Wednesday, April 22, 2009

Tanda Tanya ?

Langkah mana boleh ditarik jika telah meninggalkan kesan? Kesan mana boleh dihapus jika seringkali coraknya dibentuk? Corak mana boleh diubah jika pengkritik sering mencari kelemanhanya?

Seringkali diri ini melontarkan pertanyaan kerana niat hati untuk insan-insan lain bisa memahami jika mereka bertanya hal ini pada diri mereka sendiri. Siapa yang lebih memahami jika hati diselubungi dengan nafsu dan prejudis ? pernahkah kita merasakan diri kita lebih baik dari orang lain sedangkan 'dosa' tidak pernah lekang dari buku kehidupan kita ? Cukup sempurnakah diri kita jika asyik memandang 'kerendahan' pada diri orang lain sedangkan 'kerendahan' itu ada pada ahlak yang kita tunjukkan. Adakah dengan mencaci dan menghina hidup orang memaparkan dan membuktikan bahawa diri kita lebih sempurna berbanding mereka ? Siapa yang sebenarnya 'tercaci dan terhina' jika sering kali itu yang menjadi 'bunga' dibibir mereka. Bukankah sikap ini menjadi 'lencana' buat mereka ?

Fikiran ini habis diselubungi dengan visuoconstructional soalan-soalan tanpa jawapan kerana kepelbagaian jawapan itu merupakan derealization daripada perseption masyarakat sekeliling. Masing-masing menunjukkan diri sendiri lebih baik dari orang lain. Sedar atau tidak, itulah hakikat warna-warna masyarakat kita. Semua orang mahu diri mereka difahami oleh orang lain tapi adakah mereka faham tentang diri individu lain ?

Bagaimanakah kita ingin melentur 'rebung' sedangkan diri kita sendiri telah menjadi 'buluh' peculiar ? siapa yang mesti kita persalahkan ? Ibu bapa ? Saudara-mara ? Atau masyarakat sekeliling ? Pernahkah kita menyalahkan diri kita sendiri ? bukankah kita layak dipersalahkan kerana kita bertanggungjawab terhadap perbuatan kita sendiri ? Sebelum keadaan menjadi sejarah bukankah akal diberikan untuk mengimbanginya, mana yang baik dan mana pula yang buruk ?

Kata orang melayu "terlajak perahu boleh ditarik semula, terlajak kata sendiri yang merana". mungkin hari ini 'kebahagiaan' milik kita tapi esok masihkah 'kebahagiaan' akan menyebelahi kita. Tahukah kamu bahawa bumi ini bulat yang menunjukkan 'pasang-surut' kehidupan ? sedangkan badan sendiri adakalanya sakit apatah lagi lakaran kehidupan yang penuh dengan rahsia.

Diriku sudah imune dengan caci dan maki daripada orang sehingga menjadi suatu ilmu kebal di minda, hati dan perwatakan. Adakah kita faham apa itu iman ? sedangkan diri tidak pernah mengerti tentang 'rintangan'.

Antara mata pedang dengan mata lidah, tajam dan berbisa lagi mata lidah yang bisa menghancurkan iman dan ehsan. beringatlah dan bertanyalah pada diri sendiri "SIAPA AKU DIMATA TUHAN JIKA SERING MENCACI HAMBANYA ?" DIA yang memberikan keampunan dan bukannya mereka-mereka yang prejudis menghukum diri kita dan seolah-olah meyatakan bahawa mereka lebih baik daripada kita. Marilah kita bersama-sama menyenaraikan perbandingan antara 'kebaikkan' serta 'keburukkan' diri kita untuk mengenal 'siapa aku sebenarnya'.

Renungkanlah bersama ,TIDAK 'KISAH' KITA BERMULA SEBAGAI APA TAPI 'KISAH'LAH KITA AKAN BERAKHIR DIMANA ?

Wednesday, April 8, 2009

Apa Lagi Ni?

Vie ingatkan perkara ni sudah habis bagi DIA.. Rupanya dalam diam dia menyerang orang satu keluarga.. Seolah-olah kami ni punya kesalahan yg sangat berat pada dia sehinggakan kami satu keluarga jadi bahan kutukan dia.. Kita punya hidup yg jauh berbeza.. Tempat tinggal pun lain-lain.. Tidak pernah bertegur sapa.. Tidak pernah berlaga bahu dan yang paling penting sekali tidak pernah mengenali antara satu sama lain.. Ringan sangat mulut untuk MENCACI & MEMAKI kami sekeluarga.. Vie sudah berkawin dan punya keluarga sendiri.. Apa lagi yang org cemburu pun tidak tau la.. KAWIN ISU.... TIDAK KAWIN PUN SATU ISU !!!! Yang kelakarnya dalam situasi ini, orang yang memaki, mencerca, mengata dan mengeji pulak yang melenting sedangkan Vie yang menjadi mangsa disini hanya TENANG menghadapi MANUSIA YANG TIDAK BERMORAL BEGINI..

Masa bujang orang cemburu lain, sudah kawin pun mata orang tetap sakit melihat kebahagiaan orang.. Macam terkena satu pantulan cahaya yang sangat terang menyilau di depan mata mereka.. Vie percaya setiap manusia punya hidup masing-masing.. Dengan rutin harian yang selalu kita buat itu pun dinamakan kerja.. Jadi buatlah kerja kita masing-masing dan jangan mencuri pandang hal orang lain sedangkan tanggungjawab sendiri di abaikan..

Cukuplah ada MAJALAH-MAJALAH dan SURAT KHABAR buat liputan tentang dunia.. Jangan mahu cuba untuk mencari PUBLISITI MURAHAN dengan MENJAJA cerita-cerita fitnah pada masyarakat demi untuk memuaskan nafsu sendiri.. Vie percaya semua AGAMA di dunia nie melarang kita daripada berbuat sedemikian.. Tidak bermoral namanya tu.. Setiap apa juga perbuatan kita pasti akan ada balasanya.. Kalau tidak di dunia, di akhirat kelak pasti akan terbalas juga.. Sebagai seorang manusia yang mempunyai akal fikiran yang waras, Sepatutnya kita BERFIKIR DAHULU SEBELUM 'MELANGKAH'.. Jangan sampai seperti bak kata pepatah, KERANA PULUT SANTAN BINASA, KERANA MULUT BADAN BINASA...

Wednesday, April 1, 2009

Waraskah Dia? "JULIANA PRIOR"

Juliana Prior February 26 at 5:59pm Report Message

"c vie santi,bibiane and my sister tu geng time skolah menengah.sll dtg rmh kalu nda p rmh bibiane lepak2..but one thing i dont like her that shes a liar.i know vie santi family also.i think the whole tuaran know about her family espcly her FAMOUS mum.pernah jd guru sandaran and teach me masa darjah 5.pastu gempar mak dia nak goda guru besar..so she got sacked.her mother dah kawin 4-5 kali dah.org panggil mak dia janda malatop.hehe.but they also said her family very good in putting spells.if u know what i mean.masa vie nak kawin with her husband now..kan gempar whole msia..dia kata ada degree in interior design.tp plak kata keja jd Quantity Servyr.But time tu my sister baru dpt SPM result and msk UITM.But Vie tu skolah sampai form 4 je.SPM pun tak ambik..cos dia kawin with cucu TYT kalau tak silap.cerita dah berapa thn daaa..at the same time dia kejar2 with Adam AF3.budak inanam..anak buah my cousin's husband.kedapatan ambik Adam kat airport.So her husband ceraikan dia.after less than 2 years married if i not wrong..then dia join modeling.and jumpa her second husband.media dpt thu dia dah kawin before.tak nak mgaku.but her ex husband family buat press con' told media she a liar.dgn gambar2 kwin sekali msk news...after bla2..her husband now told press la what ever jd kat his wife b4..thats a past...when she married,her mother canang kan seluruh tuaran..that anak dia dpt hantaran BESAR...cos kawin org famous..thats their life la..she a very beautiful girl isnt she.so her sister.when i remember muka dia masa tadika..comot sgt..wont think she'll that gorgeous now.but her sister always been cute and pretty..btw..i dont mean telling this story about her just to ruin your relationship with her.she probably turned in to a nice women and a mother too by now.thats why i dont tell u the whole story..just enough for you to know who is she before.but i guess it doesnt matter..now shes your adik angkat kan..maybe you can be her sister where she can learn to be a good wife and better person.just like you..very down to earth..:panway,hope you can keep this story for yourself.even thou i know this story is all over the internet and blogs..world are very small for people to hide,right..you take care.......sori,i ni byk mulut plak..terlebih suda......"


Terkedu Vie apabila membaca text yang di hantar oleh seorang teman yang dapat text tersebut daripada seseorang yang kononnya mengenali diri Vie dan keluarga Vie dari hujung rambut hingga hujung kaki kami, tapi pada hakikat adalah disebaliknya kerana apa yang diperkatakannya tidak ada kebenarannya langsung dan bukannya Vie cuba untuk menegakkan benang yang basah. Cuma kecewa dengan sikap seseorang yang Vie tidak kenali, sanggup cuba untuk merosakkan reputasi Vie dan MAMA Vie demi kepuasan dirinya sendiri, sedangkan Vie tidak pernah berada di dalam situasi yang menyusahkan beliau ataupun sesiapa sahaja yang ada kena mengena dengan dia. Tidak pernah langsung Vie ke rumahnya biarpun sekali apatah lagi dikatakan satu GENG dengan adiknya. Setakat Kenal daripada seorang teman rapat dan usia Vie dengan adiknya pun berbeza. Akibat terlampau berdiam buat kepala Vie makin di PIJAK-PIJAK oleh mereka.. Vie bukan jenis orang yang suka melenting atau marah tidak tentu pasal jika tiada punca penyebabnya.. Masih waras untuk Vie membezakan yang baik dan buruknya sesuatu keadaan.. Dimanakah rasa hormat dan mengenang budi sidia yang sanggup mengata dan merosakkan nama baik mama Vie yang pernah memberi ilmu (sebagai guru sandaran yang mengajarnya di darjah 5)? Apakah salah mama Vie terhadap dia sehingga sanggup untuk bergelar anak murid yang derhaka dan tidak mengenang budi? Kenapa mesti semua ini berlaku dan kalau pun dia tak suka dan membenci diri Vie yang tidak ada dosa kepada dia, kenapa heret mama Vie sekali di dalam hal ini? Dimanakah sifat kemanusian kamu yang ada pada diri seseorang insan apatah lagi dia pernah MENIMBAH ILMU dengan ibu Vie sendiri.. Atau mungkin insan sepertimu tidak punya perasaan langsung? apa sebenarnya motif dan tujuan dia untuk mengata Vie ? kalau pun Vie melakukan dosa, adakah Vie mengacau hidup dia tapi sebaliknya pula. kalau pun dia ingin mencari peluang untuk GLAMOUR, ini bukan cara yang baik dan sihat. kalau benar dia manusia yang waras (tidak gila), mesti ada alasan kenapa dia hendak melakukan perkara KEJI ini selain daripada CEMBURU dengan kehidupan Vie.

Banyak perkara yang hendak Vie perbetulkan disini...

PERTAMA- Ibu Vie hanya berkahwin dua kali itu pun selepas LIMA TAHUN menanti kepulangan bapa Vie yang tiba-tiba menghilangkan diri tanpa khabar berita dan dalam islam jika suami meninggalkan isterinya lebih daripada 3 bulan tanpa nafkah zahir dan batin maka akan jatuh cerai...Apa lagi LIMA TAHUN. Semasa ibu menjadi Cikgu, beliau adalah ISTERI kepada MAJOR (B) MOHD RIJALLUDDIN BIN ISHAK. Ibu berhenti kerana dia pernah mengalami keguguran dan Vie pula pada masa itu menghidap sakit ITP, oleh kerana ibu sering berulang-alik ke hospital jenguk Vie (yang hampir setahun berada di Hospital) ayah tiri Vie meminta ibu untuk berhenti bekerja. Sampai hari ini, IBU SHANTIE HANYA KAHWIN DUA KALI dan bukannya seperti yang dikatakan oleh si kejam, JULIANA PRIOR tu.

KEDUA- Vie memang ada ambil SPM selepas penceraian berlaku pada kali pertama Vie kahwin. tak perlulah Vie nyatakan di sini kenapa kami bercerai sebab akan memburukkan keadaan kedua pihak iaitu pihak Vie dan pihak mantan suami vie dulu... Lagipun, bolehkah kita bertahan dengan keluarga yang sentiasa membeza-bezakan darjat kita, mendera zahir serta batin Vie sendiri. Sudahlah hidup Vie tidak pernah lesap dari hinaan dan cacian orang tujuan Vie berkahwin dulu adalah untuk lari dari kesempitan dan penderitaan hidup namun rupa-rupanya ia umpama 'keluar mulut buaya masuk mulut naga'. Tidak layak kah untuk Vie memulakan hidup baru Vie ?? Vie berhijrah ke KL untuk sambung belajar dalam jurusan Fesyen dan setelah mendapat diploma dalam fesion design berjinak-jinak dengan dunia modeling dan menjadi consultant sambilan dalam bebrapa buah projek kerajaan.. Alhamdulillah.. Dalam pekerjaan itu membuahkan hasil yang lumayan. suatu hari semasa Vie duduk dengan salah seorang kawan dan memperkenalkan Vie dengan Bos tempat Vie bekerja dulu, dia cuba untuk menguji Vie sama ada Vie tahu melihat dan mentafsir Plan atau tidak dan pada masa itu Vie berjaya memberikan keputusan yang baik kepadanya. dengan tidak disangka-sangka Vie telah diambil sebagai pekerjanya dan dia memberikan Vie peluang untuk menjadi QUANTITY SURVEYOR. kalau anda tidak percaya dengan cakap Vie, anda semua boleh bertanya dengan suami tercinta Vie, EIZLAN YUSOF kerana dia kenal Vie sebagai QS pada masa itu..

KETIGA- bukan Vie TIDAK MENGAKU yang Vie janda tapi cuba anda bayangkan, pernahkah kita bersemuka dengan seseorang dan bagi tau orang "HAI, SAYA NI JANDA" bukan kah gila namanya tu ? Media yang letak status Vie sebagai ANAK DARA dan bukannya VIE BUAT STATEMENT tu baca majalah tu betul-betul kalau benar tahu membaca dan menganggap diri tu lebih baik dari orang lain. Jelas ??

KEEMPAT- bukan mak Vie CANANG seluruh Tuaran yang hantaran Vie besar tapi HANTARAN TU KELUAR DI AKHBAR !!! sedangkan dulu masa Vie kahwin dengan cucu TYT pun hebah sana sini apalagi kahwin dengan EY, biasalah Vie kan Kahwin dengan artis dan bukannya orang kampung sebab tu dipublisitikan. Cuba fikir secara logik, kalau seluruh Malaysia boleh tahu tantang Hantaran Vie kenapa tiadak seluruh TUARAN. Adakah ibu Vie turut CANANG SATU MALAYSIA ??? Kesian Vie dengan Insan-insan yang pendek akal ni.

wahai pembaca ku yang dihormati dan dikasihi sekalian.. Pernahkah kita terfikir jika OKU (orang kurang upaya) selalu berkata "bukan kami pinta dilahirkan begini" diberi perhatian dan sokongan mengapa tidak untuk insan-insan yang berwajah cantik ??? sampai rupa paras pun dijadikan kutukan dan ukuran pada dia, kalau dia mengutuk rupa paras kami (Vie dan Ziah) samalah ertinya dia MENGUTUK CIPTAAN TUHAN kan ? Bagi kalian, WARASKAH orang seperti ini ??? Satu soalan lagi buat santapan minda kita semua sebagai hamba Allah SWT yang diberikan akal dan hati...

KALAU ANDA DI TEMPAT VIE, APA YANG ANDA AKAN LAKUKAN ???

Saturday, March 28, 2009

Kasut Tinggi Kristal Ku…

"Dari cerita hati untuk santapan nurani, Semoga menjadi suatu cahaya yang selama ini berlindung di sebalik awan yang tebal”

Ketika kanak-kanak lain sedang lena dalam kehangatan pelukan seorang bapa.. Ketika itu lah aku lena diulit kesejukan malam.. Ketika kanak-kanak lain menangis mengigaukan mainan.. Ketika itulah aku rindukan ibu yang sedang mencari nafkah dari berjualan...Ku lihat kakak dan adik.. mereka hanya sebayaku.. Apa yang mereka mampu lakukan? Di jendela bilik kelihatan halaman rumah yang luas.. Aku ingin berlari dan bermain di sana tapi kami telah dikurung oleh insan yang telah mengambil hak dengan sewenang-wenangnya menghukum lantas menarik kebebasan kami untuk mencipta apa yang diertikan 'zaman kanak-kanak’... Apa salah kami diusia sebegini ( 5, 4 dan 3 tahun)? haruskah kanak-kanak seperti ini dihukum? mungkin pada mereka.. Bukan menjadi milik kami untuk mengukir senyuman di wajah apatah lagi hilai ketawa..

Ketika remaja lain bersuka-ria ke sekolah.. Ketika itulah aku memikul beban keluarga.. Aku telah membuat satu keputusan yang menarik aku jatuh terhempas dan tersungkur.. Lain yang kuharapkan lain pula yang menimpa dan dari 'kejatuhan' itu telah merampas 'zaman remaja' ku..Ketika itulah aku terkenang, saat Cinderella kehilangan 'kasut tinggi kristal’nya, Ibarat diriku yang tidak pernah dihargai namun sering dicerca, dihina dan difitnah demi kepuasan hati mereka.. Diketika inilah 'maruah'ku telah hilang.. Tapi mereka lupa 'mereka merancang dan Allah SWT yang berhak seberhaknya menentukan'...

Berbekalkan harapan itu, aku gagahi hidupku, aku percaya.. Jatuhku ada ruang untuk bangkit lagi.. Kerana 'kesan’ itulah buat aku sedar erti suatu kehidupan... Walau terpaksa bertongkatkan harapan aku kan tetap gigih mencapai impian.. Suka atau tidak 'hidup ini mesti diteruskan’...

Kisahku ibarat 'kasut tinggi kristal’ yang senantiasa jadi dambaan walau dasarnya terlalu sukar untuk diberi perlindungan.. Jika sebelah kiri kasut itu pernah pecah dan terburai, tapi tidak pada sebelah kanan.. Kerana aku belajar dari sebuah ukiran sejarah perit dihamparan mata lepas kehidupan..

Kini.. Setelah selesai dari sebuah perjalanan yang jauh.. Aku kembali pulang tapi bukan dengan cerita dongeng yang didengar dari seberang.. Aku kembali mengangkat darjatku, temui maruahku dan melayakkan diriku.. Siapa sangka, yang dulu pernah mencerca kini memuji sudah.. Yang dulu pernah menghina kini merayu sudah.. Yang dulu pernah memfitnah kini menginspirasi sudah dan yang penting.. Yang dulu pernah 'meludah' kini menjilat semula! Hanya dengan bukti bahawa ‘aku adalah aku’… tidak perlu bercerita ke seluruh dunia dan sesungguhnya hati insan mana pun sukar untuk dipuaskan.. Hanya yang hakiki 'kebenaran pasti keluar dipenghujung jalan’.

Tiada siapa yang tahu bagaimana rasa deritanya berada sebagai ‘Vie Shantie’.. Mereka yang sentiasa menghakimi adalah kerana 'harga’ dan 'status’ kecantikan 'kasut tinggi kristal’ ku.. Tapi pernahkah mereka merasa diri seumpama aku, namun aku bersyukur kerana yang pasti aku telah temui gerbang kebahagiaanku… amin !

Bagi diriku adalah terlalu sukar untuk menjaga pusaka ini.. Aku harus berhati-hati dengan setiap langkah perjalanan kakiku kerana mata-mata yang ada di sekeliling sentiasa mencari silap perjalanan hidupku... kerana kasut tinggi kristalku sentiasa menjadi igauan dan impian orang untuk memilikinya..

Wednesday, March 25, 2009

Minta Maaf..

"Merendah diri tidak merendahkan martabat seseorang tetapi boleh meninggikan, maka hendaklah kamu merendah diri, moga-moga Allah akan meninggikan darjatmu. Memberi kemaafan tidak jatuh hina seseorang bahkan akan perolehi kemuliaan, maka hendaklah kita memberi kemaafan, nanti Allah akan memuliakan mu dan bersedekah tidak mengurangkan harta seseorang tetapi akan bertambah, maka bersedekahlah, nanti Allah akan merahmati mu."

Tidak sesenang mengungkap perkataannya iaitu 'MAAF'. Meminta maaf sememangnya bukan bererti 'kalah' atau 'menang' tetapi mengakui kesilapan dan kelemahan diri untuk mencuba memperbaiki keadaan. Mengakui kesilapan dan seterusnya meminta maaf adalah sikap yang amat terpuji. Memang tidak ramai orang yang sanggup mengakui kesilapan diri, lebih-lebih lagi kepada orang yang di bawah 'kekuasaan' seperti seorang isteri. Tetapi sekiranya seorang suami itu sanggup mengakui kelemahan diri dan kesilapan yang dilakukanya, bererti dia seorang suami yang rasional dalam erti kata lain iaitu 'GENTLEMAN'. Tetapi walaubagaimanapun, seorang suami mesti menjaga kewibawaan dirinya. Janganlah pula terlalu kerap melakukan kesalahan dan asyik meminta maaf kepada isteri. Nanti ini akan merendahkan martabat suami dimata isteri dan jika ianya berlarutan, boleh membawa masalah dalam keluarga. Buat suami dan isteri hendaklah sering bermaaf-maafan bagi mengeratkan lagi hubungan agar ikatan kekeluargaan lebih utuh.

Kepada semua teman-teman dan pembaca setiaku sekalian, janganlah sesekali ada terlintas di fikiran kita untuk cuba menyembunyikan kesalahan yang telah kita lakukan dan menafikanya dengan cara berbohong pula. Sebaliknya berbanggalah kalian jika dapat menewaskan nafsu dan perasaan amarah terhadap sesuatu penganiayaan. Ingin Vie berkongsi satu cerita teladan yang wajar kita berikan perhatian bersama iaitu 'PEMAAF SEORANG SAHABAT'.

"Suatu hari, ketika Qais bin Asim duduk berehat. Masuklah jariahnya (hamba perempuanya) membawa panggang besi berisi daging panggang yang masih panas. Tanpa disengajakan, besi pemanggang itu jatuh terlepas dari tanganya, lalu menimpa anak kecil Qais. Anak itu menjerit kesakitan, lalu meninggal dunia. Qais menghadapi kejadian yang menyayat hati itu dengan tenang. Dia sedar semua itu adalah takdir Allah SWT. Dia memandang kepada jariahnya (hamba perempuannya) yang pucat lesi menggeletar ketakutan itu lalu berkata, 'AKU BUKAN SAJA TIDAK MARAH KEPADAMU, TETAPI MULAI HARI INI AKU MEMERDEKAKAN KAMU'... "

"Dan hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu, tidakkah kamu suka Allah memberi keampunan kepada kamu? dan Allah maha pengampun lagi maha mengasihani" ( Surah Al-Nur Ayat 22)

Saturday, March 21, 2009

Cinta Orang Ketiga...

Sejenak Vie terfikir tentang hidup ini 'bolehkah aku berkongsi kasih?'. Sesaat jantung ini berdegup kencang memikirkan tentang berkongsi kasih atau berkongsi pasangan hidup kita.. Penerimaan masyarakat tentang hidup bermadu bukanlah satu perkara yang luar biasa kerana ianya sering terjadi kepada pasangan2 yang telah mendirikan rumah tangga dan bagi sesetengah orang, itu adalah takdir yang telah ditentukan di dalam hidup mereka.. Tahukah kamu, kita manusia hanya mampu merancang tapi Allah SWT lah yang akan menentukan segalanya.. Jodoh adalah rahsia Allah SWT tapi kita punya pilihan untuk tentukan jodoh hidup kita, walaupun mungkin amat perit bagi kita kerana terpaksa melalui pelbagai macam dugaan.. Bagi Vie, jika cinta haruslah kita perjuangkan perasaan itu hingga ke akhir hayat hidup kita di dunia ini.. Cinta adalah satu perasaan yang tidak boleh di lihat tapi dapat kita rasa didalam diri dan hati kita..

Mungkin kerana perasaan cinta yang teramat kuat mampu untuk menghanyutkan kita terus kepada perasaan cemburu dan tidak ingin berkongsi apa yang kita rasai dengan orang ketiga.. Vie tidak dapat terima jika kasih sayang yang Vie miliki 100% terpaksa dibahagikan kepada orang ketiga, sekiranya lelaki meletakkan diri mereka seketika ditempat perempuan dan dibahagi cintanya apa yang akan mereka rasa? Perasaan itu adalah perasaan yang tidak mungkin akan dihindari oleh insan yang bergelar manusia tetapi dalam situasi sebegini kita punya pilihan sama ada mahu meneruskan atau mengelakkan diri daripada terjadinya cinta dan bibit-bibit kasih yang bakal mendatang.. Tuhan telah kurniakan hambaNya dengan akal fikiran dan dengan itulah kita boleh membezakan buruk baiknya sesuatu perkara atau situasi yang akan kita hadapi.. Pertahankanlah cinta yang kita ada demi keharmonian istana yang telah atau yang bakal dibina bersama insan yang tersayang kerana sekiranya tidak, rugi rasanya untuk menabur cinta dan akhirnya terkandas di pertengahan jalan umpama "mengharap panas hingga ke petang tetapi rupanya hujan ditengahari".

Ini adalah pendapat Vie sahaja dan mungkin juga Vie silap.. Vie ingin mendapatkan komen dan pendapat yang bernas tentang isu di atas dari teman-teman supaya kita sama-sama dapat untuk berkongsi idea atau pengalaman sambil kita bertukar-tukar pendapat...

Friday, March 13, 2009

Pengalaman Adalah 'GURU' Kehidupan

Pernahkah kita terfikir bahawa 'warna' yang paling indah adalah 'warna' abstrak dari kehidupan kita sendiri?..

Ada satu cerita yang mencuit hati untuk dikongsi bersama kepada semua tetapi sebenarnya cerita ini memberikan suatu perspektif dan persepsi yang sangat luas kepada Vie sehingga membuatkan fikiran Vie 'segar' memikirkan pengalaman hidup Vie yang lepas-lepas... ceritanya seperi ini...

Suatu hari Pablo Picaso ditanya oleh para pelajarnya tentang lukisan abstrak yang telah di buatnya memandangkan beliau merupakan pelukis yang terkemuka ketika itu. Para pelajar mentafsir lukisan-lukisannya dengan perkataan dan persoalan yang cukup tinggi nilai dan ilmu karyanya. Pablo Picaso hanya berdiam dan menunjukkan muka hairan mengapa para pelajar seni itu berkata demikian namun dalam masa yang sama, beliau kagum dengan kesungguhan pelajar-pelajar tersebut mempelajari karya seni. Pablo Picaso berkata 'Sebelum saya memulakan lukisan, idea itu hanya Tuhan dan saya saja yang tahu....' dia berdiam, para pelajar ternanti-nanti apakah yang akan diucapkan beliau selepas itu. 'Apa sambungannya Tuan?' seorang pelajar terus bertanya. Pablo Picaso menjawab "Setelah lukisan itu siap... idea itu hanya Tuhan saja yang tahu"...

Apa yang kamu paham setelah terbaca cerita ini ? kalau bagi Vie, para pelajar menginterpretasikan hasil lukisan Pablo Picaso dengan sesuatu yang sangat tinggi dan berharga tetapi Pablo Picaso sendiri tidak mengetahui apa sebenarnya idea yang cuba dia sampaikan... maknanya, kadang kala masyarakat bijak mentafsir sesuatu tetapi sebenarnya apa yang mereka fikirkan bukanlah seperti yang mereka fikirkan. Dalam erti yang lain, 'kita merancang tetapi Allah SWT yang menentukan dan segala kekurangan datangnya daripada insan itu sendiri, dan sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah SWT'.

Jika seorang insan terluka akibat terkena pisau adakah kita akan merasa kesakitannya walaupun pada dasarnya kita turut bersimpati atau mungkin ada insan yang akan berkata 'padan muka' ? Kita sebenarnya, tidak akan merasa apa yang dihadapi oleh insan lain melainkan kita sendiri berhadapan dengan kesakitan itu. Begitu juga dengan berat beban yang kita pikul takkan dirasa oleh orang lain. Namun, segala kesakitan dan beban itulah sebenarnya yang memberikan kita kekuatan. Keadaan ini sama dengan badan kita, jika kita terbiasa dengan sesuatu keadaan ia akan menjadi imune kepada kita begitu juga dengan kehidupan. Apa pun yang berlaku, kita sepatutnya menerima masalah dengan fikiran dan hati yang terbuka. 'Hidup akan jadi mudah jika kita menganggapnya mudah dan begitu juga sebaliknya'.

Jika hari ini diri dan iman kita lebih kuat, tabah, sabar dan berani menempuh dugaan hidup maka kita patut berterima kasih dengan kehidupan lepas kita. Bukankah kita terbangun dari segala kejatuhan yang pernah kita lalui? bukankah kita pandai berubat dari luka yang pernah tercalar? dan bukankah kita tertawa dari tangisan yang pernah kita rasai?

Kita sepatutnya berbangga (tapi bukan riak) dengan diri sendiri, jika hari ini aku menempuh kemengangan adalah kerana 'hadiah' daripada hidup lepas ku..


"Ya Allah, Engkau yang menjadikan aku dan hanya kepada Engkau aku berserah..." wahai sahabatku... ingatlah 'kelmarin adalah sejarah, masa depan adalah misteri dan hari ini adalah anugerah'.

Wednesday, March 4, 2009

Musuh Dalam Selimut

'Berlindung dari kesejukan malam dengan hadiah selimut yang diberikan teman, rupanya lebih baik merasa sejuknya malam dari diracun putar-belit ceritanya teman'

Fikiran ini tidak habis untuk memikirkan tentang sikap insan-insan yg berada di sekeliling hidup Vie. Entahlah, mungkin selagi hari masih ada, selagi itu persoalan hidup tidak pernah sudah. Mungkin kerana itu fikiran ini terbuka untuk menulis 'musuh dalam selimut' akibat sekian kali menjadi kambing hitam (mangsa keadaan) dalam sesuatu keadaan.

Sesebuah perjalanan ilmu yang dikutip dari pengalaman diri Vie boleh dijadikan sebahagian dari tauladan untuk dikongsi bersama teman-teman, wahai para pembaca setiaku sekalian, berhati-hatilah dengan senyuman manis yang dilemparkan kerana disebalik kemanisan biasanya terdapat kepahitan, berwaspadalah dengan kata-kata pujian yang diajukan kerana disebalik pujian biasanya terdapat penghinaan, berjaga-jagalah dengan kenyataan pembelaan yang diceritakan kerana disebalik 'belaan' itu biasanya terdapat penindasan. Ada kalanya seakan-akan berlagak menjadi penguasa untuk mereka-reka cerita hidup orang sehingga diri orang itu sendiri bertanya 'mereka lebih tahu cerita aku sendiri berbanding diri aku sendiri...hebat!' Padahal cerita-cerita yang mereka sebarkan adalah cerita yang belum pun terjadi dan tidak pernah sama sekali terjadi. Perkara yang paling menyedihkan adalah apabila nama Vie digunakan untuk menentang musuh sesama mereka sendiri sehingga sanggup memfitnah dan sekaligus menimbulkan kontroversi yang tidak boleh dimaafkan. Sedangkan Vie sedar persahabatan ini pun atas dasar kepentingan diri mereka sendiri... kalau tidak, masakan mereka ingin berkawan dengan insan yang dihina mereka sendiri, betul kan ?


Atau mungkin diri Vie memang daif untuk menilai yang mana satu kilauan kaca dan yang mana pula sebenarnya adalah permata kerana dunia sekarang terlalu banyak kilauan kaca yang disangkakan permata. Hati yang ikhlas saja tidak cukup untuk menerima setiap insan yang ingin mewarnai hidup ini apabila sering disalah ertikan. Entahlah, mungkin juga mereka ingin mengambil kesempatan kerana mereka juga mempunyai kepentingan (niat lain) untuk diri mereka sendiri. Jangan ditanya mengapa Vie berkata begini, dari semua sudut kata-kata ini semuanya lahir dari sejarah penindasan mereka yang bergelar 'teman', yang pada mulanya manis tersenyum, indah pujian dan hebat belaan dan akhirnya mereka memusnahkan semua tanggapan dan harapan. Apa yang seorang teman itu mahu pun Vie tidak pasti... Vie tidak kata yang Vie ni baik namun, sebagai manusia biasa jika itulah yang dipanggil 'teman' maka kita akan menerimanya dengan dua cabang yang bertentangan iaitu melihat pada kelebihannya juga pada kekurangannya. Cuma, jika kekurangan itu boleh menggoncang kesabaran sehingga boleh menjatuhkan maruah maka patut bagi Vie untuk berkeputusan menjauhkan diri dari mereka sebelum banyak lagi 'tikaman yang datang dari belakang'.

Tuesday, March 3, 2009

Membunuh 100 Orang?

Wahai sahabat2 ku sekalian tahukah kamu matlamat dan peranan kita sebagai manusia dalam hidup telah dijelaskan oleh Aqidah Islam sejelas-jelasnya bahawa manusia tidak di jadikan sia2 dan tidak di biarkan begitu sahaja. Kita dijadikan untuk tujuan dan hikmah tertentu. kita memikul amanah yang terbesar dalam hidup yang pendek ini iaitu amanah taklif dan tanggungjawab. Manusia ditapis dengan dugaan dan digilap maka dengan itulah kita menjadi matang dan bersedia untuk kehidupan yang lain, iaitu kehidupan yang kekal selamanya tanpa penghujung (Akhirat).

Sebelum kalian, ada seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang. Kemudian dia bertanya kepada penduduk sekitar tentang seorang yang alim. Maka dia ditunjukkan kepada rahib(pendeta Bani Israil). Dia pun pergi berjumpa pendeta tersebut dan menceritakan yang dia telah membunuh 99 orang, dia bertanya apakah dia boleh bertaubat? Pendeta itu jawab, 'Tidak' maka pendeta itu pun dibunuhnya sehingga genaplah jumlah orang yang dibunuhnya menjadi 100 orang. Kemudian dia terus bertanya di mana dia boleh bertemu seseorang yang paling alim di atas muka bumi ini. Dia pun ditunjukkan pula kepada seorang lelaki alim. Ketika menghadap orang alim itu, dia bercerita bahawa dirinya telah membunuh 100 jiwa. Dia bertanya 'boleh aku bertaubat?' Orang alim itu menjawab 'Ya, siapakah yang akan menghalangi orang bertaubat?'. Pergilah kamu ke kota ini (sambil menunjukkan ciri-ciri kota yang di maksud) kerana di sana terdapat orang yang menyembah Allah Taala. Beribadahlah kamu kepada Allah bersama mereka dan janganlah kembali ke kotamu, kerana kotamu merupakan daerah yang jelek'. Lelaki itupun berangkat menuju ke kota yang dimaksudkan, ketika menempuh separuh perjalanan maut menghampirinya.Kemudian terjadilah perselisihan antara Malaikat Rahmat dengan Malaikat Azab siapakah yang lebih berhak membawa ruhnya? Malaikat Rahmad beralasan bahawa orang ini datang dalam keadaan bertaubat, lagi pula pembunuh ini telah menghadapkan hatinya terhadap Allah Taala. Sedangkan Malaikat Azab (bertugas menyiksa orang berdosa) beralasan bahawa orang ini tidak pernah melakukan amal baik. Kemudian Allah SWT mengutuskan Malaikat yang menyerupai manusia mendatangi keduanya untuk menyelesaikan masalah itu dan berkata, 'ukurlah jarak dari tempat dia meninggal ke kota asalnya dan kota asalnya mana yang lebih dekat maka itulah baginya'. Para Malaikat itupun mengukur lalu mereka mendapati bahawa ketika meninggal si pembunuh itu jaraknya lebih dekat ke kota yang ditujunya. Maka malaikat Rahmatlah yang berhak membawa ruh orang tersebut. (Imam Nawawi Riyadhus Shalihin "Terj" 1992, Pustaka Azzam Jakarta ms 48-49)

Friday, February 27, 2009

Siapa Kita Untuk Menilai Orang Lain

Erm.. kenapa perlu celik akal?. Allah SWT menciptakan manusia dan binatang dengan otak namun, yang membezakan antara manusia dengan binatang adalah akal. Sebab tulah Vie pilih celik akal sebagai 'pencuci mulut' buat santapan minda kita. Bagi Vie, semua manusia itu mempunyai akal namun hanya sebilangan sahaja daripada kita yang benar-benar menggunakannya. Tahukah kamu bahawa otak kita merupakan bahagian tubuh yang sangat penting dan sebagai pusat pengatur dari semua kegiatan manusia. Otak terletak di dalam rongga tengkorak kepala, beratnya lebih kurang 1/50 dari berat badan 'Popper K.R. and J.C. Eccles 1977'. Tapi, bagaimana pula kita hendak mengukur akal? Itulah salah satu kuasa Allah Azza Wajallah Maha Besar.

Sejenak diri ini memikirkan tentang manusia yang bijak menggunakan akal untuk merosakkan hidup orang dengan menabur fitnah, mencaci, menghina, dan sebagainya demi untuk memuaskan nafsu dan kepentingan diri sendiri. Meningkatkan diri sendiri dengan hasil daripada kejatuhan orang lain untuk mendapatkan perhatian masyarakat dan mengecapi kesenangan dengan mengambil kesempatan kotor atas nama penipuan dan penindasan. Menutupi kelemahan dan dosa sendiri sedangkan bersenang-senang bercerita tentang hal orang lain dan menuding satu jari menandakan 'kau yang melakukan segalanya' sedangkan empat jari memantul balik ke arah diri sendiri, bijak kan? Mungkin ini yang mereka belajar di dalam hidup mereka dan mereka membawa bukti bahawa inilah NILAI diri mereka dan keadaan ini juga membuktikan bahawa mereka sebagai Lawyer Buruk... Tahu kenapa? Sebab secara tidak langsung mereka sudah melakukan sikap negatif, yang suka menghukum dan menghakimi orang lain.

Jika kita insan yang waras, kita akan sedar bahawa tugas yang seberhaknya menghukum adalah urusan Allah SWT kerana Dia yang menciptakan kita dan padaNya lah tempat kita kembali kelak. Bukankah Dia yang Maha Mengetahui atas segala perkara? Siapa dan apa hak kita untuk menghakimi kehidupan orang lain? Sesuci manakah diri kita sehingga menghina orang lain dan mulia sangatkah kita apabila bergelar penghina? Jika kita tidak dapat mencerminkan 'siapa' diri kita yang sebenarnya, sekurang-kurangnya renungilah sejarah silam tentang apa yang pernah kita lakukan dulu. Maka dengan itu mereka akan sedar bahawa 'ludah' mereka yang sememangnya berbau yang selama ini hanya asyik 'meludah' ke arah orang lain. Buktinya sudah ada 'apabila sering mengata dan mencari kelemahan orang lain' dan sesekali tanyalah diri kita sendiri, 'baik sangatkah aku nie?' Kesimpulanya disini, marilah kita fikir mengunakan akal kita sebelum hati kita menjadi hitam akibat jauh daripada mendapat hidayah daripada Allah SWT.

'Tinggalkan apa yang meragukan kamu kepada apa yang tidak meragukan kamu. Sesungguhnya kebenaran adalah ketenangan dan pembohongan adalah keraguan' (Riwayat al-Tirmizi dan Ahmad)...