Thursday, May 7, 2009

Nilai Kemanusiaan

"Kenapa Masyarakat tidak memberi kesempatan untuk seorang insan lain memperbetulkan hidupnya ?"

Vie dikejutkan dengan satu komen yang telah dihantar oleh seorang hamba Allah yang Vie tidak kenali identitinya yang mengatakan bahawa seolah-olah Vie meminta simpati dari pihak pembaca dengan mengutarakan pendapat yang Vie luahkan di blog peribadi milik Vie sendiri walhal kehadiran blog ini sesekali tidak pernah akan mengganggu hidupnya.

Bagi Vie, setiap individu mempunyai hak peribadi untuk melakukan apa saja yang mereka hendak lakukan asalkan perkara itu tidak mengganggu kehidupan orang lain. Dalam Blog Vie ini, Vie banyak mengutarakan soal pendapat Vie berpandukan dengan pengalaman masa lepas dan masa kini yang telah banyak berlaku di sekeliling kehidupan Vie kerana Vie percaya bahawa kisah-kisah dalam hidup Vie boleh diambil iktibar untuk dijadikan pedoman dan landasan kepada kehidupan orang lain.

Jika Vie meminta simpati, mengapa ada individu lain yang masih hendak mencabar Vie untuk menghentikan topik-topik dalam blog Vie dan beliau menyuruh Vie menceritakan tentang kebahagiaan yang Vie miliki sekarang. bukankah kehadiran insan-insan sepertinya yang tidak senang melihat kebahagiaan yang dimiliki oleh orang lain lalu sewenang-wenangnya mengkritik kehidupan orang lain ? Dulu orang tidak kenal siapa itu Vie shantie binti Harun tetapi apabila Vie ditakdirkan berkahwin dengan EY banyak pula timbul kejadian-kejadian yang ghaib lagi ajaib berlaku dalam kehidupan Vie. Bolehlah Vie katakan disini bahawa "Bila kita senang orang cuba menjatuhkan kita tapi bila kita mula bersuara duka orang kata kita minta simpati". Ada sesiapa yang boleh bagitau Vie, apa jalan terbaik untuk Vie ?

Syukurlah, adanya Blog seperti ini sedikit sebanyak dapatlah membersihkan nama Vie yang telah diconteng dengan hina dari mereka-mereka yang tidak mempunyai jiwa kemanusiaan. Pernahkah mereka memikirkan bagaimana susahnya untuk menghadapi kesukaran ini ? Pendek cerita, pernahkah mereka memikirkan bagaimana payahnya menjadi Vie Shantie ?

Semua orang mempunyai keinginan untuk memperbetulkan hidup mereka. Ahli Psikologist seperti Gestalt menyatakan manusia mengarah ke tahap 'kesempurnaan kendiri' sebab itulah manusia sentiasa mencari ruang dan masa untuk bertanggungjawab merubah hidup mereka agar menjadi lebih baik dari sebelumnya. Dalam teori Psikoanalisis yang diasaskan oleh seorang tokoh yang bernama Sigmund Frued pula menyatakan bahawa manusia sering mengelak dari menjadi pesalah dengan menggunakan kemahiran membela diri secara tidak sedar yang dikenali sebagai 'Mekanisma Bela Diri'. Ini bertujuan untuk mempertahankan diri dari berterusan diserang oleh konflik dan dijadikan sebagi pesalah dalam kehidupan mereka. Cukuplah keterangan ini menyokong hujah Vie bahawa semua individu ingin memperbetulkan kehidupan mereka demi mencari sebuah kesempurnaan serta kebahagiaan.
Vie percaya, tidak ada seorang insan pun di dunia ini ingin dijadikan hamba dari cacian dan hinaan mulut orang. Begitu juga dengan Vie, sebab itulah jika insan-insan lain seringan nya mengutuk tentang diri Vie, walhal kami tidak pun saling mengenal antara satu dengan lain Mengapa tidak diri Vie yang dijadikan seperti 'Pisang goreng yang panas' ini sendiri tampil untuk membela diri Vie sendiri ? Salahkah Vie bertindak begini ?

Selama ini Vie tidak pernah mengacau hidup orang apatahlagi ingin menjadi 'dalang' untuk memusnahkan maruah seseorang. Ingin Vie tegaskan disini, hadirnya Blog ini adalah untuk menjadi bingkisan sebuah luahan perasaan dari pengalaman yang banyak menjadi 'guru' kepada Vie. Kalau pembaca boleh perasan, Vie banyak menggunakan 'Persoalan' sebab Vie mahu kita bersama-sama memikirkan jika anda berada dalam situasi Vie Shanti, bagaimana dan apa yang akan anda lakukan ? mungkin anda juga akan mengambil keputusan yang sama.

Kita kena sedar bahawa kita adalah insan yang lemah yang bermaksud kita tidak lari dari melakukan sebarang dosa sama ada dosa itu datang sebagai dosa yang besar mahupun dalam bentuk dosa yang kecil. cuma yang membezakan kita adalah takdir ! Sebab itulah kita diberitahu oleh agama bahawa Allah SWT menyuruh hamba-Nya bertaubat pada setiap kali melakukan dosa. Bukan kah Dia yang Maha Mengetahui atas semua kejadian kerana Dia yang mencipta semua hamba-hamba-Nya ? Kita jangan lupa kenyataan bahawa 'semua insan itu adalah lemah' dan tidak akan lekang dari berbuat dosa. Setelah itu, kita akan berasa menyesal lalu cuba untuk kembali kepada jalan-Nya. Hanya pada Allah SWT tempat kita memohon keapunan kerana Dia Maha Pengampun dan jika manusia yang diamanah untuk mengampunkan manusia maka tidak ada seorang manusia pun yang akan bersih dari dosanya walau berkurun kalinya dilahirkan di dunia ini kerana manusia bersifat pengunkit dan perjudis terhadap orang lain.

Wahai Pembaca yang dihormati sekalian, cuba renungkan... Jika seorang pencipta boleh mengampunkan hamba-Nya sedangkan Dia bisa menarik segala kemanisan hidup yang diberi oleh-Nya hanya dengan sekelip mata, mengapa tidak kita sesama manusia yang serba-serbih kekurangan ini ?

Fikirkanlah, Perjalanan hidup kita akan terhenti bila sampai ke destinasi yang telah ditentukan. Bekalkanlah hidup kita dengan amalan yang berguna dan bukannya menghancurkan roh dan jasad untuk dijahamankan di akhirat kelak. Takutlah pada Allah SWT, kerana akan sampai waktunya kitakan kembali pada-Nya. Semakin hari Vie dihina dan dicacih semakin banyaklah pahala Vie perolehi manakala keadaan pengumpat-pengumpat dan penghina-penghina ini hanya melabur dosa dicacatan amalan hidup mereka. Cuma Vie sebagai insan terlalu lemah untuk menghirup segala kekotoran lembaran dari bicara-bicara liar dari mulut mereka yang tidak berperikemanuisaan ini.

Dan sekurang-kurangnya, Vie telah bertaubat dan kembali di jalan yang berlandasan langkah sepatutnya Vie susuri. Anda pula bagaimana ??

Pada kesempatan ini, Vie mohon maaf jika Vie pernah berbuat dosa pada kalian sehingga timbul perasaan dendam dan nekad untuk menjatuhkan hidup Vie. Tetapi jika Vie tidak pernah mengacau hidup kamu, Vie mohon berilah Vie ruang untuk bernafaz dan menikmati kehidupan yang Vie perolehi sekarang. Lagipun setahu Vie, Vie tidak pernah mengganggu hidup orang dan Vie harap kamu sedar akan hakikat itu...

KITA TIDAK AKAN TERSALAH LANGKAH, JIKA KITA TAHU TAKDIR KITA UNTUK HARI ESOK !

21 comments:

Azwan Hashim said...

Salam Vie,

Azwan bersetuju dgn hujah2 @ kata-kata Vie..

Selagi kita ada ruang dan kesempatan, mengapa tidak kita gunakan sebaik mungkin kan..
Semua insan di muka bumi ini ada hak untuk bersuara.. =)

Sememangnya, kita tak boleh nak puaskan hati semua orang...

Semoga Vie terus tabah menempuh setiap dugaan & cabaran yg melanda.

Anonymous said...

Salam V,

Tiada manusia yg sempurna d dunia ni.
Mereka2 yg cuba mjatuhkan V sebenarnya cemburu dgn apa yg v miliki. So, biarkan mereka dgn perasaan hasad dengki & perasaan ingin mjatuhkan V kerana kelak perasaan itu la yg akan memakan diri mereka sdiri.

Semoga V sabar & tabah mharungi dugaan yg datang =)

hrmm...sy da jd follower blog V ni. Rasa bez sgt2 baca kata2 V d dlm ni. Teruskan & selalu la update blog V ni ya =)

Have a nice day =)

Anonymous said...

Morning Vie,

Alahai siapa lagi lah hamba tuhan ni yang masih tidak puas hati??
Untuk orang yang tidak puas hati ni..Please lah stop it!! Saya bukan menyokong atau mengagung-agungkan VIE SHANTIE kerana dia berkahwin dengan seorang artis..BUKAN!!!!Tetapi kerana keperibadian dia yang baik,kerana dia org yg humble,krn dia org yg soleh..Dia sendiri mengakui semua kesilapan & kesalahan nya..apa lagi yang kau mahu wahai Orang-Orang Penyibuk??? Tidak puas hati lagi kah melihat dia sengsara?? tidak puas hati lagi kah kamu melihat dia menderita dengan kata-kata caci orang luar??????
Berhentilah..Bertaubatlah...Beri lah dia ruang untuk bernafas dan membina hidup yang bahagia dengan keluarganya?? Jika saya yang berada di tempatnya dan merasai segalanya tohmahan yang melanda mungkin saya sudah lama putus asa..Mungkin saya sudah lama menyepi..Kejam sangat kamu wahai ORANG-ORANG PENYIBUK (OOP)!! Sakit hati melihat dan membaca cerita-cerita tentang kawanku di dalam blog-blog yang lain!! Dari dia bercerai,sebelum berkahwin dengan suaminya..dan selepas berkahwin dengan EY!! Kadang2 bila membaca kritikan dan cacian yang pedas dan tidak masuk akal tergelak rasanya,kerana (OOP) teringin sangat melihat mahligai yang VIE SHANTIE bina runtuh!!! aduhaiiii..tetapi apabila melihat kebahagiaan rumahtangganya bahagia kini makin panas lah hati (OOP) ni!!!!

Bagi saya,VIE SHANTIE mempunyai hak untuk BERBLOG,,sama seperti orang lain..Dia berhak untuk bersuara,mengutarakan persoalan,pandangan dan segalanya yang dia rasakan perlu!! Kalau (OOP) tidak suka melihat blognya..then get losttttt! Banyak lagi ruangan sembang atau blog yang kamu boleh layari..

Panasnya hati saya pagi2 ni..Kerana kawan saya selalu dikritik,dicaci,dihina!!...
Ini lah guna nya seorang kawan..apabila kawan bersedih kawan lah yang memebri sokongan dan dorongan!..

Utk OOP, berhentilah daripada menyibuk hal orang lain..

Kerana walau siapapun VIE SHANTIE..kami sentiasa bersamanya selalu..Janganlah dikutuk dan janganlah dihina kerana upahmu adalah dineraka ..Berdosa!!

To Vie Shantie..I luv u.. :)
To Vie Zaara..Hpy Belated Birthday Princess ..Semoga tabah seperti mommy bila besar nanti..

HUGSSSS...

E.E.M

shahirahkhairudin said...

Shira setuju dengan Vie. hidup mmg mcm ni Vie. walau kita tak pernah ambil peduli tentang hidup orang lain, ada sahaja org yg nak ambil kisah tentang hidup kita. mencari di mana buruk kita. tuntasnya, setiap perlakuan kita, tak kan pernah dapat memuaskan hati semua orang. langkah terbaik, buat apa saja yang kita rasa baik untuk hidup kita. pedulikan pandangan dan cemuhan masyarakat. hanya kita yang kenal siapa diri kita. susah kita, derita kita, kita sendiri yang rasa. air mata kita, kita sendiri yang menyekanya..

kecekalan, doa serta kasih sayang dari keluarga akn menjadi tonggak utama untuk kita terus berdiri..

Anonymous said...

Assalamualaikum vie..

Cahya harap vie tabah menghadapi sgala dugaan dan rintangan yg melanda vie.. pada pendapat cahya, org2 yg selalu menghina dan mencerca vie tu bukan nya apa, mereka cemburu melihat ciptaan TUHAN yg sempurna seperti vie.. mereka memang buta hati dan tak menghargai ciptaan ALLAH, mereka hina vie seperti mereka hina ALLAH..

Harap vie tabah dalam apa jua keaadaan.. insyallah suatu hari nanti pasti akan nampak kebenaran walaupun cahya nda kenal vie tapi cahya pun seperti vie seorg wanita yg memahami perasaan wanita yg lain... seperti kata vie, menjadi cantik pun susah, kalau tak cantik pun susah, pun byk yg menghina.. padahal cantik dan buruk tu smua kerja TUHAN.. Syukur apa yg kita ada..

Buat mereka yg suka menghina tu.. pikir2 kan lah.. kita sama di sisi ALLAH kerana kita smua ciptaan nya yang maha KUASA..

Cahya doakan zie agar bahagia selalu d samping puteri cantik zaara dan suami tercinta..

P/S: cahya peminat EY dan sekarang peminat vie dari Brunei.. hehe.. lov u alwez.. be strong..

Cahya Suria

Anonymous said...

Apa hal org yg x puas hati dgn blog VIE nie....klu x suka blog vie nie jgn la jelajah blog nie...fhm...klu sekadar nak mencaci n menghina baik jgn baca nnt jiwa yg org 2 akan merana dgn kebahagian yg VIE n Family kecapi...fhm..

sblum mencaci blog VIE cermin dulu diri sendiri adakah anda mempunyai kehidupan yg sempurna...

Izah Radzi said...

Hi vie,
jangan difikirkan apa yg org luar ckp..saya suka baca blog vie..
yang baik kite ambil sebagai pedoman :)

anyway awk ni kan beauty with brain... :)

ziah said...

lawalah tie,
aku setuju dgn apa yg kau tulis...
bukannya bagi apa2 kesan pun sama hidup dorg... kalau rasa boring atau bosan mau baca ni blog jangan kasi susah tu diri untuk baca...
JANGAN JADI BODOH UTK MEMBOSANKAN DIRI SENDIRI.

tapi aku rasa org2 yang tidak pandai berenti ni sebenarnya mau jadi BAYANG-BAYANG KAU bah... dorg punya hobi suka jaga tepi kain org. biarlah dorg hidup di kutub utara sekali pun tapi MENGUMPAT tetap nombor satu sama dorg.. kau tau jugalah... DARAH DAGING.

nasihat aku,
ni mulut murahan ni tiak payah mau layan. makin di layan makin menjadi. naik minyak mau dpt publisiti murahan.. tau2 jadi bahan KETAWA ORG SAJA...

yang penting suami dan keluarga kenal dan sokong kau dari belakang. aku percaya bahawa ada ramai org lagi yang ingin menyokong. jadi jgn kasi berat tu kepala mau layan segala ORANG-ORANG GILA yang suka kasi musnah hidup org.

OK Tie,
i love you so much sis... u mean everything to me...

mmuuuaaaxxx !!

:: Leeza Joe :: said...

Salam Vie...
Terpegun sejenak membaca luahan Vie...semoga tabah mengharungi 1001onak duri dalam kehidupan yg serba sementara...manusia sebegini mmg gemar mencari keburukan insan lain tanpa mencermin peribadi mereka terlebih dahulu...

Vie Shantie said...

Syukur Alhamdulillah, terharu sangat bila Vie masih ada kawan2 yang setia menemani Vie dalam keadaan senang dan susah hidup vie.. Tq very much hanya Allah SWT yang mampu membalasnya..

Josephine Delgado said...

Hi Vie,

I love your blog and well written. I really hope those people will just leave you and your family alone. Mereka ni dah tak ada kerja lain except jaga tepi kain orang. Just be strong and accept this as a dugaan. You know you still have Friends that care about you. I mean You and not because you are an artist. Just ignore them cos whatever the person has written has no meaning to us - who are you friends! What is in the past is in the past! We can't turn back time so just forward and we know what we have done and rectify it. Just be happy with what you have now and don't bother about what has been written cos only God knows the truth. May God bless you and your family always. Hugs!

Anonymous said...

Salam Vie,

Pekakkan telinga dan butakan mata Vie, suka hati dorang lah apa dorang mahu cakap. Org-2 macam ni sebenarnya nak minta perhatian sebab tak ada siapa yang nak layan dorang! Kita pun bosan suda dengar same old thing over and over again,kan. Yang penting kita tahu siapa diri kita. Dugaan....

Love u always,
Riena C.

Vie Shantie said...

To my dearest friends JOSIE & RIENA.. thank u very much for ur support ya.. love u guys always, huGs!

Anonymous said...

In, Semoga menjadi lbih tabah naa =)

Anonymous said...

Dalam hidup, terutama jika V seorang yang selalu memberi, memperbaiki, mempengaruhi & berusaha membangun maka V akan selalu menjumpai kritikan-kritikan pedas & pahit bahkan mungkin sekali V akan mendapatkan cemuhan & hinaan. Waspadalah terhadap apa yang mereka katakan. Kuatkan jiwa untuk mendengar kritikan. Bersikaplah laksana batu cadas; tetap kukuh berdiri, meski diterpa butiran-butiran salju yang menderanya setiap saat & ia jestru semakin kukuh kerananya. Jika V merasa terusik & terpengaruh oleh kritikan/cemuhan mereka. Bererti V telah meluluskan keinginan meraka untuk mengotori & mencemarkan kehidupan V. Jangan pernah merasa tertekan dalam upaya untuk menjatuhkn anda. Sesungguhnya kritikannya merupakan penghormatan. Yakini, semakin tinggi darjat & kedudukn V, maka akan semakin pedas pula kritikn itu. Betapa pun V akan merasa kesulitan membungkam mulut meraka & mengunci lidah meraka. Yang V mampu adalah hanya mengubur dalam-dalam setiap kritikan mereka,memperbaiki akhlak & meluruskan setiap kesalahan. Bila anda ingin diterima oleh semua pihak, dicintai semua orang & terhindar dari aib didunia berarti anda menginginkan sesuatu yang mustahil & mengangankan sesuatu yang jauh untuk diwujudkan...meluahkan masalah itu tdk salah, tetapi apabila luahan dibuat scr terbuka,di baca oleh musuh2 yg tdk amanah, takut ianya akan memakan diri sendiri...

Anonymous said...

A person who reacted that way, not because they want to or they like to... maybe something has happen to them which related to us, where we as a human didn't realise it..
This behavior happen maybe because of jealousy or unsatisfied or maybe they need "closure" from us...
there's a wording goes "unfinish business".
Of course we can't make everyone happy... but we also have to be sensitive with everything that happens around us...
For me, it's just a thought that everyone should think and realise about it...

Vie Shantie said...

Thank u for the comments ya..
bagi Vie,Semua manusia punya hak untuk membela diri sendiri.. cuma jangan sampai mengeluarkan kata2 menghina & menjatuhkan insan2 lain.. sesama manusia tidak salah rasanya jika kita saling nasihat menasihati antara satu dengan yg lain...

mumsie said...

Hi Vie! We may not know eachother very well though we came frm the same town...bah besar jg bah Trn tu, kan?

Just want to say this..love reading all yr articles..a touch of wisdom in it. This is yr blog u have the right to write what u like. Frankly, I admire & salute yr wisdom in responding to all the neg. comments.

Sabar ja lah...ambil yg baik ja & continue writing what u like ;).

All the best & God bless u & yr beautiful family.

nurayunni said...

cutenyer ank vie...

Anonymous said...

Hello Vie

I happen to stumble across these controversies when googling for something else entirely different. Thus all the comments, your husband's blogs and end up here.

My only thoughts on this matter, it doesn't matter what you do in the past, as long as you acknowledge and admit that you have made a mistake, and am ready to change and lead life in the right path from now onwards!

Hope for the best!

YD

Anonymous said...

dear vie,
membaca blog vie telah membuatkan saya sedar bahawa masih ada wanita cantik yg bersandarkan pada ilmu pengetahuan dan agama.seronok baca.terkesan juga.penggunaan bahasa2 yang sangat bagus dan menusuk hati.insyaAllah sy juga mahu mencontohimu menjadi wanita muslimah.mudah-mudahan vie sentiasa bahagia,amiiin.