallah

Masya Allah Tabarakallah… dalam pergaulan juga Vie kenal dengan apa yang diertikan sebagai ‘sahabat’. “Kita bertemu dan berpisah kerana Allah.” “Biarlah kau benci aku kerana menegur salahmu yang penting aku tidak mau kau terus tenggelam dengan kejahilan(kebodohan)mu.” Siapa diantara kita yang pernah mendengar kata-kata ini ? Jika ada, jangan lepaskan sahabat itu kerana itulah sahabat semanis iman, yang memimpin kita mencari redha Allah subhana wata’ala di dunia dan di akhirat dan tidak sesekali mahu kita menjadi bahan ketawaan orang lain. Semoga Allah membalasmu dengan kelapangan rahmat-Nya di dunia dan akhirat wahai sahabatku. Amin Ya Robbal a’lamin.

Vie sering merasa sedih atas apa yang terjadi tetapi demi Allah, Vie bahagia mempunyai keluarga yang selalu menjadi ‘pemukul lalat’ buat vie jika Vie berbuat kesalahan dalam kehidupan Vie. Mereka menyedarkan Vie dari pelbagai sudut, soal pergaulan, percakapan, tingkah laku dan akhlak yang lain. Mereka menjadi alarm peringatan pada sesuatu yang kurang atau yang terlepas dari pandangan mata atau mata hati Vie. Apalagi jika dikaitan dengan pengorbanan, tentu saja mereka adalah tongkat sakti buat Vie ketika susah, ketika sedih, ketika sakit, ketika kekurangan dan segala-galanya. Mereka menjadi tongkat menyambut kepatahan perjalanan langkah Vie, menjadi api pembakar semangat untuk meneruskan perjuangan dan pemujuk hati yang setia ketika Vie terlupa untuk terseyum dan ketawa. Ya Allah, terima kasih dengan rahmat-Mu ini.

Inilah kehidupan, di mana bersangkut-paut dengan setiap perkembangan dan pertumbuhan hidup yang kita teladani dan pegang dalam perjalanan kita yang masih jauh dan panjang. Tetapi sedang enak kita dibuai ilmu dunia, akhirnya kita pasti akan kembali dengan yang maha esa. Lahaula wala quwata’ illabillah.. siapalah kita tanpa pertolongan dari Allah. Sekalipun adanya kawan, wujudnya teman dan hadirnya sahabat mahupun hebatnya cinta keluarga… dipenghujung jalan, pasti ! Allah juga tempat kita sandarkan hati. Zat yang maha kekal yang menyedarkan kita bahawa kewujudan-Nya adalah abadi ! tanpa Dia meminta apa pun kebaikkan dari kita untuk manfaat kepada-Nya melainkan kita yang mengharapkan rahmat, kasih, sayang dan cinta daripada-Nya di dunia mahupun akhirat nanti.

Siapa aku ? siapa kamu ? siapa mereka ? kalau cuma berkongsi kepada satu saja jawapannya iaitu HAMBA ALLAH ! Subhanallah, Alhamdulillah, La illaha illallah, Allahu Akhabar, walillah ilham !! Lalu haruskah kita menyandarkan hidup dan mati kita kepada sesuatu yang tidak kekal sehingga sanggup tunduk pada darjat dan membiarkan keangguhan hati untuk menjadi lebih tinggi daripada lain ? Sedangkan Allahlah satu-satunya tempat dimana kita sepatutnya menyandarkan hidup dan meminta di atas sesuatu.. Seperti sabda Rasulullah Salallhua'alihi wasallam

"Barang siapa yang Akhirat menjadi harapannya, Allah akan menjadikan rasa cukup di dalam hatinya serta mempersatukannya, dan dunia akan datang kepadanya dalam keadaan putuh dan hina. Tetapi siapa yang dunia menjadi harapannya. Allah akan menjadikan kefakiran berada di depan matanya serta mencerai-beraikannya, dan dunia tidak akan datang kepadanya kecuali sekadar apa yang telah ditetapkan baginya"

Vie sandarkan segalanya kepada Allahu Rabbi, hanya kekuasanNya yang boleh menunjukkan keajaiban.. Tiada yang sia-sia bagi Allah.. bukankah Dia maha adil lagi maha bijaksana ? setiap langkah dan perbuatan atau peristiwa telah diJAGA Allah dengan sebaik-baiknya. Kita menzalimi atau menjahilkan orang lain tetapi kita jangan sesekali lupa bahawa Allah subhana wata’ala itu wujud dan maha melihat diatas segala tindak-tanduk kita. Jangan lupa ! Dia pasti menjaga hamba-hamba-Nya sekalipun hamba-Nya itu berbuat kemungkaran kepada insan lain. Kalau tidak, tidak lah kita kenal bahawa Allah subhana wata’ala itu Maha melindungi, maha pengampun lagi maha Penyanyang . Masya Allah, tabarakallah !

Vie redha diatas segala permainan duniawi, dengan hati yang ikhlas Vie sandarkan segalanya kepada Allah. Alhamdulillah, krana selama ini Vie selalu berpegang pada sabda Rasulullah 'kekayaan itu bukanlah dengan banyaknya harta, tetapi kekayaan sejati ialah kekayaan jiwa' (HR Muslim) Vie tidak kisah apa pun yang berlaku sekalipun Vie jatuh tersungkur dengan permainan kawan-Teman-Sahabat diatas perjalanan hidup ini kerana Vie yakin dengan Allah subhana wata'ala yang maha melindungi hamba-hambaNya..

Vie doakan kesejateraan semua, mungkin apa yang betul atau salah tidak dapat dibuktikan didunia kerana manusia lebih memilih sifat keangkuhan dalam mengejar nafsu duniawi tetapi insyaAllah, Vie tidak mau tergolong dalam golongan sedimikian.. Jika itu juga tanggapan mereka pada Vie, mungkin itu juga selayaknya yang mereka patut terima sebagaimana yang disabdakan Rasulullah : sebagaimana kamu memperlakukan maka begitu juga kamu akan diperlakukan (HR Ibnu 'Adil)

Syukur ya Allah, dengan kerendahan hati Vie redhakan semuanya. Demi Allah, siapa pun yang wujud dalam hidup Vie sama ada dia hadir menjadi kawan atau teman atau sahabat atau apa-apa saja kewujuddannya, Vie serahkan kepada Allah. Sesungguhnya hanya Dia menjadi tempat kebergantungan hidup dan mati kita. Semoga Vie sentiasa istiqomah di jalan Allah dan mempunyai hati yang tawaduk semata-mata mengharap dan mendambakan redha Allahu Robbi. Amin ya Robbi a’lamin

4 comments:

chiquinqira braga said...

POst y menarik utk dibaca......keep it up kak Vie...~ :)

Rashid said...

hmm hmm .. hanya padaNya segalanya ..

Wanda Alwani said...

Assalammualaikum, kak vie.. saya baru je masuk ke blog kak vie, dan entry nie betul2 buat air mata saya mengalir kak.. ape yng akak tulis nie, memang tengah berlaku pada saya... smua tu buat sy belajar dan npk yang mana satu kawan, yang mana satu teman dan yang mana satu sahabat..

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

Alhamdulillah..nice entry sis vie. realitinya, lebih ramai 'kawan' dari 'sahabat'. once dah da 'sahabat', kita kena hargai kurniaan Allah itu. =)