"Merendah diri tidak merendahkan martabat seseorang tetapi boleh meninggikan, maka hendaklah kamu merendah diri, moga-moga Allah akan meninggikan darjatmu. Memberi kemaafan tidak jatuh hina seseorang bahkan akan perolehi kemuliaan, maka hendaklah kita memberi kemaafan, nanti Allah akan memuliakan mu dan bersedekah tidak mengurangkan harta seseorang tetapi akan bertambah, maka bersedekahlah, nanti Allah akan merahmati mu."
Tidak sesenang mengungkap perkataannya iaitu 'MAAF'. Meminta maaf sememangnya bukan bererti 'kalah' atau 'menang' tetapi mengakui kesilapan dan kelemahan diri untuk mencuba memperbaiki keadaan. Mengakui kesilapan dan seterusnya meminta maaf adalah sikap yang amat terpuji. Memang tidak ramai orang yang sanggup mengakui kesilapan diri, lebih-lebih lagi kepada orang yang di bawah 'kekuasaan' seperti seorang isteri. Tetapi sekiranya seorang suami itu sanggup mengakui kelemahan diri dan kesilapan yang dilakukanya, bererti dia seorang suami yang rasional dalam erti kata lain iaitu 'GENTLEMAN'. Tetapi walaubagaimanapun, seorang suami mesti menjaga kewibawaan dirinya. Janganlah pula terlalu kerap melakukan kesalahan dan asyik meminta maaf kepada isteri. Nanti ini akan merendahkan martabat suami dimata isteri dan jika ianya berlarutan, boleh membawa masalah dalam keluarga. Buat suami dan isteri hendaklah sering bermaaf-maafan bagi mengeratkan lagi hubungan agar ikatan kekeluargaan lebih utuh.
Kepada semua teman-teman dan pembaca setiaku sekalian, janganlah sesekali ada terlintas di fikiran kita untuk cuba menyembunyikan kesalahan yang telah kita lakukan dan menafikanya dengan cara berbohong pula. Sebaliknya berbanggalah kalian jika dapat menewaskan nafsu dan perasaan amarah terhadap sesuatu penganiayaan. Ingin Vie berkongsi satu cerita teladan yang wajar kita berikan perhatian bersama iaitu 'PEMAAF SEORANG SAHABAT'.
"Suatu hari, ketika Qais bin Asim duduk berehat. Masuklah jariahnya (hamba perempuanya) membawa panggang besi berisi daging panggang yang masih panas. Tanpa disengajakan, besi pemanggang itu jatuh terlepas dari tanganya, lalu menimpa anak kecil Qais. Anak itu menjerit kesakitan, lalu meninggal dunia. Qais menghadapi kejadian yang menyayat hati itu dengan tenang. Dia sedar semua itu adalah takdir Allah SWT. Dia memandang kepada jariahnya (hamba perempuannya) yang pucat lesi menggeletar ketakutan itu lalu berkata, 'AKU BUKAN SAJA TIDAK MARAH KEPADAMU, TETAPI MULAI HARI INI AKU MEMERDEKAKAN KAMU'... "
"Dan hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu, tidakkah kamu suka Allah memberi keampunan kepada kamu? dan Allah maha pengampun lagi maha mengasihani" ( Surah Al-Nur Ayat 22)
10 comments:
Semua boleh baca kat blog kak Vie nie.. Macam-macam Topic yang berguna ada.. cayalah kak Vie !
*NANa*
waaa.. baru published dah ada org comment.. thank u ya nana.. hehe
Salam.
Vie, thanks a lot for this post.
Kadangkala memang sukar untuk memaafkan org di atas kesalahannya terhadap kita, namun siapalah kita untuk menghukum orang kan? InsyaAllah, dgn hati yg ikhlas, kemaafan itu akan hadir dgn sendirinya walaupun secara perlahan-lahan.
Teruskan update dgn post2 yg menarik yer Vie! ;)
Ikhlas : Azwan Hashim (member facebook Vie) Azwan dah jadi followers Vie.
Keep in Touch! ;)
thank u so much Azwan for ur commennt.. u take care my friend..
its true..
for ur guy infomation,
my sister is FORGIVER person..
that's y she alwys got place in eveybody's heart..
maybe, some people who know my sister would judge her directly without knowing her deeply...
she have a very huge heart who is always think positive to other person...
but she forget that some people who she knows is 'love' to take advantage of her..
in the end of the story, she is the one who alwys blamed by others...
so, my dear sister...
i know u r forgiver but plz take care of ur self otherwise i'll get schizophrenia later coz think so much of u..
"if the god (Allah SWT), who have created us in this world will forgive us eventhough we alwys forget about him but why we r people couldnt do so ?" just think of it.. we r nothing without people around us.. we need help by other to still/keep alive n the help will arouse by forgiveness !!!...
my dearie sister Shantie,
plz..plz..n plz...
take care of your self ya...
i miss u like crazy...
send kisses to baby Zaara n regards to ADIK Lan.
Wow! Vie, again another good story for you to us-your reader! One thing for sure it is very hard to forgive someone. I sometimes find it hard to forgive but everyday I am learning to do it especially at work where everyone has got their own thinking about almost anything right.
tq Ziah & josie...
wah emak saya pun sellau kata, kita minta maaf atau beralah bukan bererti kita akan kalah....
waaa betol3..
ive juz experienced it yesterday.
memohon maaf sangat sukar. tapi jika kita yg memulakan.. ia bukan tanda kita kalah atau lemah.
=)
salam vie..
byk2 kan bersabar doa2 org yg teraniaya insyaallah akan termakbul..
Post a Comment