Wahai sahabat2 ku sekalian tahukah kamu matlamat dan peranan kita sebagai manusia dalam hidup telah dijelaskan oleh Aqidah Islam sejelas-jelasnya bahawa manusia tidak di jadikan sia2 dan tidak di biarkan begitu sahaja. Kita dijadikan untuk tujuan dan hikmah tertentu. kita memikul amanah yang terbesar dalam hidup yang pendek ini iaitu amanah taklif dan tanggungjawab. Manusia ditapis dengan dugaan dan digilap maka dengan itulah kita menjadi matang dan bersedia untuk kehidupan yang lain, iaitu kehidupan yang kekal selamanya tanpa penghujung (Akhirat).
Sebelum kalian, ada seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang. Kemudian dia bertanya kepada penduduk sekitar tentang seorang yang alim. Maka dia ditunjukkan kepada rahib(pendeta Bani Israil). Dia pun pergi berjumpa pendeta tersebut dan menceritakan yang dia telah membunuh 99 orang, dia bertanya apakah dia boleh bertaubat? Pendeta itu jawab, 'Tidak' maka pendeta itu pun dibunuhnya sehingga genaplah jumlah orang yang dibunuhnya menjadi 100 orang. Kemudian dia terus bertanya di mana dia boleh bertemu seseorang yang paling alim di atas muka bumi ini. Dia pun ditunjukkan pula kepada seorang lelaki alim. Ketika menghadap orang alim itu, dia bercerita bahawa dirinya telah membunuh 100 jiwa. Dia bertanya 'boleh aku bertaubat?' Orang alim itu menjawab 'Ya, siapakah yang akan menghalangi orang bertaubat?'. Pergilah kamu ke kota ini (sambil menunjukkan ciri-ciri kota yang di maksud) kerana di sana terdapat orang yang menyembah Allah Taala. Beribadahlah kamu kepada Allah bersama mereka dan janganlah kembali ke kotamu, kerana kotamu merupakan daerah yang jelek'. Lelaki itupun berangkat menuju ke kota yang dimaksudkan, ketika menempuh separuh perjalanan maut menghampirinya.Kemudian terjadilah perselisihan antara Malaikat Rahmat dengan Malaikat Azab siapakah yang lebih berhak membawa ruhnya? Malaikat Rahmad beralasan bahawa orang ini datang dalam keadaan bertaubat, lagi pula pembunuh ini telah menghadapkan hatinya terhadap Allah Taala. Sedangkan Malaikat Azab (bertugas menyiksa orang berdosa) beralasan bahawa orang ini tidak pernah melakukan amal baik. Kemudian Allah SWT mengutuskan Malaikat yang menyerupai manusia mendatangi keduanya untuk menyelesaikan masalah itu dan berkata, 'ukurlah jarak dari tempat dia meninggal ke kota asalnya dan kota asalnya mana yang lebih dekat maka itulah baginya'. Para Malaikat itupun mengukur lalu mereka mendapati bahawa ketika meninggal si pembunuh itu jaraknya lebih dekat ke kota yang ditujunya. Maka malaikat Rahmatlah yang berhak membawa ruh orang tersebut. (Imam Nawawi Riyadhus Shalihin "Terj" 1992, Pustaka Azzam Jakarta ms 48-49)
4 comments:
kak shantie sangat hebat berkata-kata.. macam text dalam buku je..
tasya suka sangat baca blog kak shantie.. everyday tunggu kak shantie up date..
ye ke macam text dalam buku ? hehehe. well, tasya rujukkan harus pada buku. untuk buat blog bukan senang. bahasa dan kata2 harus di jaga. krna kata2 kita adalah mencerminkan keperibadian kita.. terima kasih ya sentiasa menyokong kakak. ;p
Hi Vie, this is a good one too!
ini adalah cerita tauladan yg biasa dikemukakan oleh para ulama bila membentangkan topik'taubat'.
salah satu ustaz yg mengemukakan cerita ni adalah ustaz Asri, iitu mufti perlis...
pintu taubat seorang manusia tidak akan tertutup selagi ajalnya belum tiba dan Allah SWT itu kan maha Pengasih dan maha penyayang untuk memberikan hidayah kepada hambanya agar bertaubat. lgpun, Allah swt juga Maha mengampunkan hamba-Nya.
congrets to u..
to share this meaningful story to readers.
Post a Comment