Saturday, March 28, 2009

Kasut Tinggi Kristal Ku…

"Dari cerita hati untuk santapan nurani, Semoga menjadi suatu cahaya yang selama ini berlindung di sebalik awan yang tebal”

Ketika kanak-kanak lain sedang lena dalam kehangatan pelukan seorang bapa.. Ketika itu lah aku lena diulit kesejukan malam.. Ketika kanak-kanak lain menangis mengigaukan mainan.. Ketika itulah aku rindukan ibu yang sedang mencari nafkah dari berjualan...Ku lihat kakak dan adik.. mereka hanya sebayaku.. Apa yang mereka mampu lakukan? Di jendela bilik kelihatan halaman rumah yang luas.. Aku ingin berlari dan bermain di sana tapi kami telah dikurung oleh insan yang telah mengambil hak dengan sewenang-wenangnya menghukum lantas menarik kebebasan kami untuk mencipta apa yang diertikan 'zaman kanak-kanak’... Apa salah kami diusia sebegini ( 5, 4 dan 3 tahun)? haruskah kanak-kanak seperti ini dihukum? mungkin pada mereka.. Bukan menjadi milik kami untuk mengukir senyuman di wajah apatah lagi hilai ketawa..

Ketika remaja lain bersuka-ria ke sekolah.. Ketika itulah aku memikul beban keluarga.. Aku telah membuat satu keputusan yang menarik aku jatuh terhempas dan tersungkur.. Lain yang kuharapkan lain pula yang menimpa dan dari 'kejatuhan' itu telah merampas 'zaman remaja' ku..Ketika itulah aku terkenang, saat Cinderella kehilangan 'kasut tinggi kristal’nya, Ibarat diriku yang tidak pernah dihargai namun sering dicerca, dihina dan difitnah demi kepuasan hati mereka.. Diketika inilah 'maruah'ku telah hilang.. Tapi mereka lupa 'mereka merancang dan Allah SWT yang berhak seberhaknya menentukan'...

Berbekalkan harapan itu, aku gagahi hidupku, aku percaya.. Jatuhku ada ruang untuk bangkit lagi.. Kerana 'kesan’ itulah buat aku sedar erti suatu kehidupan... Walau terpaksa bertongkatkan harapan aku kan tetap gigih mencapai impian.. Suka atau tidak 'hidup ini mesti diteruskan’...

Kisahku ibarat 'kasut tinggi kristal’ yang senantiasa jadi dambaan walau dasarnya terlalu sukar untuk diberi perlindungan.. Jika sebelah kiri kasut itu pernah pecah dan terburai, tapi tidak pada sebelah kanan.. Kerana aku belajar dari sebuah ukiran sejarah perit dihamparan mata lepas kehidupan..

Kini.. Setelah selesai dari sebuah perjalanan yang jauh.. Aku kembali pulang tapi bukan dengan cerita dongeng yang didengar dari seberang.. Aku kembali mengangkat darjatku, temui maruahku dan melayakkan diriku.. Siapa sangka, yang dulu pernah mencerca kini memuji sudah.. Yang dulu pernah menghina kini merayu sudah.. Yang dulu pernah memfitnah kini menginspirasi sudah dan yang penting.. Yang dulu pernah 'meludah' kini menjilat semula! Hanya dengan bukti bahawa ‘aku adalah aku’… tidak perlu bercerita ke seluruh dunia dan sesungguhnya hati insan mana pun sukar untuk dipuaskan.. Hanya yang hakiki 'kebenaran pasti keluar dipenghujung jalan’.

Tiada siapa yang tahu bagaimana rasa deritanya berada sebagai ‘Vie Shantie’.. Mereka yang sentiasa menghakimi adalah kerana 'harga’ dan 'status’ kecantikan 'kasut tinggi kristal’ ku.. Tapi pernahkah mereka merasa diri seumpama aku, namun aku bersyukur kerana yang pasti aku telah temui gerbang kebahagiaanku… amin !

Bagi diriku adalah terlalu sukar untuk menjaga pusaka ini.. Aku harus berhati-hati dengan setiap langkah perjalanan kakiku kerana mata-mata yang ada di sekeliling sentiasa mencari silap perjalanan hidupku... kerana kasut tinggi kristalku sentiasa menjadi igauan dan impian orang untuk memilikinya..

27 comments:

Josephine Delgado said...

Wow! Vie, I love what you have written. I hope to those people yang suka buat citer and jaga tepi kain orang akan sedar dan bertaubat. Don't judge a book by it cover! Cheers Vie!

Vie Shantie said...

tq very much my dear.. huGs!

mags said...

Nice one kak vie!May Allah bless u awlys sis,jgnla peduli kata2 yg dilemparkan.insyaallah,tuhan akan tunjukan mereka dugaan masing!Setiap manusia mempunyai bahagian masing2 sis,one day,i dnt knw when but one day semua akan dapat bahagian! :)
For u dear sis,tabah menghadapi liku2 hidup...im x that good mau nasihat2,my mum always told me"jangan peduli apa org cakap''

Fr those of u yg suka menyibuk tu "tgk diri sendiri sebelum cakap org"

Sis,i lke the sntence yg"jilat ludah balik"..hahahaha :P
Love u!

Azwan Hashim said...

Salam Vie,

Azwan suka dgn gaya penulisan Vie ini..ada bakat jadi penulis novel ni.. ;)..penuh dgn metafora & subteks!..

Harapan Azwan, semoga Vie akan terus bahagia dgn apa yg dimiliki kini..biarlah sejarah lama terus menjadi panduan berguna untuk kita mengenali erti kehidupan..

Sudah menjadi lumrah ramai manusia..pabila kita di bawah tiada siapa yang sudi memandang tetapi di saat kita berdiri di puncak, ramai yang hadir penuh senyuman..

Take care Vie..Kirim salam buat famili yer! ;)

Anonymous said...

Ya.kesian u Vie, saya memang tidak kenal dengan Vie dulu if my friend tidak bercerita pasal KEBURUKAN vie. Tapi vie yang saya kenal sangat berbeza daripada cerita-cerita yang saya dengar dari kawan-kawan saya. Saya sangat bangga dapat mengenali Vie, yang peramah dan sangat tidak sombong. Dulu org asyik mengumpat vie depan saya tapi tidak sekarang lagi. setiap kata-kata yang keluar dari mulut saya pasal vie semua pujian semata. bagi saya, baik lah kita berteman pada orang yang tidak pernah berubah walaupun suatu masa saya pernah bermasam muka padanya. semoga vie yang saya kenal tidak berubah. #NORMAIZURAH TUARAN#

Vie Shantie said...

Mags: Ya Allah maryam ba pulak nie kakak tidak perasan langsung.. siap jadi followers kakak lagi.. tq very much for ur support, huGs !

Azwan:Azwan, vie memang sangat minat dengan penulisan.. hmmm, cita2 untuk tulis novel memang ada.. cuma blum ada masa.. Insya'Allah satu hari nanti vie akan tulis novel pulak.. tq very much for ur compliment ya AZUAN !

Normaizurah:Insya'Allah.. vie tidak akan berubah.. vie senang berkawan dengan semua org yang sudi ingin memjadi teman vie.. tiada istilah PILIH kawan dalam hidup Vie... Tq ya, huGs!

Anonymous said...

Alangkah baiknya kalau luahan hati Vie ni dapat dipamerkan di halaman majalah....biar mereka yang berhasad dengki itu sedar atas perbuatan mereka.
Perjalanan hidup Vie dan saya tak banyak berbeza...banyak penderitaan dan kesengsaraan. Kita sebagai insan cuma redha pada kehendak Tuhan, apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Sekarang syukurlah berkat kesabaran kita melalui keperitan dunia telah pun Tuhan kurniakan dengan kebahagiaan.
Memang banyak cerita yang tak baik saya dengar dari "orang" pasal Vie termasuklah pasal mak Vie. Agaknya "orang" ini sengaja hendak menggoncang persahabatan kita yang berdasarkan keikhlasan. Saya percaya yang Vie dipihak yang benar.
Semoga Allah merahmati hidup kita semua and be strong babe! Love always,

Riena Christensen

Vie Shantie said...

Setiap perkataan yang keluar daripada mulut setiap insan adalah kata2 yang akan hilang bak tiupan angin.. sememangnya lidah tidak bertulang.. tiada siapa pun punya hak untuk menentukan hidup org lain apatahlagi cuba untuk bercakap tetapi tidak pernah mengenali insan itu langsung !
dosa yang paling besar adalah MENFITNAH org.. lebih baik kita membunuh dari memikul bebanya menfitnah ! kerna sesuangguhnya berat mata yang memandang tidak sehebat bahu memikul ! cerminlah diri sebelum bercakap keburukan org lain.. terima kasih riena kerana beri Vie peluang untuk membuktikan siapa Vie di mata riena..

Anonymous said...

salam VSHANTIE, sedihnya bila dapat tau tentang org yang sanggup fitnah CIKGU JULIA(IBU VIESHANTIE) walaupun langsung mereka tidak kenal siapa dia.Buat pengetahuan semua pembaca ibu VSHANTIE sangat tabah dan adalah seorang ibu yang menjaga maruahnya demi melindungi 3 org anaknya yang tercinta.Saya masih ingat satu kejadian, Tentang Cikgu julia yang hampir mengorbankan nyawa kawan sekelas saya FAIRUS(YANG SEDANG BELAJAR DI MESIR SEKARANG UNIVERSITI AL-AZHAR) yang terlalu sayangkan beliau sehingga sanggup melompat dari sebuah "kereta" untuk pergi kerumah cikgu julia yang sangat kami kasihi.. Dia sangup mengajar kami kelas tambahan secara percuma kerana ibubapa kami tidak berkemampuan.. sesungguhnya jasamu cikgu tidak mungkin kami mampu bayar selamanya.. Cikgu merupakan GURU kelas yang paling baik yang pernah saya temui sepanjang persekolahan saya sebagai anak murid ! dengan ini, saya berbangga sekali mengakui cikgu sebagai idola saya untuk mendidik dan menjaga maruah saya seperti yang cikgu pernah pesan kepada kami dulu.. terima kasih di atas segalanya cikgu.. BUAT INSAN YANG RINGAN MULUT UNTK MENGATA ORG, JANGAN BECAKAP KALAU TIDAK TAU HUJUNG PANGKAL HIDUP ORG, APA PERASAAN KITA BILA ADA ORG YANG CUBA BUSYBODY TENTANG HIDUP KITA, TAPI TERNYATA SEMUANYA FITNAH BELAKA !!!!!!

(LYDIAWATY S.KPEKAN TUARAN)

Vie Shantie said...

eiiiii, kak lydia ba nie......
wah macam marah jak kakak nie, sabar ba, biar la dorang mengata sampai penat.. tidak jadi kudis juga.. sebaliknya kami hidup penuh dengan kenikmatan yang Allah SWT bagi.. mesti mama suka bila baca comment nanti.. aku balik kk april.. nanti aku kestau mama tentang perkara ni ah.. ya kan baru ingat tentang abang fairus yang paling pandai tu.. brapa bulan dia koma kan ? menakutkan jak.. tq very much for ur comment ya ! huGs

Razziah said...

Ya Allah...
indahnya 'hadiah' pemberian kak Lydia..
aku paling pantang org kasi buruk mama aku tapi bila kak LYdia puji mama aku terharu sgt2...

Demi Allah aku ckp,
mama adalah sumber inspirasi aku, pernah suatu ketika aku tidak tahan dgn 'seksa' dunia. aku fikir sudah mau mati tapi kerana aku anak JULIAH AHMAD aku bersemangat untuk hidup..

hari ini pun aku menjejak UNIVERSITI adalah kerana JULIAH AHMAD dan 'hadiah' yang tersangat kecil ini adalah bukti bahawa ibu aku peroleh KEMENANGAN. aku tidak mahu mama derita lagi macam dulu.

kebahagiaan yang aku peroleh sekarang ni berkat dari kasihnya ibu yang berkorban tahap maksimum untuk anak2. mama aku pernah duduk di pasar jual sayur, jual ikan, dan berjalan kaki sejauh 7 KM setiap hari untuk berjualan.
dan akhirnya dia dapat tawaran jadi cikgu di Sekolah Kauluan, sek sk pekan tuaran dan beberapa sekolah lain yg aku lupa.. hihii..

DAN !!!
kerana ibu jugalah kami adik-beradik umpama 3 badan tapi 1 nyawa. kami menyayangi antara satu dengan lain sbb itulah bila org cerita pasal Shantie, akulah org pertama yang menangis dulu daripada diri dia sendiri... buat adik Adey, dialah permata kami. walau pun jajal tapi dia pelengkap untuk hidup kami...

Allah SWT itu maha besar, Dia tidak akan bagi dugaan yg kita manusia tidak dapat tertanggung. ingatlah ! Allah SWT berpihak pada insan2 yang benar dan sentiasa beringat padaNYA.

thanks 4 those who always support my beloved sister !!! indirectly, u guys were supporting me too...
"sakit shatie adalah sakit aku, senyum shantie adalah senyumku"..

Dato' Eizlan Yusof said...

salam darling, ini adalah satu luahan ikhlas yang terbaik yang pernah i baca...biarlah apa pun org luar kata ttg kita, yg penting, kita tahu siapa diri kita yang sebenarnya... sesungguhnya, org yang sentiasa berpijak di bumi yang nyata adalah org yang sentiasa mendapat dugaan drpd ALLAH SWT kerana kecintaanNYA kepada kita, hambaNYA yang lemah. BANGGA i dapat memperisterikan u, seorang insan yang sentiasa tahu siapa diri kita yang sebenarnya... keep it up darling, luv u 4ever, muahhh...

Vie Shantie said...

To my dearest zia & my beloved hushand EY thank u very much !!
Biarla SiLuncai terjun bersama labu-labunya.. Selama ini pun kita hidup bukan bersandarkan pada mereka.. Lambat atau cepat pasti mereka akan mendapat balasan hasil perbuatan mereka sendiri.. Insya'Allah...

Anonymous said...

vie, nice piece, d harap vie sentiasa bersabar ya, ini la dugaan kehidupan. Insyaallah, Allah sentiasa bersama org yg bnyk bersabar..

Vie Shantie said...

ctazmi: tq very much !

Kamala said...

Vie,
i m the 1 who always read ur blog but never reply u.. so today i would like to be one of ur 'comenter'...

such a lovely words that i've read.. now i know who is shatie..

i suggest u..
let the dog barking but it doesnt impact ur family... pray to Allah SWT ya..

Kristina Saidin said...

Vie,
jangan kisah apa yg insan2 tahi tu ckp..
betul tu kakak kau ckp yg dorg ni miskin modal tu yg suka cari publisiti murahan tu...
lagipun..
org yg suka kasi buruk org ni sebenarnya mereka YANG BURUK.. JADI MEREKA KASI BURUK ORANG SUPAYA SAMA DARJAT DENGAN MEREKA...

BIARLAH DORG MENYALAK MACAM ANJING SALAK BUKIT... LAMA2 PENAT LAH TU.

Pijan said...

memang sial orang yang memfitnah ni... dasar BABI !!!

Vie Shantie said...

To KAMALA, KRISTINA, PIJAN...
Thank u so much for defending me..
Vie telah cuba tulis yang terbaik, vie sangat takut untuk bersuara, takut nanti perkara baik tapi akan buruk juga tafsiranya... HuGs!

Razziah said...

Vie,
kau jangan takut mau tulis atau bersuara...
kau buat ja apa kau mau buat sbb kami sentiasa support kau..
kau mesti ingat,
bukan semua org benci sama kau tapi ada juga yg support kau..

Ahmad Deniel said...

sis Shantie~~~~
what the word is dis??

seumpama melakar hati di atas butiran pasir pantai di pagi yang hening dan syahdu..terkesima buat yang melihat lakaran ini..

ia seumpama mengelungsuri sebuah sungai yang bnyk likunya, tetapi sampai jua ke hilirnya dengan jerih dan sebuah senyuman..


Allah bless you sis,
Deniel Ahmad, UKM

Elsy Elissa said...

Dear Vie..
i almost crying when i read your story..i thought hidup vie zaman kanak2 dulu bahagia dan ceria spt kanak2 lain! Hidup kita serupa vie..tpi tu semua sda berlalu kan?..yg tinggal biarlah menjadi kenangan dan pedoman hidup!! Semoga vie berbahagia dgn Suami dan Anak yang tersayang..HUGS!Muaahh

Maryam Izza said...

salam vie... uik lama dah tak mengunjungi blogmu...i've been busy lately...vie terharu baca coretanmu kali ini vie... vie suka sama kamu punya semangat yg kuat! keep it on writing sis... i'm always support u my dear... hidup vie sahnti mama zaara ;)

Vie Shantie said...

Danial Ahmad, Elsy Elissa, Maryam Izza.. Terima kasih ya.. Vie bangga sangat punya pembaca yg setia dan sanggup meluangkan masaa untuk Vie.. Oya, ingin Vie mengambil peluang untuk menegaskan bahawa, Apa yang keluar di artikel majalah tidak semestinya betul.. repoter pun manusia, pasti buat kesalahan.. yang pasti Vie tidak pernah MENGELUAR KAN KENYATAAN YANG AKAN MENJERAT LEHER DIRI VIE SENDIRI.. cuma tidak ingin panjangkan cerita.. biarlah.. Vie berserah dengan apa yang berlaku.. sudah takdir hidup Vie tertulis begitu.. Vie tidak punya kuasa untuk MENGHUKUM !

Anonymous said...

Hi, Vie.. I love what you have written.. Hihihi.. Erm, juz ignore wat ppl talking 'bout U.. Nway, send my regards to ur sista.. Mcm ur sista c zia tu skul d sk. pekan kan dulu.. isk punya men lama sy mo recognised nie... nmpak nie komen2 cnie baru tau yg kmu x'sk. pekan..

regards,
natalie
x'sk.pekan, tuaran..

Anonymous said...

salam Shantie..

Nice thoughts..May ALLAH S.W.T bless you and the rest of your family..i used to be one of your senior when you are in secondary school (sm.st.john)..i used to chat wif you in front of the science laboratory..i remembered your sister jiah (i used to called her by that name)..very humble person..send my regards to her ya..i met her at the petronas petrol pump near the Yayasan Sabah long time ago wif her hubby..and you..so naughty Shantie..suddenly crossed in my mind when "Cikgu Devi" said "that girl (referring to you) are so naughty"..but look at you now..u have changed ..glad to see your improvements shantie..be a good mother ahh..comel baby..guess who i am..

Wasallam..

Sharifah ZaaRa Sophea Hayat said...

xtaw nk kate mcm mane..cume dpt coretkan di sini..

http://zaarasopheahayat.blogspot.com/2012/07/vie-shantie-saya-suka-baca-blog-anda.html

hidup penuh liku2..jatuh & bangun..tp semangat perlu kuat & pernah padam

Sematkan dl hati.."Jangan berkecil hati jika orang lain salah faham pada kita, kerana Allah yang faham isi hati kita. Jangan gusar jika ada yang menghakimi kita, kerana tiada hakim sebaik Allah."
~Bersangka baik kunci KEKUATAN~