Vie terpanggil untuk menulis lagi di blog kesukaan ramai ini apabila seorang 'hantu' (kerana tak mengenal identitinya) yang telah menghantar 'komen' yang berisi satu laman blog (yang sedang menikmati atau menumpang glamour orang lain demi untuk mempublisitikan blognya). Vie tahu tujuan dan objektif sebenar 'hantu' tersebut, ia semata-mata ingin memprovoke dan memalukan Vie untuk memuaskan hatinya. Tidak cukup dengan itu, 'hantu' ni telah menghantar alamat blog tersebut kepada EY dan ternyata tujuan utamanya adalah untuk memporak-porandakan hidup dan rumahtangga orang.
Kewujudan 'hantu' ini ternyata mempunyai satu motif yang jelas iaitu dia menginginkan Vie sengsara dan terus menderita. Cerita-cerita yang dilemparkan dalam blog tersebut sangat pedih sehingga boleh meluluhkan hati dan nurani. Namun Vie bersyukur kerana sokongan dan dorongan EY pada Vie telah menguatkan hati dan perasaan Vie untuk berhadapan dengan 'hantu-hantu' ini dengan tabah dan bertawakal kepada Allah SWT. Mujur juga Kakak Vie sendiri mempunyai kebolehan untuk memberi motivasi pada Vie, begitu juga dengan ahli keluarga yang lain serta sokongan daripada kawan-kawan pada Vie.
Vie ingin tegaskan kepada 'hantu-hantu' yang tidak berperikemanusiaan dan tidak mempunyai nilai sivik dalam diri mereka ini bahawa kita hidup dimuka bumi ada ketikanya kita berada diatas dan ada masanya kita akan merasa jauh dibawah cuma yang membezakan adalah masa dan keadaan. Mungkin dengan kebiadapan yang anda lakukan ini anda akan peroleh kepuasan tetapi sebagai insan yang berhadapan dengan keperitan situasi ini Vie hanya mampu meluahkan perasaan sedih Vie.
Penganiayaan yang berlaku mendesak Vie menulis.... 'sebagaimana hancur dan luluhnya hati Vie dengan apa yang telah mereka lemparkan pada Vie, Vie berdoa agar mereka akan merasa penderitaan itu lebih teruk daripada apa yang Vie terima', 'kepada sesiapa yang menyebarkan fitnah, hasutan dan cacian yang tidak berasas itu, Vie tidak pernah akan memaafkan mereka kerana tindakan durjana mereka boleh menimbulkan padangan buruk masyarakat terhadap kehidupan Vie', 'Jika mereka memberikan keburukan kepada Vie sedangkan Vie tidak pernah mengacau hidup mereka, Vie berdoa agar mereka merasa keadaan yang sama suatu masa nanti' dan 'jika niat mereka ingin memporak-porandakan hidup Vie, Vie berdoa semoga tiada syurga buat mereka kelak kerana kita semua tahu bahawa "tidak cium bau syurga bagi sesiapa yang memutuskan silaturrahim, sesiapa yang menfitnah dosanya sebesar seperti membunuh dan yang mencerita keaiban seseorang seperti memakan daging saudaranya sendiri".
Apa yang mencerminkan peribadi 'hantu-hantu' ini adalah sikap mereka sendiri, selain mengata dan memfitnah hidup orang secara liar mereka juga memperlihatkan kebodohan mereka sendiri dengan bergaduh sesama sendiri dalam blog sanjungan mereka tersebut. Ternyata mereka adalah dari golongan yang mempunyai nilai moral dan sivik yang rendah. Vie tahu mereka mengikut perkembangan Vie sebab itulah Vie sentiasa 'dihantui' kiriman yang tidak beridentiti ini dan kerana itu jugalah Vie menggelarkan mereka 'hantu' kerana kehadiran mereka cukup 'mistik' iaitu tidak dikenali dan tidak diketahui.
Buat 'hantu-hantu' sekalian, Vie memang kisah dengan apa yang telah kamu rencanakan tapi Vie ingin anda semua tahu bahawa VIE TERSANGATLAH BAHAGIA DENGAN KEHIDUPAN VIE SEKARANG. Sebenarnya, Vie tahu siapa punya angkara ni semua tetapi biarlah Allah SWT yang membalas segala amalan 'hantu' tersebut kerana Allah SWT yang mengadili hamba-hamba-Nya. Biarlah Vie ingatkan disini, segala amalan dan tingkah laku kita dihisap oleh Allah SWT bukan 'hantu-hantu' sekalian. Lihatlah diri anda dahulu sebelum mengata orang ! Semua orang tahu bahawa hidup Vie telah menjadi lebih baik dari dulu sebab tu ramai yang ingin menjatuhkan dan menghancurkan... tapi hidup anda bagaimana ???!! Kesian...
Bila berhadapan dengan "HANTU-HANTU" sebegini satu perkataan yang mampu Vie ucapkan iaitu A'u'dzubillahiminnasyaitannirazim.... !