Wednesday, March 4, 2009

Musuh Dalam Selimut

'Berlindung dari kesejukan malam dengan hadiah selimut yang diberikan teman, rupanya lebih baik merasa sejuknya malam dari diracun putar-belit ceritanya teman'

Fikiran ini tidak habis untuk memikirkan tentang sikap insan-insan yg berada di sekeliling hidup Vie. Entahlah, mungkin selagi hari masih ada, selagi itu persoalan hidup tidak pernah sudah. Mungkin kerana itu fikiran ini terbuka untuk menulis 'musuh dalam selimut' akibat sekian kali menjadi kambing hitam (mangsa keadaan) dalam sesuatu keadaan.

Sesebuah perjalanan ilmu yang dikutip dari pengalaman diri Vie boleh dijadikan sebahagian dari tauladan untuk dikongsi bersama teman-teman, wahai para pembaca setiaku sekalian, berhati-hatilah dengan senyuman manis yang dilemparkan kerana disebalik kemanisan biasanya terdapat kepahitan, berwaspadalah dengan kata-kata pujian yang diajukan kerana disebalik pujian biasanya terdapat penghinaan, berjaga-jagalah dengan kenyataan pembelaan yang diceritakan kerana disebalik 'belaan' itu biasanya terdapat penindasan. Ada kalanya seakan-akan berlagak menjadi penguasa untuk mereka-reka cerita hidup orang sehingga diri orang itu sendiri bertanya 'mereka lebih tahu cerita aku sendiri berbanding diri aku sendiri...hebat!' Padahal cerita-cerita yang mereka sebarkan adalah cerita yang belum pun terjadi dan tidak pernah sama sekali terjadi. Perkara yang paling menyedihkan adalah apabila nama Vie digunakan untuk menentang musuh sesama mereka sendiri sehingga sanggup memfitnah dan sekaligus menimbulkan kontroversi yang tidak boleh dimaafkan. Sedangkan Vie sedar persahabatan ini pun atas dasar kepentingan diri mereka sendiri... kalau tidak, masakan mereka ingin berkawan dengan insan yang dihina mereka sendiri, betul kan ?


Atau mungkin diri Vie memang daif untuk menilai yang mana satu kilauan kaca dan yang mana pula sebenarnya adalah permata kerana dunia sekarang terlalu banyak kilauan kaca yang disangkakan permata. Hati yang ikhlas saja tidak cukup untuk menerima setiap insan yang ingin mewarnai hidup ini apabila sering disalah ertikan. Entahlah, mungkin juga mereka ingin mengambil kesempatan kerana mereka juga mempunyai kepentingan (niat lain) untuk diri mereka sendiri. Jangan ditanya mengapa Vie berkata begini, dari semua sudut kata-kata ini semuanya lahir dari sejarah penindasan mereka yang bergelar 'teman', yang pada mulanya manis tersenyum, indah pujian dan hebat belaan dan akhirnya mereka memusnahkan semua tanggapan dan harapan. Apa yang seorang teman itu mahu pun Vie tidak pasti... Vie tidak kata yang Vie ni baik namun, sebagai manusia biasa jika itulah yang dipanggil 'teman' maka kita akan menerimanya dengan dua cabang yang bertentangan iaitu melihat pada kelebihannya juga pada kekurangannya. Cuma, jika kekurangan itu boleh menggoncang kesabaran sehingga boleh menjatuhkan maruah maka patut bagi Vie untuk berkeputusan menjauhkan diri dari mereka sebelum banyak lagi 'tikaman yang datang dari belakang'.

18 comments:

Josephine Delgado said...

I must say this one is really interesting to read! Keep it up, Vie. c',)

Vie Shantie said...

thank u very much again josephine dear.. thank u.. thank u.. hehehe

Anonymous said...

well shantie orang jelous ba tu sama u sebab mereka tidak boleh jadi siap VIESHANTIE !! apa-apa pun kami sentiasa akan bersama u ok my TEMAN hehehe... best, best..

AMIERA SANDRA

Anonymous said...

Mulut orang tak akan dapat ditutup walau macam mana sekali pun. Selagi Vie tahu cakap-2 itu tidak benar, pedulikanlah. Semoga Allah melindungi Vie dan keluarga dari orang-2 yang berhasad dengki.

Riena Christensen

Ahmad Deniel said...

sis, i like the 'language' u are..

sngt halus,teratur dan puitis..

soal kawan dan fitnah..btl, kdngkala sukar untu kita menilai manusia dari sudut luaran sahaja.manis katanya, ttp pahit di dalam..

Apa pun, ini menjadikan kita lebih 'matang' dlm mengenal dunia..Lebih lagi., bagi yang sudah berkeluarga..bnyk sngt dugaan yang mendatang..

Bagi seorang isteri inilah medan untuk kita diuji sejauhmana kita benar-benar memahami apa yg dimksdkan dengan cinta dan sayang..ramai yg hanya mengenal erti cinta dan sayang buat waktu sebelum berumahtangga..selepas itu, ia hilang begitu saja..

Semoga anda dan suami berjaya dlm kehidupa dan setiasalah memohon kepada Ilahi smeoga kebahagian dan nikmat yang diperolehi ini, kekal buat selamanya dan untuk dikecapi bersama..

Deniel Ahmad

Vie Shantie said...

Amiera, Riena & Danial..
terima kasih di atas sokongan kalian.. Insya'Allah dengan kata2 rangsangan drpd kalian akan memperkuatkan lagi semangat V untuk berkongsi Ilmu Dan cerita2 yang bermanfaat untuk tatapan kita bersama..

Anonymous said...

V, tafsiran orang pada u terlampau banyak dan sangat susah dengan ungkap bahasa.. tabahkanlah hatimu sentiasa dan jadilah isteri yang berguna.. Buktikan pada mereka siapa u sebenarnya.. Hanya itu yang akan menhentikan mereka.. Kagum sangat dengan semangat V.. Dari blog V, mudah untuk kami mentafsir siapa diri V sebenarnya.. penyusunan ayat2 dan dari kata2 V mencerminkan V seorang yang sabar,tabah & bersemangat orangnya.. Semoga Allah swt merahmati kehidupan V sekeluarga Dunia Akhirat Amin...

Anonymous said...

salam..
ni aku mau kongsi kepada semua lah tapi yang paling penting untuk adikku sendiri, Shantie.

Dalam teori Maslow (psikologi lah).. manusia yang sempurna akan mencapai 'penerimaan kendiri'..
tahap ini adalah yang tertinggi bagi diri seseorang individu itu dan jaranglah orang mencapai tahap ini, tahap ini adalah...
individu yang tidak mempedulikan apa pun yang orang yang berada disekelilingnya lakukan sama ada ia wujud sebagai penghinaan, FITNAH, UMPATAN atau sbgainya lah...
sebab individu itu berkata kepada dirinya...
"mereka tidak mengenali siapa aku, dan bukan mereka yang MENENTUKAN TARAF HIDUP AKU"...

Adik ku Shantie,
ahli psikologi sosial juga percaya bahawa 'setiap manusia perjudis dengan orang lain'..
maknanya, mereka MERASAKAN BAHAWA 'AKULAH YANG TERBAIK' DAN ORANG LAIN SERBA KEKURANGAN.
itu lumrah manusia..
nasihat aku...
tiada siapa yang mengenal diri orang itu sendiri apalagi orang lain dan yang maha mengenal kita adalah Allah SWT...
pedulikan mereka !!!
kalau aku di tempat kau...
niat ja dalam hati "JANGAN AMPUN KAN MEREKA SELAGI MEREKA TIDAK DAPAT BALASAN DARIPADA ALLAH SWT DENGAN APA JUA YANG SUDAH DORANG BUAT"..

kunci utama kenapa mereka buat begitu adalah C.E.M.B.U.R.U !!!
tiada kerja lain mengumpat lah dorg.. jaga tepi kain dorg...
tapi satu perkara yang aku sedar..
ADIK AKU NI GLAMOUR tu pasal orang ramai jealous sama dia...

mcm bapa pernah ckp sama kau dulu..
KITA ADA RUPA, HIDUNG MANCUNG DAN DIMAND TINGGI...
jangan rasa down-hearted kerana UMPATAN orang, golongan begini MISKIN MODAL tu yang cari MODAL lain tu...

arwah nenek kita pun pernah pesan...
"ORANG GATAL MULUT NI MACAM 'BARANG' DALAM SELUAR DIA, MAKIN GATAL MULUT DIA.. MAKIN GATAL LAH BARANG DIA"..

just let it be..dont think so much. It doesn’t finish… biarlah ni KELDAI-KELDAI
pray to God...
sesungguhnya ALLAH SWT bersama-sama orang-orang yang SABAR...
kau tengok ja hidup kau skrg, MAKIN DIBERKAITI ALLAH..BUKTINYA MAKIN REZEKI MERIMPAH RUAH AKIBAT DARI PENINDASAN ORANG...

SABAR ! SABAR !
yang penting,
YOUR FAMILY IS ALWAYS BE WITH YOU..
WE ACCEPT WHO U R COZ WE LOVE U SO VERY MUCH... !!!

Vie Shantie said...

Terima Kasih sekali lagi buat "anonymous" & my sis Ziah..
ya V tau apa yang patut V buat buat dlam hidup V..terlampau banyak & terlalu hebat penindasan yang teramat menyiksakan hidup ini.. kawan itu sebenarnya lawan yang tidak mampu di bahas hingga ke akhirnya.. V hanya mampu lakukan yang terbaik buat suami, anak & keluarga V yang teramat penting dalam hidup ini.. bagi V, biarlah kata2 mereka itu hanyut dibawa arus hati mereka sendiri, kerna hati manisia yang sebegitu pasti akan lemas di lautan keraguan selamanya.. V mendoakan mereka agar sedar dan bangkit dari tidur yang panjang !! AMIN !!

Anonymous said...

Perangai manusia ni memang nda senang tgk manusia lain bahagia. Kalau aku tmpt kau ni kan,apa ja org ckp buruk pasal aku,aku ketawa ja.. Memang la sakit ni telinga mendgr n hati menerima TETAPI makin kta layan makin la drg menjadi2.. Manusia gini ni mmg SICK IN THE HEAD.. Kalau kau ketawa,senang hati,mcm bangga la kunu lpas dengar bad news tu kan mesti drg rasa diri dorang yg bodoh yg kau relax ja baru dorang yg berabisan..
selama aku hdup d dunia ni nda prnah la orang kasi peluang aku even sekejap ja pun untuk rasa aman.. Tapi ndapa la,aku pcaya 1 day ill be who i wanted to be & the stupid back stabber will be the person which in the story of me that created from them.. Im sure Allah swt will know to punishd those losers!!
U knw that ur daughter,husband & family loves u so why shud u care rumors from losers.. I tell u its really wasting ur time! Its better for u to save ur time for ur daughter,husband & family.Take d critics as a practice for urself..
Tie,all the best & do take care.. *shafferra narvana*

Vie Shantie said...

thank u very much for ur time & comment ya.. well this is what we call life.. pantang tgk hidup org lain aman.. ada sahaja cerita2 yang tidak sedap di dengar.. pabila sampai di telinga kita pula sudah jadi satu titik hitam yang tidak mungkin kan hilang.. terlalu banyak ucapan & kata2 yang sukar untuk dijelaskan dengan perkataan.. pada dasarnya hubungan kita yang baik dulu pun di dalangngi oleh insan yang bertopengkan TEMAN.. semoga kita makin berwaspada pada insan2 yang sebegini.. cukup sekali kita DIPERALATKAN, tidak lagi di masa akan datang Insya'Allah.. perkara yang baik pasti kan datang untuk kita.. semoga hidup kita di berkatiNya sentiasa.. YA, aku sebagai teman hanya mampu doakan kebahagian & ketentraman hidup mu dari kejauhan.. percayalah apa jua yg berlaku antara kita pasti ada hikmahnya.. love & huGs frm me.. regards to ur family !

Anonymous said...

sweet.. thanx for the wishes tie..
hope u have the same bless too..
xoxo

Alya said...

kak vie...biasa la tu..skrg kan bermacam2 orang dan perangai yang kita boleh jumpa...drg tak dpt jadi seperti kita..pasaltu drg memburuk2kan nama kita..

Vie Shantie said...

thanx Alya..
ya, memang macam tu la lumrah dunia skarang ni kan.. hai, macam2 cerita yang tiada kesudahannya..

KiKiHanakO said...

ini satu hal yang paling saya takutt!! kerna pernah terjadipada kita.. =(
i realy hate this part. coz kita tka pernah pun dengki mahupun ceemburua kan kebhagian or kesenangan mereka.. tapi itu ujian untuk i dimana hati saya menangani setiap apa yang di ujianya..

Anonymous said...

babe..

u noe u r true when u r sayin sumtin lyk tat..kdg2 sekecik zarah pon salah kita..satu dunia kena canang..tp kalu kita buat baik..org bukan mau tgk..Nevermind what the haters say, just ignore them until they fade away..buang air liur jak dorg tu...anyway,if i ever make mistake to u..sorry yah..

ur friend..

Vie Shantie said...

ladykiki: tq ! biarlah kan... apa juga yang mampu kita lakukan..

Anonymous: Its ok babe.. no harm ! hugs!

Anonymous said...

dear sis vie...
musuh dlm selimut... nice topic. kdg2 sedih bila tkenang da di kalangan membe yg mcmtu. zmn belajar saya dulu plg menyakitkan, muka nmpk baik, lawa tpi rupanya mulut membawa racun yg cuba menyebarkan cite2 buruk org
to u sis vie...bsbr, sama2 kita ke jln yg di redhaiNya

(Eira Fazira)