Saturday, March 21, 2009

Cinta Orang Ketiga...

Sejenak Vie terfikir tentang hidup ini 'bolehkah aku berkongsi kasih?'. Sesaat jantung ini berdegup kencang memikirkan tentang berkongsi kasih atau berkongsi pasangan hidup kita.. Penerimaan masyarakat tentang hidup bermadu bukanlah satu perkara yang luar biasa kerana ianya sering terjadi kepada pasangan2 yang telah mendirikan rumah tangga dan bagi sesetengah orang, itu adalah takdir yang telah ditentukan di dalam hidup mereka.. Tahukah kamu, kita manusia hanya mampu merancang tapi Allah SWT lah yang akan menentukan segalanya.. Jodoh adalah rahsia Allah SWT tapi kita punya pilihan untuk tentukan jodoh hidup kita, walaupun mungkin amat perit bagi kita kerana terpaksa melalui pelbagai macam dugaan.. Bagi Vie, jika cinta haruslah kita perjuangkan perasaan itu hingga ke akhir hayat hidup kita di dunia ini.. Cinta adalah satu perasaan yang tidak boleh di lihat tapi dapat kita rasa didalam diri dan hati kita..

Mungkin kerana perasaan cinta yang teramat kuat mampu untuk menghanyutkan kita terus kepada perasaan cemburu dan tidak ingin berkongsi apa yang kita rasai dengan orang ketiga.. Vie tidak dapat terima jika kasih sayang yang Vie miliki 100% terpaksa dibahagikan kepada orang ketiga, sekiranya lelaki meletakkan diri mereka seketika ditempat perempuan dan dibahagi cintanya apa yang akan mereka rasa? Perasaan itu adalah perasaan yang tidak mungkin akan dihindari oleh insan yang bergelar manusia tetapi dalam situasi sebegini kita punya pilihan sama ada mahu meneruskan atau mengelakkan diri daripada terjadinya cinta dan bibit-bibit kasih yang bakal mendatang.. Tuhan telah kurniakan hambaNya dengan akal fikiran dan dengan itulah kita boleh membezakan buruk baiknya sesuatu perkara atau situasi yang akan kita hadapi.. Pertahankanlah cinta yang kita ada demi keharmonian istana yang telah atau yang bakal dibina bersama insan yang tersayang kerana sekiranya tidak, rugi rasanya untuk menabur cinta dan akhirnya terkandas di pertengahan jalan umpama "mengharap panas hingga ke petang tetapi rupanya hujan ditengahari".

Ini adalah pendapat Vie sahaja dan mungkin juga Vie silap.. Vie ingin mendapatkan komen dan pendapat yang bernas tentang isu di atas dari teman-teman supaya kita sama-sama dapat untuk berkongsi idea atau pengalaman sambil kita bertukar-tukar pendapat...

18 comments:

Anonymous said...

Am wit u vie..tak dapat sy bayangkan hidup dengan berkongsi kasih..terasa diri tak cukup dihargai dan tidak selamat apabila teman hidup bersama dengan yg lain..tp apa2 pun..semuanye adalah takdir tuhan..tiada cinta yg kekal abadi selain cinta kepadaNYA..walau apa pun bg sy hidup berpoligami sgtlah sukar terutama untuk berlaku adil pada isteri-isteri dan anak-anak sedangkan hidup dalam keluarga yang besar pun masih sukar untuk berlaku adil..

Anonymous said...

weina kak ini kunu nur suka... menyentuh hati,lbh2 lg lagu kakak 2 buat org menangis terus if baca blog kakak nie tau!!!! nway i like it...

Anonymous said...

i really like this topic Vie..

Anonymous said...

macam mana boleh terkeluar topik ni B? macam perli i aje, hahaha... i sayang kat u dan cuma u aje dunia akhirat, amin...

topik yang bagus dan patut untuk diambil berat buat insan yang mempunyai hati dan perasaan untuk menduakan kasih dan cinta.

sebenarnya sebagai seorang lelaki yang bergelar suami, amanah yang dipertanggungjawabkan di atas bahu kita amatlah berat dan sememangnya sukar untuk berlaku adil walaupun lidah mengatakan yang ianya mudah dan moralnya, cukuplah berkasih sayang dengan seorang sahaja, hidup aman, jiwa tenang dan rumahtangga makmur...

Love u so much B, muah...

Anonymous said...

vie...sedihla baca topic ni...hopefully u takkan mengalaminya..

tgk tu..mr hubby dh sahkan..so no worries,ok?

i think semua perempuan skrg akan terdetik hal ni..nak2 sekrg ni...pening i tgk jenis pompuan yg aim laki org...sedihkan..kita usaha frm, zero,alih2 org ptg jln.

Anonymous said...

Hehehe...kesian Eizlan, terasa ye...Funny lah korang berdua ni. Biasalah tu hati nurani seorang wanita. Pandai Vie, insert lagu tu ya.

Memang perit berkongsi kasih suami dengan wanita lain walaupun dalam islam bermadu itu dihalalkan. Walaubagaimana adil sekali pun si suami terhadap-2 isteri-2nya tetapi disebalik hati seorang wanita tetap ada perasaan cemburu dan rasa tidak dihargai sepenuhnya.

Oleh itu para suami, seboleh-bolehnya elakkan kehadiran cinta orang ketiga kerana ianya hanya akan mendatangkan banyak masalah dari kesenangan terutama sekali bila ia membabitkan perasaan anak-2.

Sesungguhnya kita cuma merancang tapi Tuhan menentukan. Walau apa pun yang terjadi, ada hikmah disebaliknya.

Riena Christensen

Ahmad Deniel said...

walaupun saya seorang lelaki..tetapi saya tahu betapa 'peritnya' berkongsi kasih dengan orang lain...

Semoga Vie berbahagia dengan kehidupan yang ada sekarang.Panjatkan doa kepada Allah, kerana kepadanya Nasib dan kehidupan kita diserah.

Anonymous said...

tis is my view... its true, that god give use brain 2 think, by that we can think the different from bad n good... but wat i can see and wat i can tell u kak, is that we can't keep love 4 our self.. cuz love will come if the time is rite.. "cinta Orang Ketiga" if the thing that u fear has come, wat will u do? example if there were a 3rd person... wat will u react? anyway... why cant we share the love for the shake of our love 1?
its hurt to share ur love to other ppl from the person that u love.. but love also god given.. by give other ppl a chance 2 taste "LOVE" we will cr8 1 more love chain in tis world.. by sharing will cr8 the world, by greedy we annihilated all the love that the past cr8.. by not accept the fact(dont 1 to share his/her love).
will make hatred and anger more stronger... anyway wat im trying 2 say is, the thing that we fear most will come 2 us in our mortal life.. but still... love is something that have many view... tapi kan~!!! aku keluar tajuk... hahaha... oh well.. post ja la.. hehe :p -Pijul-

Vie Shantie said...

first of all thank u guys for the lovely comments..

hehehe.. wa ramainya kawan2 Vie yang minat dengan topic nie.. sebenarnya memang susah bagi kita baik lelaki mahupun wanita untuk menerima situasi orang ketiga ini.. Vie percaya lelaki tidak mampu untuk berlaku adil sekirannya mempunyai lebih daripada satu pasangan.. kerana pada dasarnya ofcoz la bini muda lagi disayang daripada yang sedia ada, kalau tak masakan mereka sanggup mengahwini org lain kan?
Tidak langsung boleh diterima akal Vie untuk berkongsi cinta dengan org lain..

setiap manusia di kurniakan dengan kelibihan masing2, jangan lah sesekali kita mengunakan kelebihan yang ada dengan merosakkan hidup org lain..

TO MY PRINCE CHARMING EY,
MANADA BAA... SAJA2 JA BUAT TOPIK NIE UNTUK BERKONGSI PENDAPAT..
I KNOW U LOVE ME MORE THAN UR SELF.. HEHE

Josephine Delgado said...

Alamak kesian Eizlan tapi Eizlan tetap sayangkan kamu Vie so don't you worry. Again this is one interesting topics that you have shared with us again. I am with you too, cos I don't want my love one to be shared with another person! The guy should think about us, women too! Don't just think about them self only! Once again Vie, bravo and very, very interesting topic to shared.

P/S :- on Eizlan status last night was you who commented kan. ;p

Vie Shantie said...

thank u for ur compliment dear..
hmmm, no i didnt commented ba.. ;p
why ? at his blog or FB dear...

Josephine Delgado said...

On his FB bah but if it is not you then it is okay dear! ;p

Vie Shantie said...

no that's not me... its not a problem for u to ask my dear.. im ok.. thanx for asking ya..;p

Anonymous said...

pijul tu bah...
beranilah...payah aku mau baca ayat dia... paham endak ja aku oleh dia...
hei... budak2 pi main jauh2 sana jgn kacau org tua mau ckp... hahahaha....

love this topic so very much..
incredible hulk punya topik...

betul tu aku setuju,
dalam islam memang betul ada 'madu' paling maksimum 4 tapi manusia selalu lupa ayat terakhir al-quran yang berbunyai "... maka tidak ada diantara kalian yang akan berlaku adil"..

org selalu menegakkan boleh kahwin lbh dari satu tapi mrk lupa sebenarnya jika seseorg isteri itu cukup memberikan zahir dan batin kepada suaminya maka si suami tdk bleh kahwin.. percaya atau tidak, tidak ada satu suami pun yang akan berlaku adil dgn isteri2 mrk.

kalau ndak percaya, cuba kaji betul2 ayat yang selalu dinyatakan bahawa lelaki blh kahwin lbh dari satu tapi mrk selalu tinggalkan ayat yang terakhir. tapi aku lupa plak apa nama ayat sbb aku bukan 'pengkaji' agama, aku tau hal ni pun dari satu uztaz namanya 'Ustaz Asri'.

Vie Shantie said...

terima kasih for ur comment ya ziah.. love u always..

sya said...

takut...
mana ada perempuan sanggup dmadukan?

sebenarnya, lelaki sahaja tak boleh disalahkan..
kenapa ada perempuan yang tak mengerti hati perempuan yang lain? bukankah dia juga perempuan?
apa perasaaannya jika suami dia yang dirampas?

suka baca tulisan vie...

siti zalya said...

salam..
i'm new here..
pendapat sy.. perkara nie dapat d elak kan jika org ketiga fikir cuba rasa perasaan wanita yang akn di ragut.. maksud sy.. kebanyakan org ketiga sggup berkongsi kasih dengan wanita laen asalkan die dpt bersama kekasih hatinye.. sb die org ketiga.. die x rase pe perasaan wanita 2.. sy yakin.. klau die insan pertama y bertahta di hati pasangan nya.. sudah tentu die tidah sanggup dimadukan.. btul x? si suami lak.. even istri izin kn kawen lebih.. pecaya la.. walau die redha mcm mana pun.. wlau senyuman ttap terukir di bibir.. hatinye luka.. luka yg amat2 mendalam.. xkn ade org yg dapat merasai keperitan 2 melainkan dirinye n Allah s.w.t... so.. hargai la istri anda yg telah bnyk berkorban tuk anda.. sy suka drama " Aku Juga Seorang Wanita".. banyk pengajaran y dapat di ambik.. sesuai dengan topik nie..

nouri_putri said...

salam
i'm new here...best topic..but hate to know!huh..eventhough i'm not married yet...i rasa mmg gedik sgtlah girls yg suka kat laki org!
come on...knp girls aim laki org?
ish2..I'm wish Kak Vie,Abg EY and Zara happy forever now and hereafter,InsyaAllah..i'm also happy for u and always "geram" view ur profile on Facebook...coz u all look so happy family..hehehe