Friday, March 13, 2009

Pengalaman Adalah 'GURU' Kehidupan

Pernahkah kita terfikir bahawa 'warna' yang paling indah adalah 'warna' abstrak dari kehidupan kita sendiri?..

Ada satu cerita yang mencuit hati untuk dikongsi bersama kepada semua tetapi sebenarnya cerita ini memberikan suatu perspektif dan persepsi yang sangat luas kepada Vie sehingga membuatkan fikiran Vie 'segar' memikirkan pengalaman hidup Vie yang lepas-lepas... ceritanya seperi ini...

Suatu hari Pablo Picaso ditanya oleh para pelajarnya tentang lukisan abstrak yang telah di buatnya memandangkan beliau merupakan pelukis yang terkemuka ketika itu. Para pelajar mentafsir lukisan-lukisannya dengan perkataan dan persoalan yang cukup tinggi nilai dan ilmu karyanya. Pablo Picaso hanya berdiam dan menunjukkan muka hairan mengapa para pelajar seni itu berkata demikian namun dalam masa yang sama, beliau kagum dengan kesungguhan pelajar-pelajar tersebut mempelajari karya seni. Pablo Picaso berkata 'Sebelum saya memulakan lukisan, idea itu hanya Tuhan dan saya saja yang tahu....' dia berdiam, para pelajar ternanti-nanti apakah yang akan diucapkan beliau selepas itu. 'Apa sambungannya Tuan?' seorang pelajar terus bertanya. Pablo Picaso menjawab "Setelah lukisan itu siap... idea itu hanya Tuhan saja yang tahu"...

Apa yang kamu paham setelah terbaca cerita ini ? kalau bagi Vie, para pelajar menginterpretasikan hasil lukisan Pablo Picaso dengan sesuatu yang sangat tinggi dan berharga tetapi Pablo Picaso sendiri tidak mengetahui apa sebenarnya idea yang cuba dia sampaikan... maknanya, kadang kala masyarakat bijak mentafsir sesuatu tetapi sebenarnya apa yang mereka fikirkan bukanlah seperti yang mereka fikirkan. Dalam erti yang lain, 'kita merancang tetapi Allah SWT yang menentukan dan segala kekurangan datangnya daripada insan itu sendiri, dan sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah SWT'.

Jika seorang insan terluka akibat terkena pisau adakah kita akan merasa kesakitannya walaupun pada dasarnya kita turut bersimpati atau mungkin ada insan yang akan berkata 'padan muka' ? Kita sebenarnya, tidak akan merasa apa yang dihadapi oleh insan lain melainkan kita sendiri berhadapan dengan kesakitan itu. Begitu juga dengan berat beban yang kita pikul takkan dirasa oleh orang lain. Namun, segala kesakitan dan beban itulah sebenarnya yang memberikan kita kekuatan. Keadaan ini sama dengan badan kita, jika kita terbiasa dengan sesuatu keadaan ia akan menjadi imune kepada kita begitu juga dengan kehidupan. Apa pun yang berlaku, kita sepatutnya menerima masalah dengan fikiran dan hati yang terbuka. 'Hidup akan jadi mudah jika kita menganggapnya mudah dan begitu juga sebaliknya'.

Jika hari ini diri dan iman kita lebih kuat, tabah, sabar dan berani menempuh dugaan hidup maka kita patut berterima kasih dengan kehidupan lepas kita. Bukankah kita terbangun dari segala kejatuhan yang pernah kita lalui? bukankah kita pandai berubat dari luka yang pernah tercalar? dan bukankah kita tertawa dari tangisan yang pernah kita rasai?

Kita sepatutnya berbangga (tapi bukan riak) dengan diri sendiri, jika hari ini aku menempuh kemengangan adalah kerana 'hadiah' daripada hidup lepas ku..


"Ya Allah, Engkau yang menjadikan aku dan hanya kepada Engkau aku berserah..." wahai sahabatku... ingatlah 'kelmarin adalah sejarah, masa depan adalah misteri dan hari ini adalah anugerah'.

14 comments:

Anonymous said...

Saya setuju dengan apa yang Vie maksudkan. Kita belajar dr kesilapan kita yang lalu dan dari kesilapan yang lalu juga kita menjadi seorang tabah dan kuat semangat. Rata-2 orang mengecapi kebahagian dan kesenangan selepas keperitan hidup dan kekecewaan. Saya rasa kita boleh berbangga dengan diri kita dengan kejayaan yang kita ada sekarang ini tapi jangan sampai menunjuk-nunjuk sehingga menimbulkan fitnah dan salah sangka. Walau apapun semuanya sudah ditakdirkan oleh Allah S.W.T, kita sebagai insan cuma mampu merancang. Semoga kebahagiaan hari ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Riena Christensen

Josephine Delgado said...

Vie, I totally agreed with you on this. I hope everyone can learn from this. Love this blog! ;p

Vie Shantie said...

thank u to RIENA & JOSEPHINE..
love u both !!

Anonymous said...

kita tidak punya kuasa untuk menentukan apa yang berlaku untuk hari esok.. tapi kita punya akal dan pengalaman untuk menyiapkan diri meniti hari2 yang bakal mendatang.. suka sangat baca blog V.. (AIDA)

Anonymous said...

semoga dengan 'GURU' yang mengajar hidup kak V, mampu bertahan selamanya.. kami akan doakan.. Amin

"SOFIA"

Vie Shantie said...

terima kasih AIDA & SOFEA..
mudah2 han ya.. Amin !

Anonymous said...

ya saya sangat setuju pada topik kali ni shantie.. kita cuma punya mata yang mampu melihat, tapi menanggungnya adalah orang itu sendiri.. apa-apa pun yang kita nampak tidak sehebat bahu orang yang memikulnya.. so, jangalah banyak mulut membuat fitnah.. lebih baik diam.. dia bukan bererti KALAH !!

ZURAIDAH TAHIR

Vie Shantie said...

terima kasih ZURAIDAH.. ;p

Anonymous said...

saya pun setuju dgn Vie...

sebenarnya, orang yang matang itu apabila dia berani berfikir dan mengakui kesilapan di masa lepasnya dan yang penakut itu adalah orang yang sentiasa cuba lari dari kehidupan lepasnya...

sikap kita yang terbuka akan memandu hidup kita lebih cemerlang daripada apa adanya kerana berani berdepan dengan kekalahan..

bersyukurlah pada Allah SWT dgn setiap dugaan yg dihadapi kita. itu buktinya bahawa Allah SWT menyanyangi kita,kan kesakitan itu menghapuskan dosa2 kecil...

saya suka Vie tulis
"kelmarin adalah sejarah, masa depan adalah misteri dan hari ini adalah anugerah"...
saya 100% setuju...

'tidak kisah kita bermula dari mana tapi kisahlah kita berakhir di mana'

Waallahua'lam...

Anonymous said...

BEST SANGAT BLOG U NIE VSHANTIE !!!
KEEP IT UP GURL..

Vie Shantie said...

this's one of the best comment, congrats & thank so much Sis..

Ahmad Deniel said...

hye..sungguh indah dan bermakna..

Thanks kerana berkongsi..

Vie Shantie said...

no problem DENIEL.. thank u ya ;p

Anonymous said...

betul betul betul..
hmmmmm i agree wf ur topic